Rayyan OT Centre

Rayyan OT Centre

Share

Where Early Treatment Transforms Lives, Early Assestment and life-changing treatment for toddlers. Rayyan OT Centre is a centre for children with special needs.

We believe that every child should enjoy learning through play. We are dedicated to help the children with intelectual and developmental disabilities to have a better Quality of Life.

11/05/2026

Antara kelebihan aktiviti matching (memadankan gambar, perkataan atau objek) untuk murid EIP ialah:

👀Meningkatkan fokus dan perhatian
Murid belajar memberi tumpuan pada bentuk, warna, gambar atau perkataan yang sama.

🧠Menguatkan kemahiran kognitif
Aktiviti matching membantu murid berfikir, membuat perbandingan dan mengenal persamaan.

🗣Membantu perkembangan bahasa
Murid dapat mengenal dan mengingat kosa kata seperti ahli keluarga, haiwan, warna dan objek harian.

🧠Meningkatkan daya ingatan
Murid lebih mudah mengingat maklumat melalui pengulangan gambar dan perkataan.

👐🏻Menggalakkan koordinasi mata dan tangan
Semasa memadan atau menampal jawapan, murid melatih kemahiran motor halus.

🙋🏻Membina keyakinan diri
Aktiviti yang mudah dan berjaya disiapkan membuat murid rasa seronok dan yakin untuk belajar.

⭐️Sesuai untuk pembelajaran visual
Murid EIP biasanya lebih mudah memahami melalui gambar dan warna berbanding penerangan panjang.

⭐️Meningkatkan interaksi sosial
Jika dibuat secara berkumpulan, murid belajar bekerjasama dan berkomunikasi dengan rakan.

⭐️Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan
Aktiviti berbentuk permainan membantu murid lebih berminat dan tidak cepat bosan.

11/05/2026

DIY PENCIL BOX USING PVC PART 1

❤️Meningkatkan kemahiran motor halus
Murid menggunakan tangan untuk memegang, mengukur dan menghias kotak pensel.
❤️Melatih koordinasi mata dan tangan
Aktiviti memotong dan memasang membantu kawalan pergerakan dengan lebih baik.
❤️Meningkatkan fokus dan perhatian
Murid perlu memberi tumpuan semasa menggunakan bahan dan alatan.
❤️Menggalakkan kreativiti
Murid boleh menghias dan menghasilkan reka bentuk kotak pensel sendiri.
❤️Membina keyakinan diri
Murid berasa bangga apabila berjaya menghasilkan hasil kerja sendiri.
❤️Melatih kemahiran vokasional
Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada kemahiran pertukangan asas.
❤️Mengajar penggunaan alatan dengan selamat
Murid belajar cara menggunakan alatan dengan bimbingan guru.
❤️Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
Murid belajar cara memasang dan menyesuaikan bahan semasa aktiviti.
❤️ Menggalakkan sikap berdikari
Murid belajar menyiapkan tugasan secara langkah demi langkah.
❤️Memupuk amalan kitar semula dan berjimat
Paip PVC boleh digunakan semula untuk menghasilkan bahan berguna.

16/04/2026

Pernah tak anda dengar ayat ni sebagai ibu bapa…

“Maaf puan tuan, kami tak mampu handle anak ni…” 😢

Hati mana yang tak luluh bila anak sendiri ditolak…

Tapi jangan risau. Anda tak keseorangan.
Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan,
kami faham setiap anak itu unik & perlukan pendekatan berbeza 💛

✨ Guru berpengalaman & sabar
✨ Persekitaran selamat & supportive
✨ Fokus kepada perkembangan anak istimewa
⚠️ Tempat adalah TERHAD

👉 Jangan tunggu sampai penuh

https://wa.me/60196115813?text=Hi%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20ROTC2026

📍 Seremban 2

14/04/2026

🚨 JAWATAN KOSONG! 🚨
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan sedang mencari:
👩‍🏫 Guru
🧑‍🏫 Pembantu Guru
🧹 Cleaner
⏰ Waktu Kerja: 1.30 Petang – 6.30 Petang
📍 No. 17, Jalan RK 5/14, Rasah Kemayan, 70300 Seremban N9
Jika anda seorang yang penyayang, sabar dan minat dengan kanak-kanak, kami alu-alukan anda! ❤️
📲 Klik untuk mohon sekarang:
https://wa.me/60196115813
📞 Atau hubungi: 019-6115813
Tempat terhad! Mohon sekarang sebelum penuh!

13/04/2026

*Kebaikan Aktiviti Deria Sentuhan Selamat & Tidak Selamat*

1. Kenal jenis sentuhan
→ Budak boleh bezakan sentuhan baik (high-five, salam) dan sentuhan tak baik (cubit, tolak)

1. Bina kesedaran badan (body awareness)
→ Faham bahagian badan dan bagaimana sentuhan berlaku

1. Latih respon yang betul
→ Belajar kata “tak”, “stop” atau menjauh bila sentuhan tak selamat berlaku

4. Sensori – bezakan tekstur
→ Tisu (lembut) vs beras (kasar) bantu mereka kenal rasa sentuhan berbeza

5. Kurangkan tingkah laku agresif
→ Bila faham sentuhan tak selamat, kurang cubit/tolak kawan

6. Tingkatkan fokus & perhatian
→ Aktiviti tampal (tisu/beras) bantu fokus dan koordinasi mata-tangan

02/04/2026

Dengan penuh kasih sayang,
kami guru-guru yang hari ini mengenakan baju biru — simbol sokongan, kefahaman dan kasih terhadap anak-anak istimewa — ingin menyampaikan ucapan istimewa ini.
Hari ini, 2 April – Hari Autisme Sedunia,
kami berdiri bersama anak-anak hebat yang sentiasa mengajar kami erti kesabaran, keikhlasan dan kasih tanpa syarat.
Setiap hari bersama mereka,
kami belajar bahawa:
✨ Kemajuan kecil adalah kemenangan besar
✨ Setiap anak mempunyai cara tersendiri untuk bersinar
✨ Kasih sayang dan sokongan mampu mengubah segalanya
Buat anak-anak syurga kami,
teruslah melangkah dengan cara awak sendiri…
kami sentiasa ada di belakang awak 💙
Dan buat ibu bapa,
terima kasih kerana mempercayai kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan hebat ini.
💙 Kami guru-guru sentiasa bersama anda dan anak-anak istimewa.
💙 Fahami mereka, terima mereka, sokong mereka.
Ikhlas daripada,
Guru-guru Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 17, Jalan RK 5/14, RASAH KEMAYAN
Seremban
70300