SEKOLAH SRI SEREMBAN

SEKOLAH SRI SEREMBAN "MEMBINA INSAN SOLEH" Sila layari laman web sekolah dan berikan komen anda. Terima kasih.

PERKEMBANGAN BAHARU PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH SERI SETIADANA SERI SETIA🏗️ Blok A, B dan C sudah berdiri🏢 Lantai Tingkat...
20/08/2026

PERKEMBANGAN BAHARU PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA

DANA SERI SETIA

🏗️ Blok A, B dan C sudah berdiri
🏢 Lantai Tingkat 3 sudah terbina.

Namun pembinaan masih memerlukan sokongan dana yang berterusan. Hari ini kita menyumbang untuk sebuah bangunan, esok lahir daripadanya para huffaz, daie, profesional dan pemimpin ummah.

Jangan lepaskan peluang berwakaf dan menjadi sebahagian daripada pembinaan legasi pendidikan Islam ini. Sumbanglah walaupun sedikit, kerana yang kecil itu mungkin besar nilainya di sisi Allah.

Terima kasih kepada para penderma.

layari myWaqaf:

https://www.mywakaf.com.my/ms/our-projects/?project=39

AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH SRI SEREMBAN 2026 🇲🇾Pelbagai pertandingan Bulan Kemerdekaan akan berlangsun...
20/08/2026

AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH SRI SEREMBAN 2026 🇲🇾

Pelbagai pertandingan Bulan Kemerdekaan akan berlangsung sepanjang bulan ini, antaranya:

🎨 Mewarna “Door Tagging” – Tahun 1
🎤 Bercerita Tokoh Kemerdekaan – Tahun 2
✍️ Silang Kata Jawi Kemerdekaan – Tahun 3
🎙️ Deklamasi Sajak Kemerdekaan – Tahun 4
🎥 Wawancara Kemerdekaan – Tahun 5
📱 Vlog “Aku Anak Malaysia” - Tahun 6
👭 Nyanyian Kemerdekaan - Tahap 1 -
🎶 Nyanyian Kemerdekaan Solo/ Berduet - Tahap 2
👗 Pakaian Tradisional “Aku Anak Malaysia” - Terbuka

✨ Jom kita meriahkan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik! 🇲🇾❤️

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

🌙✨ MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2026 SM SERI SETIA✨🌙Alhamdulillah, telah berlangsung Minggu Penghayatan Islam pada 6 Julai- ...
20/08/2026

🌙✨ MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2026 SM SERI SETIA✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Minggu Penghayatan Islam pada 6 Julai- 17 Julai 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan untuk menyemai kecintaan terhadap al-Quran dan Islam, meningkatkan minat terhadap Bahasa Arab serta memupuk semangat kerjasama dan penglibatan aktif murid.

Antara aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan:

🗣️ Rumuz & Hiwar Arabiah
🎤 Pertandingan Nasyid Antara Kelas
📖 Ceramah Tadabbur al-Quran
🧠 Kuiz Tadabbur al-Quran
🏃‍♂️ Explorace Mughamarah Arabiah
🕌 Jejak Rasul

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga program ini menjadi wadah dalam membentuk generasi yang cintakan al-Quran, menghayati Islam, berakhlak mulia dan menguasai Bahasa Arab.

بارك الله في جهود الجميع، وجزاكم الله خيرًا

Berikut ialah Majlis Penyampaian Hadiah bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada semua pemenang.

19/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH SRI SEREMBAN 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah SRI Seremban 2026. 🎉🇲🇾

📅 Isnin, 17 Ogos 2026
⏰ 8:00 pagi
📍 Dewan Serbaguna Musolla Al Fateh
👕 Pakaian: Uniform Sekolah

Majlis ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk kecintaan terhadap negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.

Selain itu, pelbagai pertandingan Bulan Kemerdekaan akan berlangsung sepanjang bulan ini, antaranya:

🎨 Mewarna “Door Tagging” – Tahun 1
🎤 Bercerita Tokoh Kemerdekaan – Tahun 2
✍️ Silang Kata Jawi Kemerdekaan – Tahun 3
🎙️ Deklamasi Sajak Kemerdekaan – Tahun 4
🎥 Wawancara Kemerdekaan – Tahun 5
📱 Vlog “Aku Anak Malaysia” - Tahun 6
👭 Nyanyian Kemerdekaan - Tahap 1 -
🎶 Nyanyian Kemerdekaan Solo/ Berduet - Tahap 2
👗 Pakaian Tradisional “Aku Anak Malaysia” - Terbuka

✨ Jom kita meriahkan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik! 🇲🇾❤️

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa seluruh warga Sekolah SRI Seremban.

Ayuh semarakkan Bulan Kemerdekaan!





