17/05/2026
InsyaAllah akan datang pelbagai program diadakan di Al-Biqaie Training Centre Sendayan
Jom ibu ayah sekitar Sendayan, Negeri Sembilan dan berhampiran, yang ada anak - anak ,daftar segera agar dapat mengisi masa terluang dengan program ini.
Pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi no whatssap yang telah disediakan di poster atau wasap.my/60166798002
semoga ada manfaat untuk kita semua.
17/05/2026
Pengambilan baru!!!Kelas sempena cuti sekolah..
Kelas Bahasa Arab KSSM (Tingkatan 4)
Kelas berkumpulan secara online .
Mengikut silibus KSSM,
Guru berpengalaman,masa yang sesuai .
Yuran berpatutan..jom daftar segera,boleh hubungi wasap.my/60166798002/kelasbahasaarabkssmt4
16/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ. ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐ค๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ค๐ ๐ฎ.
Peranan seorang guru tidak terhenti pada penyampaian ilmu semata-mata, bahkan merekalah ibu ayah di sekolah yang membantu membentuk akhlak, membimbing arah masa depan serta menyalakan cahaya kefahaman dalam jiwa setiap anak didik. Setiap huruf yang diajar dan setiap nasihat yang dititipkan menjadi benih kebaikan yang terus hidup serta mengalir pahalanya.
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rasulullah SAW:
ู
ููู ุนููููู
ู ุนูููู
ูุง ูููููู ุฃูุฌูุฑู ู
ููู ุนูู
ููู ุจููู ููุง ููููููุตู ู
ููู ุฃูุฌูุฑู ุงูุนูุงู
ููู
Maksudnya: โBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpunโ. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]
Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru serta mengampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi. Semoga segala usaha, kesabaran dan pengorbanan para guru menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati serta diganjari dengan sebaik-baik balasan di sisi Allah.
Amin.
-------------------------------------------------------------------
๐ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ : https://www.youtube.com/
๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฐ๐๐ง๐ : https://jheains.ns.gov.my/
14/05/2026
Mengapa biarkan anak bermain gajet tanpa aktiviti sepanjang cuti sekolah ini?
Jom isi masa lapang anak-anak dengan pengisian yang menguatkan asas jawi dan bahasa arab.
Bengkel ini direka khas untuk membantu anak-anak menguasai huruf Jawi dengan mudah.Mereka juga akan mempelajari kosa kata asas Bahasa Arab melalui kaedah santai.
Pelbagai aktiviti interaktif, kuiz menarik, dan modul ringkas menanti anak-anak anda.Pelaburan ilmu terbaik untuk masa depan saham akhirat anak-anak.
Klik pautan di bawah untuk pertanyaan dan pendaftaran awal.
wasap.my/60166798002/bengkeljawibahasacutisekolah
07/05/2026
Akan datang.. Kelas memanah indoor bersama Coach Azmi.
Daftar segera, Boleh hubungi wasap.my/60166798002/kelasmemanahbayu
atau wasap.my/60163548245/kelasmemanahbayu
07/04/2026
๐ข Iklan Terbuka: Karl Martial Arts Academy
Assalamualaikum semua ๐
Kami membuka peluang terbuka kepada semua peringkat umur โ kanak-kanak, remaja, dan dewasa โ untuk menyertai kelas martial arts yang menyeronokkan, membina keyakinan diri dan kekuatan fizikal!
Apa yang ada di kelas kami:
โ
Silat
โ
Permainan Pedang (Aliran Silat Sekilat)
โ
Boxing
โ
Kickboxing / Muay Thai
โ
Self Defense
๐ Lokasi: Sendayan
๐ Masa: Akan dikemas kini
Kami menekankan:
โ Keseronokan sambil belajar
โ Disiplin & kawalan diri
โ Perkembangan fizikal dan mental
๐ Nota: Pendaftaran terbuka untuk semua, kami akan sentiasa update info tentang kelas & lokasi.
Untuk info lanjut / minat mendaftar, boleh hubungi kami:
wasap.my/+60166798002/KarlMartialArts&TrainingAcademy
โจ Bersedia untuk membina keyakinan, pertahanan diri, dan keseronokan dalam satu kelas?
Sertai kami di Karl Martial Arts & Training Academy.
26/03/2026
Pengambilan baru..
Kelas Iqra/ Alquran kanak - kanak
Lokasi : Sendayan
Berminat boleh hubungi wasap.my/60166798002/kelasngajisendayan
26/02/2026
Al-Mujib yang bererti Tuhan Yang Maha Menyahut Seruan ataupun Tuhan Yang Memustajabkan Doa. Apabila seseorang hamba menyeru nama-Nya dalam doa atau rintihan hati mereka, ketika itu seruannya akan disahut. Rasulullah SAW memberitahu bahawa doa yang paling cepat disahut oleh Allah SWT, ialah doa orang-orang yang dizalimi kerana doa mereka itu tidak ada hijab yang menghalang antara dirinya dengan Allah SWT.
