SANAH HELWAH WALIDUNA
Seluruh Warga Maahad Tahfiz As Sofa ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Waliduna Dato’ Dr. Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi Kump**an Pendidikan Sofa.
Semoga Walid dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan ke’afiatan dan kesihatan yang baik serta senantiasa berada dalam pandangan Allah, Rasul serta Masyaikh dalam setiap kerlipan mata dan nafas.
أقدم أستاذي على بر والدي,
و إن كان لي من والدي البر و العطف,
فهذا مربي الروح و الروح جوهر,
وهذا مربي الجسم و هو لها صدف.
“Aku mendahulukan guruku daripada berbakti kepada ayahku;
Sekalipun aku mendapatkan kebaikan dan kasih sayang daripada ayahku;
Namun yang ini adalah pendidik ruhku dan ruh adalah sesuatu yang berharga;
Dan yang itu p**a pengasuh jasadku, dan ia bagaikan kerang bagi mutiara tersebut.”
- Adab dan Doa Penuntut Ilmu
- 📸 : Gambar Tempat Bermulanya Dakwah Walid
Ma'ahad Tahfiz As Sofa Seremban
Menekankan konsep pembelajaran Al Quran secara bertalaqqi dan menghafal bersama guru.
Pelajar juga mempelajari kitab-kitab Turath dan buku-buku akademik secara sampingan.
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐈𝐒𝐅𝐔 𝐒𝐘𝐀𝐀𝐁𝐀𝐍: 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍
Sabda Rasulullah ﷺ:
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللَّهَ تَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، فَيَقُولُ: أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ؟ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ؟ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ؟ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka bangunlah pada malamnya (untuk beribadah) dan berpuasalah pada siangnya. Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada waktu matahari terbenam, lalu berfirman: ‘Adakah sesiapa yang memohon ampun, maka Aku akan mengampuninya? Adakah sesiapa yang memohon rezeki, maka Aku akan memberinya rezeki? Adakah sesiapa yang ditimpa ujian, maka Aku akan menyembuhkannya?’ Sehingga terbitnya fajar.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Hidupkan malam ini dengan solat malam, berdoa, memohon keampunan, sedekah dan memperbanyakkan istighfar.
02/02/2026
02/02/2026
🌙 𝐍𝐈𝐒𝐅𝐔 𝐒𝐘𝐀'𝐁𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 🌙
Rasulullah ﷺ bersabda:
يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النَّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ.
"Sesungguhnya Allah Menilik hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban, maka Allah Mengampunkan seluruh hambaNya melainkan musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Riwayat Ibnu Hibban. Hadith no: 5665
Malam Peristiwa Agung Isra’ Mi’raj - Kefardhuan Solat Lima Waktu
16/01/2026
ISRA’ & MIKRAJ
Satu malam.
Satu perjalanan luar biasa.
Satu perintah yang mengubah hidup umat manusia.
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,
Menembusi tujuh lapisan langit,
Hingga ke Sidratul Muntaha —
Rasulullah ﷺ dipilih menghadap Allah ﷻ.
🕌 Di sinilah SOLAT difardukan
Daripada 50 waktu, menjadi 5 waktu
Namun ganjarannya kekal berlipat ganda.
📅 27 Rejab | Tahun ke-12 Kerasulan
⏰ Tengah malam sebelum Subuh
“Solat adalah mi’raj orang beriman.”
30/12/2025
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! !
Pendaftaran dibuka untuk:
- Berumur 13 - 17 tahun
- Perempuan sahaja (Asrama & harian)
Maahad Tahfiz As Sofa menawarkan 3 aliran pengajian:
- Hafazan Al Quran 30 Juzuk
- Pengajian Kitab Turath
- Teras Akademik
Nak tahu tentang sekolah kami dengan lebih lanjut? Sila hubungi/whatsapp:
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
Jom bersama kami membina “𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗣𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶”
24/12/2025
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐃𝐑 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐔𝐀𝐃 𝐁𝐈𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋𝐔𝐃𝐈𝐍
Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas dirakamkan dengan penuh penghormatan kepada Dato’ Dr. Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin atas kejayaan gemilang memperoleh keputusan 𝐌𝐔𝐒𝐘𝐀𝐑𝐑𝐀𝐅 𝐉𝐈𝐃𝐃𝐀𝐍 (𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚) dalam Viva Voce PhD Tasawwuf Islam, berserta penghargaan para juri serta syor penerbitan dan penterjemahan ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa.
