Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Facebook rasmi Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Selain dari program hafazan Quran 30 juz (5 tahun), MTAS juga menawarkan kurikulum KBSM dari Tingkatan 1 hingga 5.

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS) adalah sebuah sekolah menengah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Ditubuhkan pada tahun 1999, ia adalah lanjutan kepada Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1985. Oleh itu semua pelajar adalah diwajibkan mengambil peperiksaan PMR & SPM. Kami juga menggunakan kurikulum Dinniyyah (agama) dan K

okurikulum dari gabungan sekolah sekolah Islam Malaysia (IKRAM-MUSLEH). Lawati lama web kami di www.ppasb.edu.my untuk maklumat lanjut

✨ PROGRAM KOLABORASI BERSAMA PACE & IKRAM MUDA ✨Alhamdulillah, turut hadir bersama Kader Duat Musleh:🌟 Jil 1• Akh Faiz• ...
21/08/2026

✨ PROGRAM KOLABORASI BERSAMA PACE & IKRAM MUDA ✨

Alhamdulillah, turut hadir bersama Kader Duat Musleh:

🌟 Jil 1
• Akh Faiz
• Ukht Najihah

🌟 Jil 8
• Akh Huzayl
• Ukht Aufa

🌟 Jil 16
• Ukht Irdina Lubis & Ukht Hanania

Antara pengisian yang dijalankan:

✅Slot PACE Turun Sekolah

Program PACE Turun Sekolah (POTS) bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang isu Palestin, konflik geopolitik dan isu semasa, serta membentuk generasi muda yang celik isu, bersemangat dan bersedia melakukan perubahan. 🇵🇸✨

✅Usrah Gabungan Ting 5

* 📝 Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.
* 🤝 Sesi taaruf dan berkenalan bersama.
* 🎓 Perkongsian tentang perancangan selepas SPM – nak sambung belajar dalam bidang apa?
* 🛤️ Berkongsi laluan pendidikan dan pilihan pengajian yang sesuai selepas SPM.
* 💬 Nasihat, motivasi dan perkongsian pengalaman sebagai panduan untuk masa depan.

Alhamdulillah, sesi yang santai tetapi sangat bermakna. Semoga anak-anak mendapat gambaran dan semangat untuk merancang hala tuju selepas SPM. 🌱✨

Jzkk semua atas perkongsian dan pengisian yang sangat menarik, bermanfaat & penuh inspirasi! 😆✨

Semoga terus istiqamah dalam menyebarkan ilmu dan menjadi qudwah hasanah buat generasi akan datang. 🤍🌱

Kolaborasi | Ukhuwah | Tarbiah | Dakwah 💪🏻✨

21/08/2026
🌷 UCAPAN & NASIHAT DARIPADA PARA MURABBI 🌷Buat anak-anak yang bakal terbang ke Mesir 🇪🇬✈️,Pergilah membawa cita-cita, il...
20/08/2026

🌷 UCAPAN & NASIHAT DARIPADA PARA MURABBI 🌷

Buat anak-anak yang bakal terbang ke Mesir 🇪🇬✈️,

Pergilah membawa cita-cita, ilmu dan doa. Jadikan perjalanan ini sebagai langkah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan.

🌙 Jaga solat dan hubungan dengan Allah.
🤍 Jaga akhlak dan adab walau di mana berada.
📚 Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu.
👥 Pilihlah sahabat yang baik dan saling mengingatkan.
🏡 Jangan lupa ibu ayah, guru-guru dan keluarga yang sentiasa mendoakan.

Jadilah duta kecil Malaysia yang membawa nama baik sekolah, keluarga dan agama.

Semoga Allah menjaga setiap langkah kalian, melapangkan urusan, memberi kejayaan dan menjadikan kalian ulama serta insan yang bermanfaat untuk ummah. 🤲🏻

Selamat melangkah ke bumi Anbiya’.
Fly high, anak-anak! 🇪🇬❤️
Doa para murabbi sentiasa mengiringi kalian.

