Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah atau singkatannya SMKTAD atau juga dikenali dengan singkatan STAD merupakan salah sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang di Negeri Sembilan. Sekolah ini merupakan sekolah melayu pertama di Seremban. Penubuhannya adalah hasil daripada Laporan Razak 1957. Sekolah ini ditubuhkan pada 18 Januari 1959. Di antara tahun 1956 hingga tahun 1964 hanya terdapa
t sepuluh buah Sekolah Menengah Melayu sahaja di Negeri Sembilan pada waktu itu termasuklah sekolah ini. Bermula dengan menumpang Sekolah Menengah aliran Inggeris, iaitu di sekolah Mengah King George V, Jalan Hose (kini Jalan Zaaba), Seremban. Bermula dengan jumlah pelajar seramai 77 orang sahaja pelajar tingkatan satu, 9 orang guru dibawah penyelia En. Shaharuddin Bin Ishak. Pada tahun 1960, seramai 84 orang pelajar baru telah masuk menjadikan bilangan pelajar kesemuanya seramai 161 orang, iaitu 88 orang lelaki dan 73 orang perempuan. Pada tahun 1961 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 243 orang terdiri daripada 145 orang lelaki dan 75 orang perempuan. Memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah, manakala kemudahan bilik darjah yang terhad di sekolah menengah KGV, maka pelajar tingkatan dua Sekolah Melayu ini telah ditumpangkan p**a di Sekolah Kebangsaan Channer Road (kini Sekolah Kebangsaan Seri Kelana), Seremban. Pada tahun 1961 juga pelajar kump**an pertama daripada sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pada tahun 1966, semua pelajar Sekolah Menengah Melayu yang menumpang di Sekolah Menengah KGV dan Sekolah Kebangsaan Channer Road dipindahkan ke bangunannya sendiri di kawasan seluas 4 hektar di kilometer 5, Jalan Sikamat, Seremban, kekal hingga sekarang. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan dua tingkat untuk bilik darjah (kini dikenali blok Temenggung dan blok Syahbandar), dua blok asrama (asrama lelaki dan prempuan), satu blok makmal sains dan satu bilik masakan. Sekolah ini telah dirasmikan pada 29 Mac 1969 oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Ibni Al-Marhum Tunku Abdul Rahman DMN, DK (BRUNEI). Pada tahun 1983, sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menegah Tunku Ampuan Durah bersempena dengan nama DYMM Tunku Ampuan Durah Ibni Al-Marhum tunku Besar Burhanudin isteri kepada Al-Marhum Tunku Munawir Ibni Al-Marhum Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 9. Dengan itu identitinya sebagai Sekolah Melayu telah lenyap seiring dengan perkembangan arus pendidikan di Malaysia. Sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam pada tahun 1969. Inilah julung kalinya tingkatan enam aliran Melayu diadakan di Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar telah diterima masuk. Sembilan orang daripada sekolah ini sendiri manakala yang lain daripada sekolah aliran Melayu seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga sekolah ini telah menerima seramai 15 orang pelajar tingkatan satu dari Sabah. Pada tahun 1975, telah diwujudkan p**a kelas aliran Sains tingkatan 6 dengan perintisnya seramai 35 orang pelajar. Apa yang membanggakan ialah seramai 13 orang pelajar daripada kump**an pertama mengambil Sijil Tinggi Persekolahan (STP) aliran sains itu telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Semasa sekolah ini mula-mula berpindah ke bangunannya sendiri, di tapaknya sekarang, sekolah ini cuma mempunyai dua blok bangunan dua tingkat (blok Temenggung dan blok Syahbandar yang mengandungi 15 bilik darjah, satu blok bangunan setingkat mengandungi 4 bilik makmal sains dan satu bilik jahitan. Bangunan tambahan dua blok bangunan dua tingkat (blok Bendahara dan blok Laksamana) siap dibina pada tahun 1984. Dewan Kuliah “Seri Budiman” yang boleh memuatkan seramai 120 orang p**a dibina pada tahun 1998 di dalam blok bangunan tingkatan 6 sekarang. Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai kemudahan padang sekolah yang sempurna. Pada tahun 1979 tanah seluas 11 ekar disebelah kawasan sekolah ini telah diperoleh dan dijadikan padang sekolah hingga sekarang. Selain itu sebuah surau bangunan kayu dua tingkat telah dibina pada tahun 1982 yang dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah. Keadaan bangunan surau kayu yang berusia lebih 20 tahun telah uzur dan digantikan dengan surau bangunan batu yang leebih selesa pada tahun 2001. Pada 2001 berlaku perubahan drastic dalam perkembangan bangunan sekolah. Bangunan tambahan 3 buah blok banguan 4 tingkat telah dibina iaitu blok Panglima, blok Biduanda dan blok Bentara. Kini pada tahun 2006, Sekolah Tunku Ampuan Durah telah mempunyai 7 blok bangunan kesemuanya iaitu blok Temenggung , Syahbandar, Biduanda, Bendahara, Laksamana, Bentara dan blok Panglima dan mempunyai 44 buah kelas yang digunakan untuk dua ssi pagi dan petang. Pembinaan blok tambahan ini pada awalnya dijangkakan dapat menyediakan tempat kepada semua pelajar belajar dalam satu sesi, tetapi memandangkan jumlah kemasukkan pelajar yang ramai sekolah ini masih dijalankan dalam dua sesi. Tingkatan satu dan dua belajar pada sesi petang, tingakatan tiga, empat, lima, enam rendah dan enam atas belajar pada sesi pagi. Selain itu Dewan Sekolah juga telah siap pada akhir tahun 2001. Dewan Besar Tunku Ampuan Durah telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Isa B. Dato Hj. Abdul Samaad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Sebuah bangunan yang menempatkan makmal komputer juga disiapkan pada tahun yang sama. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pada awalnya ada dua blok bangunan dua tingkat, satu untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan. Pada tahun 1967, pelajar asrama terdiri daripada 64 orang lelaki dan 76 orang perempuan. Pada tahun 1992 asarama dapat menampung seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 2000 asrama ini menempatkan seramai 138 orang pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan. Kini pada tahun 2006 pelajar asrama seramai 237 orang. Bilangan guru sekolah ini bertambah mengikut pertambahan pelajar. Pada tahun 1959, bilangan guru hanya seramai 9 orang kerana bilangan pelajar pada masa itu hanya seramai 77 orang. Pada tahun 1967 ada seramai 37 orang guru dan 815 orang pelajar. Pada tahun 1989 bilangan guru dan pelajar meningkat dua kali ganda, bilangan guru menjadi 86 orang dan jumlah 135 orang dengan bilangan pelajarnya seramai 2064 orang. Jumlah pelajarnya seramai 1626 orang. Kini pada tahun 2006 bilangan gurunya mencapai 125 orang. Kakitangan bukan akademik juga berkembang mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1968 hanya terdapat seorang kerani, seorang pembantu pejabat dan dua orang pembantu makmal. Pada tahun 1988 terdapat seorang kerani kanan, seorang kerani, 2 orang pembantu pejabat, 8 orang pembantu makmal dan 13 orang pekerja am. Kini perjalanan sekolah telah dibantu oleh seorang ketua Pembantu tadbir, seorang ketua Pembantu makmal, 3 orang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal, 2 orang Penyelia asrama, 2 orang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal, 2 orang Penyelia asrama, 2 orang pembantu tadbir rendah, seorang pembantu makmal rendah, 8 orang pembantu am rendah dan 6 orang pekerja rendah awam. Dari tahun 1959 hingga kini,sekolah ini telah ditadbir oleh 12 orang pengetua. Pada tahun 1959 hingga 1966 sekolah ini ditadbir oleh pengetua Sekolah Menengah King George V kerana pada masa itu sekolah ini menumpang di sekoalh tersebut. Seorang guru aliran Melayu telah dilantik sebagai penyelia. Beliau ialah Encik Shaharuddin B. Ishak.