Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Negeri Sembilan

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Negeri Sembilan Ini adalah page FB Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Negeri Sembilan. Terima kasih.

Tuan/Puan boleh menghubungi no contact tertera di FB Page kami sekiranya ada pertanyaan atau perlukan maklumat segera.

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H โœจ๐ŸŒ™ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู๐Ÿค ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ๐Ÿค๐ŸŒธ Assal...
24/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H โœจ๐ŸŒ™

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

๐Ÿค ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ๐Ÿค

๐ŸŒธ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ๐ŸŒธ

Sempena 12 Rabiulawal 1448H, seluruh warga SRITI Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh umat Islam. ๐ŸŒน

๐Ÿ•Œ Sambutan ini bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi menjadi ruang untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ, mengenali sirah dan akhlak Baginda serta berusaha menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. โค๏ธ

๐ŸŒฟ Marilah kita bersama-sama mencontohi akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ dalam mendidik diri, keluarga dan anak-anak agar menjadi generasi yang beriman, berilmu, berakhlak dan mencintai Allah serta Rasul-Nya. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“– Firman Allah SWT:

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang terbaik bagi kamu.โ€
(Surah al-Ahzab: 21)

๐ŸŒน Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ bukan hanya pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui selawat, akhlak, amal soleh dan kesungguhan mengikuti sunnah Baginda.

๐Ÿคฒ๐Ÿป Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita syafaat Rasulullah ๏ทบ, menghimpunkan kita bersama Baginda di dalam syurga-Nya serta menjadikan kita umat yang benar-benar mencintai dan mengikuti sunnah Baginda.

๐Ÿ’š Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H ๐Ÿ’š

๐ŸŒ™ ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ ๐ŸŒ™

โœจ Membina Generasi Rabbani Murabbi โœจ
๐Ÿซ SRITI Negeri Sembilan

๐Ÿ“ธ LENSA KONTINJEN SRITI NEGERI SEMBILAN | ACARA BALAPAN KESUGA MALAYSIA 2026Setiap langkah di atas trek adalah lambang k...
14/08/2026

๐Ÿ“ธ LENSA KONTINJEN SRITI NEGERI SEMBILAN | ACARA BALAPAN KESUGA MALAYSIA 2026

Setiap langkah di atas trek adalah lambang kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang luar biasa. Keringat yang mengalir hari ini menjadi bukti bahawa kejayaan bukan hadir dengan mudah, tetapi dibina melalui latihan, pengorbanan dan tekad yang tidak pernah luntur.

Tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan urus setia yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang acara balapan KESUGA. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT dan terus melakar lebih banyak kejayaan buat Kontinjen SRITI Negeri Sembilan.


Kata-kata semangat mampu menjadi pembakar azam sebelum melangkah ke gelanggang. ๐Ÿ”ฅTerima kasih diucapkan kepada Puan Farh...
07/08/2026

Kata-kata semangat mampu menjadi pembakar azam sebelum melangkah ke gelanggang. ๐Ÿ”ฅ

Terima kasih diucapkan kepada Puan Farhana, Ketua Sektor Pembangunan Murid SRITI Negeri Sembilan, atas titipan doa dan amanat buat seluruh kontinjen yang bakal berjuang di pentas KESUGA.

Semoga setiap atlet, jurulatih dan pegawai terus beraksi dengan penuh semangat, menjaga disiplin, mempamerkan akhlak yang terpuji serta membawa nama SRITI Negeri Sembilan dengan penuh amanah.

Kemenangan adalah impian, namun akhlak dan semangat kesukanan adalah keutamaan.

Selamat maju jaya buat seluruh kontinjen! Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keselamatan dan kejayaan.

Hobin Jang Hobin! ๐Ÿ’›๐Ÿ–คโค๏ธ

๐Ÿ“ข SELAMAT BERJUANG KONTINJEN SRITI NEGERI SEMBILAN | KESUGA KEBANGSAAN 2026ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSeluruh...
06/08/2026

๐Ÿ“ข SELAMAT BERJUANG KONTINJEN SRITI NEGERI SEMBILAN | KESUGA KEBANGSAAN 2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Seluruh warga SRITI Negeri Sembilan mengucapkan selamat berjuang kepada semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan yang akan membawa cabaran negeri ke Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026.

