Kelas Baca & Eja

Kelas Baca & Eja

Share

KELAS MEMBACA DAN MENGEJA UNTUK KANAK-KANAK SEAWAL 5 TAHUN KE ATAS.

27/01/2026

Biasanya kita akan stuck nak mula dari mana untuk ajar anak membaca…

Sebenarnya, skop belajar membaca bukan sekadar BACA sahaja.
Ia melibatkan:

- Menulis (anak sekurang-kurangnya ada keupayaan menulis huruf / suku kata yang dipelajari)
- Mengeja
- Membaca
- Memahami

Anak tidak perlu menulis cantik atau mahir sepenuhnya untuk mula membaca.
Menulis cukup sebagai alat bantu untuk kukuhkan ejaan dan kefahaman.

Bila nak kenal huruf? Hurmmm 🤔
Nanti Tc share… cukup ibu ayah tahu bahawa menulis juga penting dalam proses belajar membaca.

Penerangan Modul Mini Atur:

Dalam modul mini atur kami, pengenalan huruf dibuat secara berperingkat....

Mula dengan vokal dahulu, diikuti konsonan mudah.

Pendekatan ini membantu anak memahami bunyi huruf secara santai tanpa rasa terbeban, sebelum mereka mula gabungkan huruf menjadi suku kata dan perkataan.

Setiap aktiviti direka supaya anak boleh...

mendengar....
mengeja....
membaca....
dan menulis secara ringkas..

membina asas literasi yang kukuh tanpa tekanan dengan modul Mini Atur insya Allah 🥰

011-1674 4059

06/01/2026

Seronok kan jadi budak-budak... Tak ada masal...lahh 🤭

Mana yang masih tak tahu nak cari kelas Kelas Baca & Eja jom daftar sebelum sesi 2026 penuh.

011-1674 4059

25/12/2025

https://kmmty.com/kenal-huruf

Cuti sekolah anak-anak pegang gajet kan??? Mana yang belum kenal huruf boleh klik link diatas. Semoga anak-anak dapat manfaat dari aplikasi tersebut. 🫰

15/12/2025

BAGAIMANA TICER BEROPERASI KE SEPANJANG CUTI SEKOLAH?

🧕: "ya, kami beroperasi seperti biasa sepanjang cuti sekolah dan kelas tetap diadakan pada waktu malam. Agar ibu ayah yang berkerja pada waktu siang boleh hantar anak ke kelas seperti biasa."

02/12/2025

Anak cuti sekolah tapi masih tak reti baca BM? Jom isi cuti bersama kami – Insya Allah 8 minggu je dah ada basic!”

01/12/2025

Mereka bangga sangat bila dapat kuasai walaupun bunyi 'BA ...JA...'
Tc puji, mereka gembira dan tunjuk keyakinan.
Kadang kita lupa, kejayaan kecil mereka perlu diraikan dengan penuh kegembiraa

28/11/2025

semalam anak-anak diminta untuk baca sendiri dengan pantauan Tc..
Walaupun ada yang silap sebut, mereka tetap terus cuba.
Tc gembira tengok keberanian mereka. Kadang, belajar ni tentang berani cuba, bukan sempurna.

28/11/2025

Ada yang perlahan, ada yang pantas, tapi semua cuba yang terbaik...
kita raikan semua perkembangan anak-anak...

27/11/2025

Anak-anak buat aktiviti membaca berpasangan.
Mereka saling bantu sebut huruf dan main teka huruf.
hebatnya anak-anak KMMTY!

26/11/2025

Anak-anak ulang menyebut suku kata di Buku Mini Atur..
Mereka mula sebut suku kata dengan lebih tepat.
Kadang kemajuan kecil ni bawa senyum besar pada semua...

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Seremban
70400