04/06/2026
5 TAHAP PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya
π― 5 TAHAP PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA: DARI ASAS HINGGA PROFESIONAL
Tahukah anda, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merangkumi lima (5) tahap utama yang menunjukkan perkembangan kompetensi, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran?
π Berikut ialah tahap-tahap persijilan yang diiktiraf:
1οΈβ£ Tahap 1 β Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas kerja rutin dan boleh dijangka.
2οΈβ£ Tahap 2 β Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai situasi serta mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri.
3οΈβ£ Tahap 3 β Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan tugas kompleks, mempunyai autonomi tinggi serta membimbing orang lain.
4οΈβ£ Tahap 4 β Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Terampil dalam kerja teknikal dan profesional dengan tanggungjawab tinggi terhadap kerja dan sumber.
5οΈβ£ Tahap 5 β Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Terampil mengendalikan tugas kompleks, analisis, perancangan dan penilaian dengan tanggungjawab yang sangat tinggi.
π‘ Setiap tahap menggambarkan peningkatan kemahiran dan pengiktirafan seseorang dalam bidang yang diceburi.
π Semakin tinggi tahap SKM, semakin tinggi nilai dan pengiktirafan kemahiran anda.