23/08/2026
[HARI ASRAMA TERBUKA DAN KOPERASI]
Dari Lensa ASKOP 2026 | Last Part 📸✨
✨ SETULUS PENGHARGAAN | ASKOP 2026 ✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru, staf, murid, ibu bapa, ahli jawatankuasa, sukarelawan serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Asrama Terbuka dan Koperasi SM Sains Tuanku Aishah Rohani (ASKOP 2026).
Penghargaan khusus dan setulusnya juga dirakamkan buat Dr. Fie Tawfek, selaku Perasmi ASKOP 2026, atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama warga SM Sains Tuanku Aishah Rohani serta menyempurnakan perasmian program ini. Kehadiran dan perkongsian beliau telah menambahkan lagi makna serta kemeriahan ASKOP 2026. 🌷
Tidak dilupakan para penaja dan penyumbang atas segala sokongan, sumbangan dan kepercayaan yang diberikan. Jutaan terima kasih juga kepada tetamu-tetamu jemputan yang sudi hadir memeriahkan program ini.
Buat alumni SM Sains Tuanku Aishah Rohani, terima kasih kerana kembali ke alma mater dan bersama-sama menceriakan Hari Asrama Terbuka dan Koperasi. Kehadiran serta sokongan kalian pastinya menjadi satu kenangan yang amat bermakna buat warga sekolah. ❤️
Sesungguhnya, kejayaan ASKOP 2026 tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama, komitmen dan sokongan daripada semua pihak.
Terima kasih kerana bersama-sama mencipta kenangan, menyemarakkan kebersamaan dan menjadikan ASKOP 2026 satu pengalaman yang bermakna. 🏁✨