🌿⚽ INFAQ BAIK PULIH PADANG SRI SEREMBAN ⚽🌿Assalamualaikum wbt ibu bapa & penjaga yang dihormati,Alhamdulillah, padang se...
18/08/2026

🌿⚽ INFAQ BAIK PULIH PADANG SRI SEREMBAN ⚽🌿

Assalamualaikum wbt ibu bapa & penjaga yang dihormati,

Alhamdulillah, padang sekolah kini telah siap dan boleh digunakan oleh anak-anak kita untuk bermain, bersukan dan membina kenangan indah bersama rakan-rakan. 💚

Namun, masih ada RM146,500 yang diperlukan untuk melengkapkan kos baik pulih padang ini.

🤲 Jom kita sama-sama bantu melengkapkan infaq ini.

🎯 Sasaran infaq: RM120 sekeluarga ATAU seikhlas hati membantu❤️
💚 Kecil bagi kita, sangat besar manfaatnya buat mereka.

Setiap kali anak-anak berlari, bermain dan bersukan di padang ini, insyaAllah ia menjadi sebahagian daripada pahala dan sumbangan kita untuk menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik buat mereka.

📌 Sasaran kutipan sehingga November 2026

💳 Infaq boleh disalurkan melalui:
PIBG SEKOLAH SRI SEREMBAN
Bank Muamalat
05010002642710

📲 QR pembayaran turut disediakan pada poster di atas.

✨ Ayuh kita bersama-sama membantu menyelesaikan kos baik pulih padang ini untuk anak-anak kita.

“Bersama kita bina, bersama mereka gemilang.” 💚💛

Terima kasih atas setiap sumbangan, doa dan sokongan daripada ibu bapa sekalian. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya. 🤲

🚒🔥 PERTANDINGAN KADET BOMBA & PENYELAMAT 2026 DAERAH SEREMBAN 1 🔥🚒Alhamdulillah, seramai 23 orang murid Tingkatan 1 hing...
15/08/2026

🚒🔥 PERTANDINGAN KADET BOMBA & PENYELAMAT 2026 DAERAH SEREMBAN 1 🔥🚒

Alhamdulillah, seramai 23 orang murid Tingkatan 1 hingga 4 bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai Pertandingan Kadet Bomba & Penyelamat 2026 Daerah Seremban 1 yang telah berlangsung pada:

📅 Tarikh: 4 Ogos 2026
📍 Tempat: SMK Bandar Enstek, Nilai

Penyertaan ini merupakan satu pendedahan dan pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak dalam membina keyakinan diri, semangat berpasukan, disiplin serta kemahiran menghadapi cabaran.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen terbaik serta guru-guru yang sentiasa membimbing dan mengiringi mereka. 👏🏻✨

Semoga pengalaman ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang dan melahirkan generasi yang berani, berdisiplin, cekal serta sentiasa bersedia membantu masyarakat.

🔥 Berani, Pantas, Berdisiplin!
🚒 Kadet Bomba, Generasi Penyelamat Masa Hadapan!







15/08/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSTAKAWAN KE MELAKA📌Alhamdulillah, seramai 40 orang murid pustakawan rendah dan menengah bersama...
14/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSTAKAWAN KE MELAKA

📌Alhamdulillah, seramai 40 orang murid pustakawan rendah dan menengah bersama 1 orang Pegawai Perpustakaan, 3 orang guru telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Melaka pada 13 Ogos 2026 (Khamis) yang melibatkan tiga lokasi menarik iaitu Tun Dr. Hasmah Mohd Ali Digital Library (MMU), Masjid Al-Azim dan Wonderpark, Melaka.

📌Murid berpeluang mengenali konsep perpustakaan digital serta melihat bagaimana teknologi dimanfaatkan dalam pengurusan dan penyampaian maklumat. Pengalaman ini memberikan inspirasi kepada murid untuk lebih menghargai peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembelajaran. Murid turut berpeluang menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif di Wonderpark.

📌Tahniah dan syabas kepada semua pustakawan yang telah menunjukkan disiplin, kerjasama dan semangat yang baik sepanjang program berlangsung.

TAHNIAH SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA!Sekolah Menengah Seri Setia diumumkan merangkul tempat NAIB JOHAN  KESELURUHAN bagi ...
12/08/2026

TAHNIAH SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA!

Sekolah Menengah Seri Setia diumumkan merangkul tempat NAIB JOHAN KESELURUHAN bagi Kategori Menengah rendah sempena Majlis Ihtifal Sukan Sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) Johor 2026. Pencapaian cemerlang ini diraih menerusi pungutan pingat berikut:

Emas: 9
Perak: 10
Gangsa: 5
Jumlah: 24 pingat

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet, guru pembimbing, dan warga sekolah atas usaha gigih serta kejayaan yang membanggakan ini!

Address

Sekolah SRI Seremban
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6067633777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH SRI SEREMBAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SEKOLAH SRI SEREMBAN:

Shortcuts

Share

Category