Tadi saya terjumpa budak paling juruh dalam hidup saya.. Bak kata orang kelantan lah..
Ceritanya saya gi petronas nak solat, ada nampak sorang budak lelaki umur 4-5 tahun tengah solat sendirian. Surau kecik je..
Gaya solat nampak sempurna.. Bacaan dalam solat pun dengar berbisik (Sirr).. Bagus.. Jarang budak kecik jaga bacaan gini.
Bila budak ni habis solat, dia lipat sejadah pastu tunggu saya habis solat baru dia susun sejadah tu balik, taknak melintas. Ok saya rasa nak belanja budak ni.
Saya keluarkan wallet sambil panggil budak tu. "Adikk.. Meh sini"
Saya bagi duit sikit je untuk beli air minum-minum ke apa kat petronas tu.. Tapi terkejut saya budak tu pandang muka saya sambil cakap :
"Allahuakbar.. (Pandang muka saya) Terima kasih.. Semoga dimurahkan rezeki ya.." Lepas tu dia ambil duit yang sikit tu sambil tunduk sopan lepas tu pergi..
Waduh.. saya rasa menyesal tak bagi lagi banyak.. Ini punya jaga solat dan adab layak dapat banyak lagi.. 5 tahun p**ak tu.. Terasa ikhlas dia berterima kasih berbanding keikhlasan saya memberi.. huhu..
Tapi masa ni saya rasa dah mula tua sebab dalam hati saya cakap " Elok budak ni buat menantu, anak pompuan ada 2 baya dia " Hahaha.. :P
So far ini budak paling juruh saya jumpa.. Kalau tak faham juruh tu tanya orang kelantan. hehe..
Siapa lah mak ayah budak ni.. Dengan zaman budak lelaki sekarang banyak terdedah masalah. Harapnya ramai lah lagi budak lelaki develop cantik sebegini rupa.
Berani Buat
Pelbagai video menarik yang mengajak anda untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.
01/06/2026
Terima kasih kepada yang membeli Rig Bateri Solar Berani Buat. Hari ini 1 Jun maka saya tutup hari ini. Esok saya akan hantar order komponen dari China.
Memang tempahan ini ambil masa sebab barang seperti bateri ambil masa lama shipping dari China. Tak macam beli barang shopee.
Maybe bulan 7 dapat barang dan bulan 8 (Ogos) siapkan semua tempahan. Masa tu baru saya buka tempahan untuk next batch bulan 10/11.
== Kalau nak selit order hari ini ==
Saya terangkan semula spesifikasi sistem yang saya buat :
- RM4700
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
30/05/2026
Soalan : Boleh charge EV ke Rig Bateri Solar Berani Buat tu?
Hmm.. Kereta EV secara purata dalam 50kWh kapasiti bateri. Ada lebih besar, ada lebih kecil.
First.. Nak charge EV mesti ada grounding, kalau tidak tak mau dia charge.. Portable bateri takde ground (floating). So tokleh guna. Kalau nak jugak kena buat grounding atau bond neutral-ground (jika inverter benarkan).
Andai kata berjaya charge, Rig Bateri Solar saya hanya 2.4kWh kapasiti tenaga. Kalau kita charge EV dapat 5% sahaja.. Ini kalau tak kira power loss..
Dengan tenaga tambahan 2.4kW ni, maybe gerak dalam ~12km sahaja.. Pendek sangat jarak yang boleh gerak..
Tambah p**a inverter ni 1000W sahaja.. Saya pun tak pasti boleh limitkan charging power rendah bawah 1000W ke tidak.
== Kesimp**an ==
Tak praktikal.. Kalau untuk emergency, lebih relevan guna genset 4-5kW.. Boleh lah set charging 3000W camtu.. 3 jam boleh lah dapat gerak dalam ~60km.
Tapi kalau nak guna Rig Bateri Solar Berani Buat ni untuk gerai, pasar malam, camping, emergency backup power, kebun ke apa.. Ini praktikal.. Charge EV tidak.
Saya buka tempahan batch Ogos sampai 1 Jun sahaja ya.. Lepas tu tutup. Boleh pm cepat kalau nak. Tinggal 2 hari je. Hanya yang boleh datang ambil di Seremban sahaja.
Saya terangkan semula spesifikasi sistem yang saya buat :
- RM4700
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
29/05/2026
Soalan : Berapa lama boleh survive dengan Rig Bateri Solar Berani Buat ni?
