Ngaji Sampai Pandai

Ngaji Sampai Pandai Mengaji Al-Quran untuk dihayati bersama

24/10/2024

Al-Quran bukan sekadar dibaca. Malah perlu difahami dan dihayati.

Ramadan dah dekat
12/03/2022

Ramadan dah dekat

Ramadan kian menghampiri kita.
Bermakna Syaaban p**a bakal meninggalkan kita kelak.

Khutbah di Malaysia hari ini mengingatkan tentang lalainya kita pada bulan Syaaban, kurangnya amal ibadah dan puasa di bulan ini. Bulan Syaaban diapit dengan dua bulan Haram yang mulia iaitu Bulan Rejab dan Bulan Ramadan.

Mari persiapkan diri bertemu Ramadan.
Semoga Allah berkati pada hari-hari berbaki di bulan Syaaban ini dan sampaikan kita semua ke Bulan Ramadan yang dirindui itu.

===

Penyertaan ke Quranic Leadership Program sangat dialu-alukan!
Hubung kami di whatsapp untuk info lanjut:
https://jom.chat/qylalshareef
https://jom.chat/qylalshareef
https://jom.chat/qylalshareef


25/11/2021
Quranic puzzle activity pada hari terakhir CheLiQ 1.0....Ptg ni majlis penutup bersama ibu bapa dan majlis penyampaian h...
09/12/2016

Quranic puzzle activity pada hari terakhir CheLiQ 1.0....

Ptg ni majlis penutup bersama ibu bapa dan majlis penyampaian hadiah☺

Alhamdulullah. Berjaya juga sampai ke hari terakhir🎉🎊🎉🎊

Cheliq 1.0 day 1-  day 3 ☺☺☺
07/12/2016

Cheliq 1.0 day 1- day 3 ☺☺☺

Assalamualaikum semua and salam ceria🌻🌞Semoga urusan kita dipermudahkan hari ini😍😍😍Hari ini bermula CheLiQ 1.0. Apa tu C...
04/12/2016

Assalamualaikum semua and salam ceria🌻🌞

Semoga urusan kita dipermudahkan hari ini😍😍😍

Hari ini bermula CheLiQ 1.0.

Apa tu CheLiQ?☺☺☺

(CheLiQ) sebuah program kem tahfiz cuti sekolah anjuran Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Huda dan Ihya' Resources.

Bertempat di Surau An-Nuur Sendayan, Negeri Sembilann.

Tempoh program 5 hari.

5-9 Disember 2016.

Siapa pesertanya? Pelajar sekolah berumur 6-12 tahun.

JOM!

😎😎😎

"Ustazah, saya sibuk sangat setiap hari. Tak sempat baca Al-Quran.Balik rumah kerja banyak, saya kerja..camana ya Ustaza...
19/11/2016

"Ustazah, saya sibuk sangat setiap hari. Tak sempat baca Al-Quran.Balik rumah kerja banyak, saya kerja..camana ya Ustazah?"

Saya takde jawapan.
Serius saya takde jawapan.

Sebab pada pendapat saya.. *Al-Quran bukan aktiviti sampingan yang aci buat sahaja..ia adalah KEWAJIPAN. 1 kewajipan kepada kita walau sesibuk manapun kita.*

Apatah lagi untuk kita yang bergelar isteri dan ibu..emosi turun naik. Ujian datang kiri kanan depan & belakang..Sampai kadangkala kita terduduk. Sedih sangat mengenangkan nasib diri..Sebab tu sahabatku, Kita sangat perlukan Al-Quran.

Jiwa akan sakit kalau tak baca Al-Quran dalam sehari.
Hati akan lemah kalau tak mentadabbur Al-Quran berhari-hari.
Kita jadi serabut, keliru tak tentu hala..
Rasa nak marah, gelisah sepanjang masa.
Itu tak kena,ini tak kena.

Saya faham..kita sibuk..
Tapi adakah itu jawapan yang kita nak bagi di depan Allah nanti?
Malu sangat dengan Allah..
Macam-macam nikmat Allah bagi kita.
Kita nak kahwin..Allah bagi suami yang baik..
Kita nak anak..Allah bagi anak-anak yang comel..
Kerjaya yang best..
Kawan-kawan yang memahami..
Tapi bab Al-Quran kita berkira sangat..kenapa?

Sibuk apa sebenarnya kita?
Sedang Al-Quran itu ayat Allah, yang jadi panduan untuk kita melangkah di atas bumi sehari-hari..

[TIPS UNTUK DEKAT DENGAN AL-QURAN ]

+Pertama sekali, paksa diri. Mula-mula memang susah. Bila dah jadi rutin, insyaAllah susah sangat nak tinggal..Tengah pangku anak pun kita rasa tak sabar nak baca Al-Quran.

+ Kalau tak pandai,belajar. Jangan Malu. Ia Fardhu Ain ke atas diri kita. Biar malu atas dunia, jangan kita malu di akhirat sana.

+Rutinkan setiap pagi baca Al-Quran. Bangun awal sebelum Subuh. Tak banyak page pun takpe janji konsisten. Bila ada masa, baca lagi. Jadikan rutin. Alah bisa tegal biasa.

+MUJAHADAH. Sakit nak buat, susahnya Ya Allah.. Tapi lawan malas tu. Lawan segala alasan tu. AKU BUAT KERANAMU YA ALLAH. Aku nak dekat dengan Al-Quran. Moga dengan membaca & mentadabbur Al-Quran aku makin mengenali zat dan kekuasaanMu Ya ALLAH.

InsyaAllah bila kita ikhlas nak berubah Allah akan tolong. YAKIN SAHABAT! :)

Family





Copy paste dari fb ustazah ainun mardhiah

ASSALAMUALAIKUM🌼EKSKLUSIF BUAT WARGA SEREMBAN, SEREMBAN 2, SENDAYAN DAN SEKITARNYA☺DI ATAS PERMINTAAN RAMAI, KAMI SEDIAK...
17/11/2016

ASSALAMUALAIKUM🌼

EKSKLUSIF BUAT WARGA SEREMBAN, SEREMBAN 2, SENDAYAN DAN SEKITARNYA☺

DI ATAS PERMINTAAN RAMAI, KAMI SEDIAKAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA:

TAHFIZ HOLIDAY SCHOOL + CheLiQ 1.0

CEPAT-CEPAT DAFTAR !!!

HANTAR:


KE:
0136321752
0136321752
0136321752

PELABURAN AKHIRAT YANG BERBALOI UNTUK ANAK-ANAK AKHIRAT.

Address

Seremban

Telephone

013 6321752

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ngaji Sampai Pandai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category