Pencapaian ini merupakan manifestasi kesungguhan ilmiah, keutuhan disiplin akademik, serta ketekunan mengangkat warisan keilmuan Islam melalui kajian kritikal yang mendalam terhadap tokoh agung umat Islam, Imam Ahmad ibn Idris al Maghribi seorang ulama besar yang meninggalkan kesan mendalam dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam dan penyebaran nilai-nilai tasawwuf.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, bahkan menyumbang secara signifikan kepada pengayaan khazanah ilmu Islam di persada akademik antarabangsa, melalui pengiktirafan oleh Universiti Mohammed V, Morocco.
Semoga kejayaan ini terus diberkati Allah SWT, menjadi sumber inspirasi kepada para pendidik, penuntut ilmu dan ummah seluruhnya, serta menyuburkan kesinambungan tradisi ilmu, adab dan tasawwuf yang berteraskan kebenaran dan hikmah.
KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA (SEG)
15/12/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐀𝐃𝐀𝐇
Jumaat | 12 Disember 2025 - Lensa Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPEC) Maahad Tahfiz As Sofa bagi Tahun 2025.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak pelajar memperolehi markah yang cemerlang dalam setiap madah yang dipelajari.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih para pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, khususnya hafazan al-Quran, penulisan, akademik dan sahsiah terpuji.
🏅 Senarai Anugerah:
📜 Anugerah Sijil Syahadah
📖 Anugerah Terbaik Tahriri al-Quran
🕌 Anugerah Syahadah Sughro (5 Juzuk)
🎓 Anugerah Terbaik Tingkatan
🌟 Anugerah Tokoh Terbaik al-Quran
📚 Anugerah Tokoh Terbaik Akademik & Diniyyah
🌸 Anugerah Tokoh Pelajar Mithali
Jazakumullah kepada semua asatizah dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam membimbing serta mendidik anak-anak pelajar sepanjang tahun 2025.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Waliduna Dato' Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin selaku Pengasas Maahad Tahfiz As Sofa atas peluang dan ruang yang diberikan. Tanpa guru, siapalah kita untuk mengecapi nikmat ini.
—————————————————————
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! !
Pendaftaran dibuka untuk:
- Berumur 13 - 17 tahun
- Perempuan sahaja (Asrama & harian)
Maahad Tahfiz As Sofa menawarkan 3 aliran pengajian:
- Hafazan Al Quran 30 Juzuk
- Pengajian Kitab Turath
- Teras Akademik
Nak tahu tentang sekolah kami dengan lebih lanjut? Sila hubungi/whatsapp:
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
Jom bersama kami membina “𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗣𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶”
27/11/2025
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025
(DINIYYAH & AKADEMIK)
Lensa sekitar Peperiksaan Akhir Tahun Diniyyah dan Akademik. Kelihatan para pelajar begitu tekun menjawab soalan peperiksaan bagi subjek yang dipelajari.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya bagi para pelajar MTAS dalam menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2025.
—————————————————————
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! !
Pendaftaran dibuka untuk:
- Berumur 13 - 17 tahun
- Perempuan sahaja (Asrama & harian)
Maahad Tahfiz As Sofa menawarkan 3 aliran pengajian:
- Hafazan Al Quran 30 Juzuk
- Pengajian Kitab Turath
- Teras Akademik
Nak tahu tentang sekolah kami dengan lebih lanjut? Sila hubungi/whatsapp:
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
www.wassap.my/010-9072644/DaftarMTAS
Jom bersama kami membina “𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗣𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Komplek Islam As Sofa, Block B-6-1, Jalan Dataran Sentral 3 , Dataran Sentral Seremban
Seremban
70200
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 16:30 |