NUTP Negeri Sembilan

NUTP Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NUTP Negeri Sembilan, Education Website, Wisma KPPK Negeri Sembilan, No. 32 Jalan Rahang Jaya 1, Pusat Perniagaan Rahang Jaya, Seremban.

π—žπ—˜π—¦π—”π—§π—¨π—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—šπ—¨π—₯𝗨𝗔𝗑 π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ (𝗑𝗨𝗧𝗣) 𝗖𝗔π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘
No. 32 Jalan Rahang Jaya 1, Pusat Perniagaan Rahang Jaya, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

15/08/2026

Presidennya Aminuddin Awang berkata sesi pembentangan Jun lalu merangkumi taklimat lain, bukannya sesi khas memperinci Polisi Perlindungan Murid Sekolah semata-mata.

15/08/2026

HADIR mesyuarat atau SLU tak semestinya angguk dengan semua yang dibentangkan.
Gambar saja ditunjukkan yerr.. apa yang NUTP BANTAH, YB tak sebut p**a.

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗑𝗨𝗧𝗣 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—π—˜π— π—£π—’π—Ÿ & π—π—˜π—Ÿπ—˜π—•π—¨ | 11 Ogos 2026,...
13/08/2026

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗑𝗨𝗧𝗣 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—π—˜π— π—£π—’π—Ÿ & π—π—˜π—Ÿπ—˜π—•π—¨ | 11 Ogos 2026, Selasa | Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu

NUTP Negeri Sembilan telah mengadakan kunjung hormat kepada Tuan Haji Muran bin Nordin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Jempol dan Jelebu di Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, Bandar Seri Jempol.

NUTP Negeri Sembilan telah diwakili Pengerusi Cawangan NUTP Negeri Sembilan, Sdr. Haji Abd Ghani bin Zainudin, Setiausaha Cawangan NUTP Negeri Sembilan, Sdr. Haji Abd Rahman bin Abdul Mutalib, Naib Pengerusi NUTP Negeri Sembilan, Sdr. Haji Yusnizam bin Yahaya dan Bendahari Cawangan, Sdr. Mohamed Faizal bin Mohamed Shohor.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NUTP Negeri Sembilan dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu demi kebaikan dan kebajikan warga pendidik.

NUTP Negeri Sembilan sentiasa komited dalam membina hubungan strategik dan kerjasama yang erat bersama semua pihak demi manfaat warga pendidik.

SEMINAR PEMANTAPAN & PENGORGANISASIAN KESATUAN NUTP NEGERI SEMBILAN 2026Assalamualaikum dan salam sejahteraSalam Malaysi...
13/08/2026

SEMINAR PEMANTAPAN & PENGORGANISASIAN KESATUAN NUTP NEGERI SEMBILAN 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam NUTP Pejuang Guru

NUTP Negeri Sembilan dengan sukacitanya mengundang Wakil Sekolah dan Ahli NUTP Negeri Sembilan yang aktif serta memenuhi syarat untuk menyertai Seminar Pemantapan & Pengorganisasian Kesatuan NUTP Negeri Sembilan 2026.

Maklumat Program
Tarikh : 15 & 16 September 2026 (Selasa & Rabu)
Tempat : Klana Resort, Seremban

Keistimewaan Kepada Peserta
βœ… Penginapan disediakan
βœ… Surat CTR akan dikeluarkan
βœ… Penyertaan ke Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru NUTP Negeri Sembilan

Pengisian Program
πŸ”Ή Taklimat Insurans NUTP β€” Tony Ng & Associates
πŸ”Ή Taklimat Integriti Dalam Perkhidmatan β€” Sektor Integriti JPNS
πŸ”Ή Taklimat Isu-isu Semasa Perkhidmatan β€” Presiden NUTP
πŸ”Ή Taklimat Kepentingan & Matlamat Kesatuan Sekerja β€” JHEKS Melaka & Negeri Sembilan
πŸ”Ή Taklimat Faedah Persaraan & Cuti Yang Menjejaskan Persaraan β€” JPA Putrajaya
πŸ”Ή Taklimat Risiko Guru Dalam Aspek Perundangan β€” Peguam NUTP

