02/07/2026
PELUANG MENERUSKAN LEGASI PENDIDIKAN AL-QURAN
Selepas 13 tahun menjadi tempat lahirnya pembelajaran Al-Quran, hafazan, tarbiah dan pelbagai program pembangunan ummah, kini kami membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil alih (take over) Pusat Pengajian Al-Quran dan Hafazan di Taman Kayu Manis, Seremban.
Premis ini bukan sekadar sebuah pusat pengajian. Di sinilah anak-anak belajar mengenal huruf-huruf Allah, remaja menghafaz kalam-Nya, dan masyarakat berkumpul untuk menuntut ilmu serta mendekatkan diri kepada Al-Quran.
Selama 13 tahun, lokasi ini telah dikenali oleh masyarakat setempat sebagai tempat pembelajaran Al-Quran.
Premis telah lengkap dan sedia digunakan:
✅ 7 bilik pembelajaran lengkap dengan aircond, meja, kerusi, whiteboard, kipas dan lampu
✅ 1 bilik rehat & solat
✅ Pantri dan peti ais
✅ Ruang menunggu
✅ 2 tandas
✅ Ruang pejabat lengkap dengan perabot dan aircond
✅ Pintu masuk siap dengan grill keselamatan
Lokasinya juga sangat strategik dengan kemudahan parkir kereta serta berdekatan kedai makan, dobi dan Econsave Ampangan.
Yang penting, anda boleh ambil alih dan terus menjalankan operasi tanpa perlu memikirkan kos besar untuk menyediakan kemudahan asas.
Jika anda mempunyai hasrat untuk meneruskan usaha dakwah, pendidikan Al-Quran atau pembangunan ummah, mungkin inilah peluang yang Allah hadirkan.
Kami tidak sekadar mencari pihak yang mahu mengambil alih sebuah premis, tetapi pihak yang mahu meneruskan manfaat dan legasi yang telah dibina selama 13 tahun.
Insya-Allah, bagi yang benar-benar berminat, kita boleh berbincang dan runding dengan baik.
Hanya RM10K saja.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
013 684 0323