Sepakat

Sepakat

Share

#Sepakat™ Official© . Established 2013/14

Diploma In Public Administration. FSPPP. UiTM Seremban

#Sepakat Rabu.

[SEJARAH DAN CORETAN #SEPAKAT]

Grup #Sepakat ini adalah satu Pertubuhan Tidak Rasmi Kumpulan Pelajar Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM yang memulakan pengajian di UiTM pada Sesi Disember 2013 - April 2014. Ahli Grup #Sepakat ini adalah terdiri daripada Bekas-2 Pelajar Diploma Pentadbiran Awam, FSPPP UiTM Merbok, Kedah dan FSPPP UiTM Alor Gajah

[OFFICIAL] Video Cerpen Raya 2017 : TERLAMBAT 22/06/2017

Dah nak raya ni, macam-macam video raya ada. Tak terkecuali juga video cerpen raya daripada UiTM Seremban.

Video cerpen raya pertama, arahan Penasihat , Ahmad Azeem Ahmad Raslan (AZAR).

Bertajuk : Terlambat.

Kerjasama dengan Peers Ohsem @ Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban.

Ada Warga yang berlakon tau!

Silakan tonton!

Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=obfVT0BLL4k

[OFFICIAL] Video Cerpen Raya 2017 : TERLAMBAT Bro Bai sibuk sangat sampai dua tahun tak balik raya? Ikuti kisah video ini sampai habis untuk mengetahui pengakhirannya. Video Cerpen Arahan Azeem Raslan (A...

10/10/2016

Nampaknya sudah lama page ini sepi. Huhu

Photos from Sepakat's post 24/06/2016

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua warga facebook yang mengenali kami. Setelah sekian lama, kami dapat juga berkumpul dan berbuka puasa bersama sama, walaupun tidak semua yang dapat turut serta tetapi ia cukup mengimbau semula kenangan dan kisah silam antara kami semua. Ia sesuatu yang amat berharga, bukan selalu dapat berkumpul, namun dengan Izin Allah SWT, kami bersyukur kerana diberi peluang. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Warga Sepakat !

Photos from Sepakat's post 24/03/2016

Assalammualaikum wbt, salam UiTM Di Hatiku.

Majlis Anugerah Dekan FSPPP Diploma.

Waktu : 9:30am - 1:00pm
Tempat : DK 1 (Dewan Laksamana), FSPPP
Tarikh : 23 Mac 2016, Rabu

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, ... ". (Surah Ibrahim:7)"

Tahniah kepada Warga Sepakat yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus meraih Anugerah Dekan!

Semoga muka yang mendapat penganugerahan dalam gambar ini, adalah muka-muka yang sama yang akan menerima anugerah pada Majlis Anugerah Dekan akan datang. Malah, lebih baik lagi, jika ramai lagi dalam kalangan kita turut menerimanya.

Sekian, terima kasih!

"Sepakat Membawa Berkat"

-AZAR-



CC : Dipac Uitm Seremban

19/03/2016

Soutul Aman @ Malam Mahabbah Cinta Rasul UiTM Seremban T2016

Anjuran : I-SAF, JPK, SASCOMM UiTM Seremban



CC :

17/03/2016

Throwback.

Sepakat Hakka @ MPG DPA FSPPP UiTM Seremban Sesi Disember 2015 - April 2016.

Sepakat Photoshoot 11/03/2016

Sesi Fotografi 'Sepakat'.

Terima kasih kepada yang sudi hadir!

PAD368 : Industrial Relations Talk 11/03/2016

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.

Pada 4.3.2016, Batch 'Sepakat' telah mengadakan satu program yang dinamakan Industrial Relations Talk.

Program ini disertai oleh semua pelajar DPA semester 5 batch 'Sepakat' dan turut dihadiri oleh Koordinator DPA dan Timb. Dekan HEP FSPPP UiTM Seremban.

Penceramah jemputan pada program kali ini ialah, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), iaitu Puan Hajjah Norlela, seorang yang cukup berpengalaman dalam industri perusahaaan (Industrial Relations) ini. Terdapat dua orang lagi wakil yang hadir bersama-sama Puan Hajjah.

Ceramah yang disampaikan adalah selama 2 jam, dan topik utama perbincangan dalam program ini adalah mengenai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), mengenai 'trade disputes', 'industrial disputes', 'collective bargaining', 'priveleges of the workmen' dan pelbagai lagi.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan satu program yang sungguh bermakna ini.

Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Insya-Allah.

Sekian, Wassalam.

'Sepakat Membawa Berkat'

-AZAR-

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3, Seremban
Seremban
70300