10/06/2026
✨ *Pencapaian Kelas Tahsin & Tahfiz Alquran Pelajar MADU Lil Banat bertarikh 28 April - 22 Mei 2026*
Pihak sekolah dengan penuh Takzim mengucapkan tahniah dan Syabas buat semua anak-anak yang telah berjuang menjadi Ahlul Quran sehingga hari ini.
Sekalung Tahniah dikhususkan kepada 1️⃣0️⃣Orang Pelajar Khatam Tahfiz dan 2️⃣2️⃣ Orang pelajar atas pencapaian Tahsin bagi Bulan Mei 2026.
✨Tahniah juga diucapkan buat anakanda yang berjaya Khatam Tahsin 30 Juzuk Alquran:
💜 Ain Sofia binti Abdul Qayyum, 14 Tahun
💜 Nur Maisarah binti Asri, 14 Tahun
💜 Hanis Basirah binti Abdullah,13 Tahun
Semoga anakanda dapat mengalunkan dengan baik ayat suci AlQuran serta meneruskan perjuangan menjadi Ahlul Quran ❤️💫
Tidak lupa juga diucapkan Tahniah dan Terima Kasih buat kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga semua usaha kita diberkahi oleh ALLAH SWT 💖✨🌷
💜 _Melahirkan Generasi Al-Quran yang Profesional_ 💜
21/05/2026
🔰💝KUNJUNGAN MAHABBAH MTsS DMP PERGURUAN DINIAH PUTRI, PADANG PANJANG, INDONESIA KE MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM LIL BANAT.
15 Mei 2026, Jumaat - Alhamdulillah, pihak MADU Lil Banat telah menerima kunjungan Mahabbah daripada MTsS DMP Perguruan Diniah Putri, Pandang Panjang Indonesia. Kunjungan ini bukanlah kali pertama,ianya merupakan kunjungan persaudaraan bagi mengeratkan kembali ukhuwah kekeluargaan antara Tahfiz Darul Ulum dan Perguruan Diniah Putri Padang Panjang.
Walaupun pertemuan kali ini singkat namun ianya membawa banyak makna buat kami disini. Semoga ukhuwah kekeluargaan ini, terus memberikan banyak kesan positif bukan sahaja sudut keilmuan dan kebudayaan bahkan lebih saling memberikan manfaat antara dua negara.
Jutaan terima kasih pihak sekolah ucapkan khusus buat Pimpinan Perguruan Diniah Putri, Ibu Fauziah Fauzan kerana sudi mengunjungi kami sini. Tidak dilupakan para Guru yang menjadi guru pengiring bersama dengan Para Santri MTsS DMP perguruan Diniah Putri.
Sekali lagi terima kasih dan semoga kita akan bertemu kembali 🥰🤍❤️ 💙💛 🇲🇾🇲🇨
11/05/2026
Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun buat semua anak-anak Madu Lil Banat sepanjang minggu ini bermula 11 Mei - 15 Mei 2026.
Semoga dipermudahkan menjawab peperiksaan dan diberikan kejayaan. Bittaufiq Wa Najjah. 😇✨
04/05/2026
✨ *Pencapaian Kelas Tahsin & Tahfiz Alquran Pelajar MADU Lil Banat bertarikh 1 April - 30 April 2026*
Pihak sekolah dengan penuh Takzim mengucapkan tahniah dan Syabas buat semua anak-anak yang telah berjuang menjadi Ahlul Quran sehingga hari ini.
Sekalung Tahniah dikhususkan kepada 1️⃣6️⃣Orang Pelajar Khatam Tahfiz dan 2️⃣5️⃣ Orang pelajar atas pencapaian Tahsin bagi Bulan April 2026.
✨Tahniah juga diucapkan buat anakanda *Qhadish Umairah binti Abdul Rahman, 14 Tahun atas pencapaian Khatam Tahsin 30 Juzuk AlQuran pada 6 April 2026*. Semoga anakanda dapat mengalunkan dengan baik ayat suci AlQuran serta meneruskan perjuangan menjadi Ahlul Quran ❤️💫
Tidak lupa juga diucapkan Tahniah dan Terima Kasih buat kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga semua usaha kita diberkahi oleh ALLAH SWT 💖✨🌷
💜 _Melahirkan Generasi Al-Quran yang Profesional_ 💜
10/04/2026
✨ *Pencapaian Kelas Tahsin & Tahfiz Alquran Pelajar MADU Lil Banat bertarikh 2 Mac - 31 Mac 2026*
Pihak sekolah dengan penuh Takzim mengucapkan tahniah dan Syabas buat semua anak-anak yang telah berjuang menjadi Ahlul Quran sehingga hari ini.
Sekalung Tahniah dikhususkan kepada 1️⃣0️⃣ Orang Pelajar Khatam Tahfiz dan 1️⃣3️⃣ Orang pelajar atas pencapaian Tahsin bagi Bulan Mac 2026.