🌙 PUASA SUNAT & IFTAR JAMAI’E📅 Khamis, 20 Ogos 2026📍 Sekolah🍽️ Iftar Jamaie🥗 Konsep: Pot Luck✨ Pelajar harian dijemput h...
19/08/2026

🌙 PUASA SUNAT & IFTAR JAMAI’E

📅 Khamis, 20 Ogos 2026
📍 Sekolah
🍽️ Iftar Jamaie
🥗 Konsep: Pot Luck

✨ Pelajar harian dijemput hadir mulai jam 6.00 petang untuk bersama-sama menyertai iftar.

🤍 Semoga program ini mengeratkan ukhuwah, memperbanyakkan ibadah dan meraih keberkatan Allah SWT.

“Bersama dalam ibadah, erat dalam ukhuwah.”

🇲🇾 JIWA MERDEKA, UMMAH PRIHATIN  “Jiwa Merdeka, Ummah Prihatin” bersama Bro Huzayl, Pegawai Penyelidik PACE (Palestine C...
19/08/2026

🇲🇾 JIWA MERDEKA, UMMAH PRIHATIN

“Jiwa Merdeka, Ummah Prihatin” bersama Bro Huzayl, Pegawai Penyelidik PACE (Palestine Centre of Excellence).

📅 21 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi – 10.00 pagi
📍 Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah

Sebuah perkongsian yang membawa kita menghayati erti kemerdekaan, kepedulian dan solidariti sesama ummah. 🤍

✨ Merdeka Jiwa, Prihatin Sesama Ummah.

Semua warga sekolah dijemput hadir. 🇲🇾🤍🇵🇸

🤲🏻 MOHON DOA DARIPADA SELURUH WARGA AS-SA’IDIYYAHMohon doa daripada seluruh warga As-Sa’idiyyah buat anak-anak calon SPM...
16/08/2026

🤲🏻 MOHON DOA DARIPADA SELURUH WARGA AS-SA’IDIYYAH

Mohon doa daripada seluruh warga As-Sa’idiyyah buat anak-anak calon SPM MTAS yang bakal menduduki Ujian Lisan Bahasa Arab.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka, memberikan ketenangan, kelancaran dalam menjawab serta mengurniakan keyakinan dan kejayaan yang terbaik. 🤲🏻✨

Doa dan sokongan daripada semua amat bermakna buat anak-anak kita. ❤️

اللهم يسّر لهم ولا تعسّر عليهم، ربّ تمّم لهم بالخير 🤲🏻

Jazakumullahu khairan kathiran. 🌷

🌿 BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & SOLAT DHUHA 🌿Assalamualaikum wbt.Insya-Allah, akan diadakan Bacaan Yasin, Solat Hajat dan ...
15/08/2026

🌿 BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & SOLAT DHUHA 🌿

Assalamualaikum wbt.

Insya-Allah, akan diadakan Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Dhuha seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Jumaat, 14 Ogos 2026
⏰ Masa: 9.00 – 10.00 pagi
📍 Tempat: Surau

✨ Atur cara:
📖 Bacaan Yasin
🤲 Solat Hajat
☀️ Solat Dhuha
🤍 Doa dan munajat bersama

Mohon semua pelajar hadir dengan penuh tertib dan disiplin serta mengambil kesempatan ini untuk berdoa memohon kemudahan, ketenangan dan kejayaan, khususnya buat calon-calon SPM 2026 .

Semoga Allah SWT menerima segala doa dan usaha kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

Terima kasih atas kerjasama semua. 🌷

SLOT PKPIM📅 Jumaat (7/8/2026)🕣 8.30 – 9.00 pagi📍 Tempat: Surau dan kelas (pelajar bersama guru di tempat masing-masing)K...
07/08/2026

SLOT PKPIM
📅 Jumaat (7/8/2026)
🕣 8.30 – 9.00 pagi
📍 Tempat: Surau dan kelas (pelajar bersama guru di tempat masing-masing)

Konstruk 9: PEMIMPIN YANG BAIK

Definisi
Pemimpin yang baik ialah individu yang berkemampuan mengurus diri, keluarga dan organisasi dengan baik, kemas serta teratur. Mereka memimpin dengan adil, amanah dan sentiasa berlandaskan syariat Islam.

