22/05/2026
Little Hajj 2026 🕋
Labbaikallahumma labbaik, labbaikala syariika laka labbaik 🕋❤️
Melalui aktiviti Little Hajj hari ini, khalifah menyelami sirah di sebalik rukun Sa'ie. Kisah tentang Bonda Hajar yang ditinggalkan sendirian di padang pasir yang membakar, tanpa hidupan, hanya bertemankan janji Allah 🤲
Larian ulang-alik beliau antara Safa dan Marwah bukan sekadar usaha mencari air, tetapi adalah bukti iman dan tawakal yang paling tinggi seorang hamba kepada Penciptanya. Kerana pengorbanan yang begitu dahsyat itulah, seluruh umat Islam hari ini menjejakkan kaki melakukan Sa'ie.
Semoga asuhan awal ini mendidik jiwa khalifah kita tentang erti pengorbanan, ketaatan kepada ibu bapa, dan keyakinan bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba-Nya yang bertawakal.
Syabas Little Hajj! Semoga satu hari nanti, langkah kecil ini akan memijak bumi Mekah yang sebenar. 🕋✈️