25/05/2026
Dengan penuh sukacita, pihak Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz menjemput seluruh warga kolej, ibu bapa serta para graduan untuk bersama-sama memeriahkan:
🎓 Majlis Konvokesyen Kali Ke-8
Sesi 2024/2025
📅 Tarikh : 10 Julai 2026 (Jumaat)
🕒 Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
📍 Tempat : Casa Lagenda Convention Centre
Majlis ini merupakan simbol penghargaan atas usaha, dedikasi dan kejayaan para graduan sepanjang menempuh alam prauniversiti. Semoga majlis ini menjadi detik indah yang akan terus terpahat dalam memori semua warga graduan. ✨
“Melakar kejayaan, menyulam masa depan.” 🎓