Ini pun ramai orang tanya saya, dengan kapasiti bateri 2400Wh, 1000W inverter dan 320W solar panel ni, boleh buat ape je?
Jom kita explore pengiraannya jika guna untuk survival.
== Hidupkan barang asas ==
Rice Cooker 1 liter untuk 4-5 orang makan perlukan 500W X 0.3h = 150Wh tenaga sekali masak.
1 hari maybe masak 2 kali.. Jadi 300Wh tenaga untuk nasi.
Kipas DC dalam 15W, guna 24jam = 360Wh
Lampu malam 10W selama 12jam = 120Wh
Charge 5 phone, 14Wh x 5 = 70Wh
Total 300Wh + 360Wh + 120Wh + 70Wh = 850Wh sehari
== Kalau guna bateri sahaja? ==
Bateri kita 2400Wh, kalau load sehari 850Wh, kita bahagi je 2400Wh / 850Wh = 2.8 hari.. hampir 3 hari survive..
== Kalau dengan solar panel? ==
Solar panel 320W ni sehari jana 4 jam kalau cun panas sepanjang hari.. 320W x 4h = 1280Wh tenaga solar sehari
Untuk survive sehari dalam kes ini perlukan 850Wh.. Bila solar panel jana 1280Wh, ini sudah lebih keperluan sehari kita survive.
Makan selagi matahari cun, boleh kata kita boleh survive bertahun jika barang tidak rosak.
== Kalau guna benda lain? ==
Ini korang kena kira sendiri.. Tengok berapa watt device kita guna tenaga, kita darabkan dengan berapa jam kita guna sehari macam saya bagi contoh di atas.
Pastu totalkan semua device.. Kalau kurang dari tenaga yang dijana solar panel, maka bateri kita akan sentiasa di charge penuh dan kita ada tenaga tanpa had untuk load kita.
Tapi kalau jumlah tenaga lebih dari tenaga yang dijana solar panel, maka makin hari makin kurang tenaga di bateri kita. Sehinggalah habis tenaga dalam bateri..
Kita hanya boleh guna sampai max tenaga yang solar panel jana sahaja.
Saya harap penjelasan ini mudah faham.
== Nak beli Rig Bateri Solar Berani Buat ? ==
Saya sedang buka tempahan untuk batch Ogos. 1 Jun ni tarikh akhir. Harga RM4700 dan mesti boleh datang ambil di Seremban.
Saya terangkan semula spesifikasi sistem yang saya buat :
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
28/05/2026
Ramai tanya saya, boleh ke Rig Bateri Solar Berani Buat ni hidupkan aircond?
Jawapan : Boleh jika guna aircond 1hp inverter pada mode ECO dengan syarat. Jom kita kira..
== Aircond ==
Aircond 1 hp inverter bile guna mode ECO akan guna 350W-400W elektrik. Kita ambil lah 400W.
== Penggunaan Bateri ==
Bateri solar saya buat ni guna 2400Wh punya kapasiti. Kalau kita on aircond guna bateri sahaja :
2400Wh / 400W = 6h
Ini secara teori, jika termasuk power loss, kita kira 5 jam lah aircond 1hp inverter (ECO) boleh hidup.
Bateri baru satu sudut.. Satu lagi benda penting adalah solar panel dimana kita dapat tenaga dari cahaya matahari.
== Solar Panel ==
Rig Bateri Solar saya bagi 2 ketul 160W solar panel supaya muat bawak masuk kereta. Total jadi 320W solar panel.
Kalau hari cantik full matahari terik, kita boleh harvest 4 jam kat solar panel tu. 4h X 320W = 1280Wh sehari jana tenaga solar.
Aircond tadi nak hidupkan 5 jam perlu guna 2400Wh tenaga, solar panel kita baru jana 1280Wh. Separuh je..
Jadi untuk cantik, solar panel tu tambah lagi 2 set supaya total jadi 320W + 320W + 320W = 960W
Dengan 960W solar panel ini, 1 hari cantik panas kita dapat 960W X 4h = 3840Wh tenaga solar.
== Kesimp**an ==
5 jam aircond perlu 2400Wh, tapi sekarang solar panel kita jana tenaga lebih iaitu 3840Wh..