Apabila seseorang hamba itu berdoa memohon diperkenankan permintaan mereka, hendaklah mereka memperbanyakkan menyebut nama Allah SWT Ya Mujib. Berdoa bukan sekadar di bibir, sebaliknya lebih banyak di hati. Apabila hati tidak khusyuk berdoa, sebenarnya orang itu tidak memohon apa- apapun kepada-Nya. Meskipun Allah SWT bersifat Maha Memperkenankan segala permintaan, namun permintaan orang yang hatinya lalai tidak akan dilayan.
Dari sisi lain, al-Mujib diterjemahkan juga sebagai Tuhan yang menggerakkan hati dan bibir manusia agar berdoa. Ekoran itu, Umar bin al-Khattab ada menyebut;
โYang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa.โ
Umar bin al-Khattab
Ungkapan Umar ini melambangkan satu tanggapan bahawa Umar bin al-Khattab lebih bimbang jika dia tidak berdoa, berbanding jika doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
Tindakan Umar ini sangat bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW;
ู
ููู ููุชูุญู ูููู ู
ูููููู
ู ุจูุงุจู ุงูุฏููุนูุงุกู ููุชูุญูุชู ูููู ุฃูุจูููุงุจู ุงูุฑููุญูู
ูุฉู
โBarangsiapa yang dibukakan baginya pintu doa, pasti Allah akan membukakan untuknya pintu-pintu kasih sayang.โ
Sunan at-Tarmizi: 3471
Ini menunjukkan, para sahabat pada zaman dahulu lebih mementingkan sikap mereka yang tidak berdoa berbanding dengan natijah doa mereka. Ini kerana mereka menginsafi betapa hak mereka adalah sekadar untuk berdoa kepada Allah SWT, sebagaimana disarankan oleh agama. Manakala, ketentuan terkabulnya doa adalah hak Allah SWT. Mereka sesekali tidak akan mempersoalkan jika doa mereka tidak dimakbulkan Allah SWT. Mereka yakin bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah ditentukan-Nya dalam mengatur kehidupan para hamba-Nya.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup โ Almarhum Tuan Guru Datoโ Nik Abdul Aziz Nik Mat
26/02/2026
PENGAMBILAN BARU !!
Jom daftarkan anak Untuk kelas persediaan UPKK (Tahun 5) , Kelas intensif Mahir Membaca Dan Menulis Jawi , Kelas Iqra/Alquran kanak - kanak & Kelas Persediaan tahun 1 (3M) bagi 2026.
Pendaftaran telah dibuka.. DAFTAR SEGERA, supaya anak anda tidak ketinggalan..
*KELAS INTENSIF JAWI & BAHASA ARAB*
Kelas intensif Jawi amat penting kerana selain KAFA/Sekolah Agama, Subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah & menengah turut menggunapakai tulisan jawi. Klik pautan ini untuk pendaftaran ;
https://wasap.my/60166798002/kelasintensifjawiba2026
*KELAS IQRA/ AL-QURAN KANAK-KANAK*
https://wasap.my/60166798002/kelasimengajiiqrakanak
*KELAS PERSEDIAAN UPKK TAHUN 2026*
https://wasap.my/60166798002/kelaspersediaanUpkk2026
*KELAS PERSEDIAAN TAHUN 1 (3M)*
https://wasap.my/60166798002/kelaspersediaantahun1
24/02/2026
ุงููููููู
ูู ุจูุงุฑููู ููููุง ููููู ููุฃูุทูุนูู
ูููุง ุฎูููุฑูุง ู
ููููู
Allahumma baarik lanaa fiihi wa ath'imnaa khairan minhu.
"Ya Allah, berkatilah kami padanya (makanan ini) dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya."
Doa yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA apabila seseorang diberi atau makan makanan adalah memohon keberkatan: "Allahumma baarik lanaa fiihi wa ath'imnaa khairan minhu" (Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya). Doa ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Al-Muqit yang Imembawa maksud Tuhan Yang Maha Mencukupkan. Sesungguhnya Allah SWT yang mencukupkan segala keperluan hidup manusia dari segi makan minum mereka dan segala keperluan lain. Dengan rahmat Allah SWT Yang Maha Mencukupkan inilah manusia berupaya mencari ikhtiar dan berusaha untuk hidup di atas muka bumi ini.
Bahkan dengannya jugalah maka manusia mampu mencapai kejayaan hidup di dunia juga di akhirat. Allah SWT menumbuhkan segala pepohon yang menghasilkan buah-buahan, menghidupkan haiwan yang halal di daratan dan di lautan sebagai sumber rezeki manusia. Allah SWT jugalah yang memberikan tenaga dan mencukupkan manusia dengan akal fikiran yang waras untuk membolehkan mereka berfikir dan berusaha mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup
Dengan demikian, manusia telah dijanjikan Allah SWT rezeki walau di mana mereka berada pasti tidak akan kebuluran. Kebuluran yang berlaku di sesetengah tempat di dunia ini disebabkan pengagihan sumber makanan yang tidak adil di kalangan manusia. Walaupun sesebuah negara itu menghadapi bencana, sepatutnya negara lain membantunya bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup โ Almarhum Tuan Guru Datoโ Nik Abdul Aziz Nik Mat