21/02/2024
Mesyuarat Agung PEN kali ke-47 berlangsung sebelum Forum Industri 3.0
Ahli PEN boleh sahkan kehadiran di sini:
Pautan kehadiran: https://forms.gle/amKgAp8TdDupe3sr6
Kehadiran ini diambil kira sekali gus menjadi peserta Forum Industri 3.0
Untuk yang bukan ahli juga diundang ke Forum Industri 3.0 yang secara khusus akan membincangkan kaedah karya sastera itu dijana seluas-luasnya kerana dilindungi oleh Perlesenan Hak Cipta.
Mohon sahkan kehadiran ke Forum Industri 3.0 melalui pautan berikut:
https://bit.ly/KehadiranForumIndustri3PEN
Tempat kami terhad di Royale Chulan Seremban. RSVP daripada tua/puan sangatlah dihargai.
Sebagai tuan rumah, kami tentunya bimbang jika lauknya tidak cukup atau nasi tak dapat ditambah.
Sesiapa yang terbaca, terpandang dan terdengar akan pengumuman ini, anggaplah ini sebagai undangan daripada saya selaku Ketua Satu PEN yang mewakili Ahli Jawatankuasa.
Jumpa di Royale Chulan Seremban. Kalau naik komuter, turun di Stesen Seremban. Ambil Grab, RM5 sahaja.
Kami sedang bersiap-siap untuk majlis pada:
24 Februari 2024 (Sabtu)
8.30 pagi (Mesyuarat Agung)
10.00 pagi (Forum Industri)
Royale Chulan, Seremban.