Setup sekarang kita boleh hidupkan 9 jam aircond 1h inverter. Tapi saya cadangkan guna dalam 6-7 jam sahaja supaya ada lebihan tenaga simpan kat bateri.
Bila bateri ada lebihan sikit, boleh backup jika esoknya hari tak berapa panas.
Tapi kalau aircond 1.5 atau 2hp.. Buat sistem proper solar better.. Aircond 1hp inverter ni pun kira max penggunaan rig bateri solar portable saya ni.
Kalau nak full run aircond 1 hp siang malam dengan mode biasa, sistem solar kena lebih RM10k anggarannya.
== Nak beli Rig Bateri Solar Berani Buat? ==
Saya sedang buka tempahan untuk batch Ogos. 1 Jun ni tarikh akhir. Saya lebih sarankan guna untuk backup tenaga, kebun, camping dan gerai.
Harga RM4700 dan mesti boleh datang ambil di Seremban.
Saya terangkan semula spesifikasi sistem yang saya buat :
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
28/05/2026
Saya akan tutup tempahan Rig Bateri Solar Berani Buat batch Ogos pada 1 Jun ini ya.. Saya tak boleh tunggu lama sebab nak kena order material dari China. Dalam sebulan juga tu..
Spesifikasi Rig Bateri Solar
- Harga RM4700
- Design untuk mudah selenggaran sendiri
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
Untuk yang tidak memahami maksud kapasiti bateri 2400Wh dan 1000W max AC.. Ini anggaran penggunaan bagi mudah faham.
== Jika guna bateri 2400Wh sahaja ==
Kipas meja 8" on 24 jam : 480Wh
Charge 4 phone : 60Wh
Lampu 2 ketul 12 jam : 120Wh
Masak nasi Rice cooker 2L : 200Wh
Total sehari guna 860Wh.
Dengan bateri 2400Wh, hampir 3 hari boleh tahan sebelum bateri habis.
== Guna dengan 320W solar panel ==
Pada waktu matahari cun sepanjang hari, 320W solar panel ni kita darab 4.
Bermaksud 1280Wh tenaga dapat dari matahari setiap hari.
Kalau contoh penggunaan tadi sehari 860Wh, kita dapat tenaga solar 1280Wh. Bermaksud bateri kita di charge penuh semula.
So boleh survive lama dengan ada tenaga elektrik dari solar. Sebab itu saya bina set ini sebab rasa optimum sebagai sumber tenaga backup.
Kena p**a bateri lifepo4 tu tahan lebih 16 tahun. Solar panel lebih 25 tahun. Inverter p**a saya pakai brand Felicity, kira berkualiti dengan harga marhain.
==
Nak guna untuk kebun boleh, backup power boleh, UPS boleh, pasar malam boleh. Asalkan sesuai spesifikasi dengan keperluan kita..
Boleh PM terus Berani Buat untuk tempahan. Yang penting boleh datang ambil di Seremban dan ini untuk Batch Ogos.
Sebelum ni ramai pelik kenapa saya tanam tangki septik tidak penuh, ada terkeluar atas tangki. Haa, jawapannya adalah sebab saya nak buat batas atau mound system untuk tangki septik saya kerana water table tanah situ tinggi.
Saya gunakan Tasblock untuk buat batas supaya pasir tidak terhakis dan buatkan struktur kemas, mudah dan kuat. Panduan design Tasblock di https://youtu.be/EDw4GZFIz4w
Barang V-Tech seperti gam dan sealant boleh dapat di https://shopee.com.my/v_tech.os
Tangki septik saya guna dari ATKC https://www.ewarehouse.my/Weida-P-6-Ecosept-Vertical-Septic-Tank-PE-6-1420MM-DIA-x-1660MM-H-2000L
Muzik latar dari Hooksounds : https://www.hooksounds.com/ref/wansyafiq/
25/05/2026
Baru sampai 12kW inverter 3 phase untuk saya buat projek video offgrid Garage EV charger.
Bumbung garage akan fully guna solar panel dalam 6000W, bateri dalam 36kWh, maybe target charge dalam 8kW-9kW..
Tengah tunggu bateri sampai, lepas tu kita proceed buat Offgrid EV Garage + Charger. Projek tajaan Deye :)
23/05/2026
Ramai orang pm saya nak beli Rig Bateri Solar Berani Buat tapi tak dapat nak ambil di Seremban sebab terlalu jauh. Ramai juga dari Sabah dan Sarawak.