Kami memohon doa daripada seluruh ibu bapa, guru, alumni dan warga SRITI Negeri Sembilan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan, keselamatan serta mempermudahkan segala urusan kontinjen sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga setiap atlet diberikan ketenangan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi untuk memberikan persembahan terbaik. Menang atau kalah adalah ketentuan Allah SWT, namun semoga seluruh kontinjen sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia, disiplin yang tinggi dan semangat kesukanan yang terpuji.

Doakan agar Kontinjen SRITI Negeri Sembilan diberikan kejayaan yang cemerlang dan pulang dengan membawa kebanggaan buat negeri serta seluruh warga SRITI.

Selamat berjuang, semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kalian.

Hobin Jang Hobin! โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

KEPUTUSAN PENUH | BOLA SEPAK & BOLA JARINGJohan Keseluruhan Bola Sepak:Johan - SRITI Generasi Qurani, SerembanNaib Johan...
06/08/2026

KEPUTUSAN PENUH | BOLA SEPAK & BOLA JARING

Johan Keseluruhan Bola Sepak:
Johan - SRITI Generasi Qurani, Seremban
Naib Johan - SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, Jempol
Ketiga - SRITI Seremban 2
Keempat - SRITI Al-Khawarizmi
Kelima - SRITI Jijan

Johan Keseluruhan Bola Jaring:
Johan - SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, Jempol
Naib Johan - SRITI Generasi Qurani, Seremban
Ketiga - SRITI Seremban 2
Keempat - SRITI Jijan
Kelima - SRITI Al-Khawarizmi

KEPUTUSAN PENUH | MEMANAHJohan Keseluruhan Memanah:Johan - SRITI Seremban 2Naib Johan - SRITI Generasi Qurani, SerembanK...
06/08/2026

KEPUTUSAN PENUH | MEMANAH

Johan Keseluruhan Memanah:

Johan - SRITI Seremban 2
Naib Johan - SRITI Generasi Qurani, Seremban
Ketiga - SRITI Jijan
Keempat - SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, Jempol
Kelima - SRITI Al-Khawarizmi

KEPUTUSAN PENUH | OLAHRAGAJuara Keseluruhan OlahragaJohan - SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, JempolNaib Johan - SRITI JijanKeti...
06/08/2026

KEPUTUSAN PENUH | OLAHRAGA

Juara Keseluruhan Olahraga
Johan - SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, Jempol
Naib Johan - SRITI Jijan
Ketiga - SRITI Generasi Qurani, Seremban

LENSA KESUGA | ACARA LONTAR PELURU PEREMPUANBukan sekadar kekuatan, tetapi ketepatan dan keyakinan! Aksi peserta lontar ...
31/07/2026

LENSA KESUGA | ACARA LONTAR PELURU PEREMPUAN

Bukan sekadar kekuatan, tetapi ketepatan dan keyakinan! Aksi peserta lontar peluru perempuan KESUGA tampil penuh semangat dalam memburu lontaran terbaik. ๐Ÿ’ช๐Ÿ…



LENSA KESUGA | ACARA LONTAR PELURU LELAKIKekuatan, teknik dan semangat menjadi taruhan! Saksikan aksi para atlet dalam a...
31/07/2026

LENSA KESUGA | ACARA LONTAR PELURU LELAKI

Kekuatan, teknik dan semangat menjadi taruhan!

Saksikan aksi para atlet dalam acara lontar peluru KESUGA yang penuh fokus dan bertenaga. Setiap lontaran membawa tekad untuk memberikan yang terbaik! ๐Ÿ…



LENSA KESUGA | MAJLIS PENYERAHAN PINGAT BALAPANAlhamdulillah, tahniah kepada semua atlet yang berjaya mendapatkan tempat...
29/07/2026

LENSA KESUGA | MAJLIS PENYERAHAN PINGAT BALAPAN

Alhamdulillah, tahniah kepada semua atlet yang berjaya mendapatkan tempat dalam acara balapan KESUGA SRITI Negeri Sembilan.

Teruskan melakar kejayaan pada masa akan datang.

Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60136280480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category