21/08/2026
KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA) 2026
Pengumuman keputusan ini telah dilakukan oleh Al-Fadzil Ustaz Abd Rahman bin Abidin, Pengetua SMAP Labu, di dalam Bilik Mesyuarat pada 20 Ogos 2026 yang lalu.
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada murid SMAP, Labu atas kejayaan dalam Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Bahasa Jepun dan Bahasa Cina Komunikasi.
Pengenalan kali pertama UPBA Bahasa Jepun di SMAP, Labu pada tahun ini melakar sejarah apabila 42 murid telah lulus dalam ujian tersebut. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila empat orang murid baharu yang tidak pernah mempelajari bahasa tersebut sebelum ini, turut mencabar diri untuk menduduki ujian berkenaan.
Bagi membantu murid tersebut memahami bahasa Jepun dengan lebih baik kelas bimbingan khas pada waktu fajar iaitu 'Basmi Buta' (BABU) telah dilaksanakan pada hari Selasa - Jumaat. Hasilnya mereka berjaya lulus dengan jayanya.
Selain itu, seramai 22 murid SMAP Labu telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPBA Bahasa Cina Komunikasi. Pencapaian hebat ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan mereka, malah menjadi bukti jelas bahawa aliran agama bukanlah penghalang untuk menguasai bahasa ketiga dengan fasih.
Antara yang cemerlang :
Bahasa Cina
1. Eilman Nurhasya binti Sulaiman
2. Nurul Ameera Qistina binti Norazlizam
3. Muhammad Zikry bin Mohammad Azrai
4. Aqeel Shahmi Adha bin Mohd Nadzir
Bahasa Jepun
1. Athir Harith bin Mohd Faizul ( murid baharu)
2. Arif Asyraf bin Azman (murid baharu)
3. Shazarith Dania binti Md Eunus
4. Nur Syahmina Zahirah binti Suzaini
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga SMAP, Labu untuk melakar kejayaan cemerlang di masa hadapan.
Xièxie Kāo Lǎoshī
Arigatou Gozaimasu Jia Sensei