Jadi saya decide untuk sediakan rig tanpa bateri, inverter dan solar panel supaya boleh beli asing. Yang ini saya boleh pos sebab half assembled, jadi shipping tu mudah. Pembeli boleh pasang sendiri ikut video panduan.
Saya akan jual dengan harga RM900 untuk rig half assemble ini di https://beranibuat.com/products/rig-bateri
Harapnya orang yang memerlukan setup mudah repair sendiri ni boleh guna untuk gerai, kebun, camping dan kampung pedalaman yang tiada elektrik.
Kalau yang boleh datang ambil di Seremban, boleh pm saya sementara tengah buka tempahan batch Ogos. 1 Jun ni saya tutup slot tempahan.
22/05/2026
Salah seorang yang beli Rig Bateri Solar Berani Buat guna untuk perniagaan pasar malamnya. Dia penat dah guna genset.
Genset atau generator guna petrol ni dah la bising, berasap kedai. Rasa sesak dan tak best untuk penjual/pembeli.
Sehari kos minyak p**a dalam RM5, seminggu 5 hari buka pasar malam. Kos sebulan jadi RM100.. Setahun RM1200 minyak untuk generator sahaja. Tak masuk 2T, servis dan harga generator.
Dia beli Rig Bateri Solar 2400Wh yang siap dengan solar panel 320W gantikan genset. Sekarang dah tak bising gerai dan tak berasap..
Guna untuk lampu 6 biji dan charge phone. Ini guna dalam 60W tenaga. Satu malam dalam 4 jam guna. Total sehari 240Wh tenaga digunakan..
Bateri tu 2400Wh kapasiti tenaga, ikut teori boleh tahan 10 hari, tapi kita ambil 80% sebab ada power loss, jadi 8 hari run pasar malam tanpa charge semula bateri solar tu.
Tapi, disebabkan dapat 320W solar panel, dia boleh letak kat atas/belakang lori. Sehari 320W solar panel tu jana 4 jam tenaga, bermaksud 1280Wh tenaga boleh di caj dari cahaya matahari.
Dengan 1280Wh tenaga free dari matahari tu dah melebihi penggunaan harian pasar malamnya iaitu 240Wh sehari. So, baterinya sentiasa penuh.. Siang di caj matahari, malam guna untuk pasar malam.
Saya buat Rig Bateri Solar ni p**a guna LFP bateri yang tahan lebih 6000 charge cycle.. Lebih 16 tahun boleh tahan bateri ni jika dijaga elok.
End up, dia rasa untung banyak berbanding guna genset. Kos minyak untung. Asap takde.. Bising pun takde.. Siap boleh share dengan gerai sebelah, boleh caj RM3 satu malam lagi sebab tenaga extra banyak..
Bila pembeli rig bateri solar ni cerita kat saya, saya p**a rasa amazed.. Function banyak rupanya untuk peniaga. Huhu..
So kalau ada peniaga nak Rig Bateri Solar ni, saya sedang buka preorder batch Ogos 2026. Boleh PM Berani Buat untuk order atau pertanyaan. Max 30 slot sahaja batch Ogos ni.
===
Beza Rig Bateri Solar saya ni dengan komersial adalah saya guna bateri dan inverter berkualiti dan designnya membolehkan kita repair sendiri tanpa perlu bergantung pada 1 syarikat. Barang boleh beli di shopee untuk repair sendiri.
Saya siap buat video panduan untuk bina sendiri siap dengan list full barang >> https://www.facebook.com/share/v/17imS2X9zL/
Tak perlu bergantung pada penjual jika ada masalah.
Spesifikasi Rig Bateri Solar Berani Buat (RM4700)
- 2400Wh LFP (LiFePO4) battery capacity (Felicity)
- 1000W Hybrid inverter Pure Sine + MPPT (Felicity)
- 160W X 2 solar panel dengan wayar 5 meter
- 4 USB A port
- 2 USB C port (36W PD)
- 1 Car Cigarette Socket
- 1 AC Outlet
- Custom rig guna alloy tube + 3D printing (ASA)
- Saiz 40cm x 32cm. Tinggi 37cm
- Berat dalam 26kg-30kg
- Caj boleh guna solar dan elektrik rumah
- Boleh jadi UPS 10ms switch time
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Address
Seremban