14/02/2024
🌟 [TIPS] PILIH CIKGU TERBAIK UNTUK TUISYEN ANAK
Hai ibu bapa yang awesome!😍
Okay, sharing ni pasal pemilihan Cikgu Tuisyen yang terbaik untuk anak kita. Betul la, sekarang ni, memilih cikgu macam nak cari intan dalam timbunan kaca. Terlalu ramai cikgu di luar sana,dah rasa macam siri dalam pertandingan MasterChef, tapi dalam dunia guru.
Jadi, kita kena pandai pilih yang 'serasi' dengan anak kita, kan? Nak yang boleh buat Matematik jadi macam main LEGO, tak stress tapi seronok. Jadi, sharing ni, macam mana nak pilih cikgu Matematik Tambahan ( Add Maths ) yang terbaik..
1. Cikgu dengan Rekod Kejayaan dan Berpengalaman
Pilih cikgu matematik tambahan yang dah ada rekod kejayaan dan berpengalaman. Kalau dia pernah bantu pelajar lain naik prestasi, itu tanda dia punya formula kejayaan. Cikgu macam ni buat kita yakin anak kita pun boleh capai kejayaan yang sama.
2. Cikgu yang Bagus Mengajar
Pilih cikgu yang POWER Matematik. Macam superhero Matematik, betul2 faham konsep asas sampai ke akar umbi. Cikgu ni bukan hanya pandai Matematik, tapi pandai MENGAJAR. Kecekapan dia dalam ajar Matematik tu penting. Tak kira lah dia guna cara-cara yang kreatif, pastikan anak kita faham dengan mudah. Macam cerita dongeng Matematik, bukan macam buku teks yang buat ngantuk!
3. Cikgu Yang Bersungguh-Sungguh
Cikgu yang tak main-main, tapi ikhlas nak bantu anak korang. Yang tak lepas pandang kalau ada pelajar tak faham. Kita nak yang sabar, tak putus asa nak ajar sampai anak paham.
4. Yang Ada 'Extra Mile'
Cikgu yang bukan saja ajar dalam kelas, tapi siap ada 'extra mile'. Maksudnya, dia bagi bahan tambahan, cadangkan latihan tambahan, dan selalu ada masa untuk jawab soalan pelik-pelik anak.
5. Cikgu yang Baik Hati dan Teladan
Cari cikgu yang tak hanya pandai ajar Matematik, tapi juga baik hati dan jadi contoh teladan yang bagus. Cikgu macam ni bukan saja bawa ilmu, tapi juga nilai-nilai baik yang anak kita patut ikut. Cikgu yang jujur, bertanggungjawab, dan pandai hormat-menghormati. Jadi, anak kita belajar Matematik sambil dapat panduan hidup yang positif.
6. Cikgu Yang Tidak Hanya Memikirkan Keuntungan
Carilah cikgu yang s**a membantu tanpa nak cari keuntungan semata. Yang ikhlas bantu sebab dia sayangkan ilmu, bukan nak isi poket sendiri. Cikgu jenis ni, senyumannya ikhlas, dia bahagia kalau anak kita faham Matematik.
[LEGA] Jadi, kalau kita jumpa cikgu yang tak memikirkan keuntungan dan selalu low-profile, itu macam jackpot! Dia bukan sahaja sudi tolong tanpa harapkan balasan besar, tapi juga 'power' dalam mengajar matematik. Best, kan? 🌟🎓
[PILIH] dengan Bijak...Kejayaan Matematik Tambahan ( Add Maths ) Bermula di Sini!🚀
Beri peluang Cikgu Fauzie membantu anak2 anda..In sya Allah, hasilnya pasti ADA dengan IzinNYA.🥰🥰