Objektif
Pada akhir slot, pelajar dapat:
Mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
Memahami bahawa kepimpinan bermula dengan memimpin diri sendiri.
Menyedari kepentingan menjaga hubungan dengan Allah melalui ibadah sebagai asas menjadi pemimpin yang berjaya.

Guru bertanya kepada pelajar:
Siapakah pemimpin yang kamu kagumi?
Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang baik?
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tokoh Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih, yang berjaya menawan Konstantinopel pada usia muda hasil didikan agama, disiplin dan kepimpinan yang cemerlang.

Ciri-ciri Pemimpin yang Baik
Beriman dan bertakwa kepada Allah.
Berakhlak mulia serta beramanah.
Bertanggungjawab.
Berdisiplin dan menepati masa.
Berani membuat keputusan yang betul.
Adil kepada semua.
Mampu memimpin diri sebelum memimpin orang lain.

Kekuatan Ibadah Sebagai Asas Kepimpinan
Guru boleh berkongsi kisah bahawa sebelum memilih tentera untuk menjalankan misi penting, Sultan Muhammad Al-Fatih bertanya:
"Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardu sejak baligh?"
Tiada yang mengangkat tangan.
Kemudian baginda bertanya lagi:
"Siapakah yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib?"
Hanya sebahagian kecil yang mengangkat tangan.
Kisah ini memberi pengajaran bahawa pemimpin dan pasukan yang hebat dibina melalui kekuatan hubungan dengan Allah, disiplin ibadah dan akhlak yang baik.

Refleksi Diri
Minta pelajar menilai diri dengan menjawab soalan berikut:
✅ Adakah saya menjaga solat lima waktu?
✅ Adakah saya jujur dan amanah?
✅ Adakah saya menghormati ibu bapa dan guru?
✅ Adakah saya berdisiplin dan menepati masa?
✅ Adakah saya mampu mengawal emosi dan tingkah laku?
Guru tekankan bahawa pemimpin pertama yang perlu kita pimpin ialah diri sendiri.

"Kepimpinan bukan tentang pangkat atau jawatan, tetapi tentang amanah. Pemimpin yang hebat bermula dengan hati yang dekat kepada Allah, ibadah yang terjaga dan akhlak yang mulia."

Doa:
Semoga Allah SWT membimbing kita menjadi pemimpin yang amanah, berilmu, berakhlak mulia dan mampu membawa kebaikan kepada agama, keluarga, sekolah dan masyarakat. Aamiin.

Unit Tarbiah
MTAS2026

Alhamdulillah…peserta Nadwah Musleh Tingkatan 4 telah berkongsi pengalaman, ilmu dan pengisian yang mereka peroleh sepan...
07/08/2026

Alhamdulillah…peserta Nadwah Musleh Tingkatan 4 telah berkongsi pengalaman, ilmu dan pengisian yang mereka peroleh sepanjang program.

Semoga setiap perkongsian menjadi inspirasi, menyemarakkan semangat menuntut ilmu serta menyuburkan nilai tarbiah dalam diri semua yang hadir.

Jumpa antum di Surau Al-Amin!
🗓️ 7 Ogos 2026
🕘 9.00 – 10.00 pagi

Tahniah semua! 👏
Terima kasih atas perkongsian Nadwah yang begitu menarik dan memberi inspirasi. Semoga terus istiqamah menyebarkan ilmu dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain. 🌿✨

Unit Tarbiah
MTAS 2026

Address

Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066773241

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah:

Shortcuts

Share