Syarat Penyertaan (Perincian syarat sila rujuk pada link pendaftaran)
1. Terhad kepada 100 orang Wakil Sekolah & Ahli NUTP Negeri Sembilan yang aktif sahaja
2. Yuran Penyertaan: RM100 (RM50 akan dikembalikan sekiranya hadir seluruh program)

Tentatif Penuh Program :
https://anyflip.com/eyuhl/nxee/

Pendaftaran :
https://forms.gle/srYE2C9brPtWQ1ip6

Tarikh Tutup Pendaftaran : 21 Ogos 2026

TEMPAT ADALAH TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan maklumat terkini, khususnya mengenai hak serta perlindungan ahli, termasuk sokongan guaman dan khidmat nasihat yang boleh dimanfaatkan apabila berhadapan dengan isu berkaitan perkhidmatan dan perundangan.

Daftar sekarang melalui pautan pendaftaran di atas atau imbas Kod QR pada poster!

Sekian. Terima kasih πŸ™‚

NUTP NEGERI SEMBILAN

06/08/2026
NUTP Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Seri Utama Haji A...
03/08/2026

NUTP Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun atas segala jasa, komitmen, dedikasi serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar.

Segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang serta dihargai. Semoga segala usaha murni yang dilaksanakan menjadi amal jariah dan terus membawa manfaat kepada rakyat serta negeri tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga YBhg. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa NUTP Negeri Sembilan



NUTP Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Ismail Bin Lasim, Ahli Dewan Undangan Neg...
03/08/2026

NUTP Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Ismail Bin Lasim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa pada 2 Ogos 2026 (Ahad).

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada beliau kekuatan, kebijaksanaan, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menerajui pentadbiran Negeri Sembilan dengan penuh amanah, integriti, hikmah dan kecemerlangan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa NUTP Negeri Sembilan

NUTP Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafizah Nabilah binti Mo...
31/07/2026

NUTP Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafizah Nabilah binti Mohd Idris atas segala jasa, dedikasi, komitmen serta kepimpinan cemerlang sepanjang menerajui JHEKS Melaka & Negeri Sembilan bermula 27 Mac 2023 hingga 28 Julai 2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, beliau telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam memperkukuh hubungan bersama kesatuan sekerja khususnya NUTP serta memacu pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada ahli NUTP Negeri Sembilan dan gerakan kesatuan sekerja secara keseluruhannya. Sikap profesionalisme dan persahabatan baik yang beliau zahirkan telah menjadi inspirasi, malah meninggalkan legasi kepimpinan yang amat bermakna kepada semua yang pernah bekerjasama dengan beliau.

Seluruh warga NUTP Negeri Sembilan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan, yang berkuat kuasa mulai 29 Julai 2026.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam menggalas amanah baharu, seterusnya meneruskan kecemerlangan organisasi, memperkukuh hubungan perusahaan serta terus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.

Sekalung penghargaan, setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya.

Jawatankuasa NUTP Negeri Sembilan


23/07/2026

🏍️ Khas Buat Ahli NUTP: Pembiayaan Motosikal Sehingga RM20,000!

Impikan motosikal baharu? Kini anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM20,000 melalui Koperasi Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK Berhad) dengan proses yang mudah dan pantas.

βœ… Pembiayaan sehingga RM20,000
βœ… Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun
βœ… Kadar keuntungan berpatutan serendah 3%
βœ… Syarat kelayakan yang ringkas
βœ… Terbuka kepada semua anggota KPPK Berhad

πŸ’™ Ahli NUTP, manfaatkan kelebihan keahlian anda dengan menyertai KPPK Berhad dan nikmati pelbagai kemudahan serta nilai tambah yang disediakan.

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi KPPK Berhad di:
03-6258 4572

Address

Wisma KPPK Negeri Sembilan, No. 32 Jalan Rahang Jaya 1, Pusat Perniagaan Rahang Jaya
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NUTP Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share