PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan

PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan

Share

Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Bandar Sri Sendayan diuruskan oleh AJK PIBG

23/11/2024

Innalillahiwainnailaihirajiun

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu

Sama sama kita sedekah Al-fatihah kepada Almarhumah.

Innalillahiwainnalillahirajiun

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Azlin binti Musa, Pembantu Tadbir Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan telah kembali ke rahmatullah pada petang 23 November 2024. .

Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah yang juga ibu kepada murid SKBSS (Aliya Insyirah 4B)

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
‎آمِّيْن...

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin

Sebab kematian : Masalah Kesihatan.
Pengurusan Pengebumian : Ahad pagi

Alamat terakhir arwah : Kampung Batu 3 Mambau.

Pihak Sekolah akan membuat kutipan sumbangan ikhlas utk keluarga arwah dan akan dimaklumkan dalam grup telegram kelas nanti. Insyaa Allah.

Salam takziah utk Aliya Insyirah & keluarga arwah Puan Nor Azlin.

11/03/2024

Mewakili seluruh jawatankuasa PIBG SRISEPS kami mengucapkan selamat menjalani ibadah ramadhan 2024. Moga amalam kita semua diterima Allah s.w.t amin

P/s : kut2 ada yang nak menaja AJK PIBG buka puasa, boleh PM admin tepi ye.. 😋😋

01/03/2024

Tuan/puan yang memerlukan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan pada hari RABU, 9PGI - 1PTG.

22/02/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PIBG SKBSS bercadang menganjurkan program Free Market Back To School bagi membantu pelajar pelajar yang memerlukan untuk persediaan persekolahan sesi 2024.

Tuan/puan dijemput dan dipersilakan untuk menderma kelengkapan sekolah dari kepala (songkok/tudung,anak tudung) hingga ke kaki (Kasut/stokin) termasuk beg sekolah dan alat tulis

Barang sumbangan mestilah terdiri daripada yang masih elok digunakan, tiada cacat cela. Terpakai diterima atau baru dialu alukan.

Barang barang tersebut boleh di kumpulkan di bilik makan guru di kantin sekolah. Sepanjang tempoh serahan barang, bilik berkenaan tidak dikunci. Tuan/puan boleh letakkan barang sumbangan dan susun secantik yang mungkin disitu. Pihak kami akan soorting kemudian. Masa serahan boleh dilakukan antara 8pgi - 6ptg bermula 19 Feb - 28 Feb.

Tuan/puan juga dijemput untuk mendaftar sebagai penyumbang/sukarelawan/penerima sumbangan. Caranya mudah, hanya scan QR code yang disertakan bersama atau klik link ini

https://bit.ly/FreeMarket-SRISEPS2024

Kerjasama dan sumbangan tuan/puan untuk membantu pelajar kita yang memerlukan amat kami hargai dan hanya Tuhan mampu membalas segala jasa baik Tuan/Puan.

Sekian terima kasih

Murshidi
YDP PIBG SRISEPS 2023-2024

05/12/2023

Mari sama sama kita doakan pembedahan berjaya dan keduanya sihat walafiat..amin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon doakan Zhafirah murid 1 Nilam yang akan menjalani pemindahan sumsum tulang kepada adiknya hari ni.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan beroleh kesembuhan segera Insya Allah.

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan's post 20/11/2023

Alhamdulillah, selesai Bengkel Bijak Membaca anjuran PIBG SRISEPS dengan kerjasama SKBSS.

Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru guru yang sudi hadir bersama ibu bapa pada pagi tadi.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan ibu bapa yang dapat meluangkan masa dan hadir dalam bengkel kita hari ini.

Untuk makluman semua, ini adlaah program pertama anjuran PIBG untuk ibu bapa penjaga. Dan kami sedang merancang pada masa akan datang bentuk aktiviti melibatkan ibu bapa dan guru guru bagi merapatkan hubungan sesama kita.

Sekian terima kasih

Ahmad Murshidi Bin Kamal
YDP PIBG 2023-2024

20/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan semua ibu bapa penjaga dalam keadaan sihat wal afiat dan dimurahkan rezeki. Amin

Saya dimaklumkan berlaku beberapa kejadian yang keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku dihadpaan sekolah terutama waktu balik sekolah.

Tuan/puan yang saya kasihi.. masalah kesesakan dihadapan sekolah mmg akan berlaku pada setiap sekolah harian. Ibu bapa yang sampai dahulu dan parking di depan sekolah, belom tentu anak dia akan keluar dahulu. Atas pelbagai faktor, ada kemungkinann anak dia yang keluar lambat..leka bermain la buang air kecik la buang air besar la dan macam macam alasan boleh berlaku.

Dan guard sekolah itu, job scope dia tidak termasuk lalu lintas depan sekolah. Semua guard2 sekolah sukarela membantu pihak sekolah..bantu guru guru..ye lah, pelajar beratus2 cikgu yang bertugas berape org je.

Sehubungan dengan itu, saya memohon ibu bapa penjaga agar bersabar dan patuhi lah arahan guru bertugas dan pengawal keselamatan sekolah. Jangan lah membentak dan marah2 kan guru bertugas dan pengawal keselamatan sekolah. Mereka cuba yang terbaik utk elak kesesakan lalu lintas akibat daripada parking ditempat yg tidak dibenarkan.

Jangan p**a kita mementingkan diri dan tidak bertolak ansur. Dapat pertama parking depan pagar, tidak akan bergerak selagi anak tak keluar walaupon anak keluar lewat. Jangan begitu tuan puan.

Kecewa saya sikap segelintir ibu bapa penjaga yang marahkan guru bertugas dan pengawal keselamatan sekolah apabil ditegur tidak boleh menunggu kerana mungkin menghalang lorong terakhir untuk kenderaan keluar.

Saya mohon juga ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan van sekolah untuk mengingatkan kepada pemandu agar tidak bertindak masuk ke dalam kawasan sekolah. Undang undang terpakai buat semua. Tiada keistimewaan buat sesiapa. Saya sendiri jika saya ambil anak sahaja, saya beratur diluar. saya tak masuk dalam kawasan sekolah.

Akhir kalam, hargailah keringat warga SRISEPS termasuk pengawal keselamatan. Jangan la bersikap biadap dengan marah. Kita tunjukkan akhlak yang baik kepada anak anak kita trerhadap guru guru anak anak kita.

Sebarang aduan boleh di salurkan melalui saluran yang betol.

Maafkan saya salah silap.. panjang lebar p**ak karangan di tengah hari. Harapan saya agar kita ibu bapa boleh saling hormat menghormati, tidak mementingkan diri, bertolak ansur dan sentiasa bersabar.

Terima kasih

Ahmad Murshidi
YDP PIBG 2023-2024

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan's post 15/11/2023

Alhamdulillah..pagi tadi AJK PIBG bersama guru kelas dan pentadbir SRISEPS berkesempatan menziarahi keluarga pelajar tahun 2 permata kita yang kematian ayahanda tercinta. Di kesempatan ini juga, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan Cikgu Ezzany menyampaikan sumbangan dari kutipan kilat dari kalangan pelajar, ibu bapa dan guru guru. Pihak PIBG p**a menyampaikan sumbangan RM500 seperti yang dipersetujui ketika mesyuarat agung tempoh hari.

Sama sama kita sedekahkan al-fatihah dan kita bantu agar keluarga ini tabah dan kuat meneruskan hari hari mendatang insyaAllah.

07/11/2023

Innalillahiwainnailaihirajiun

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu

Salam takziah daripada kami warga PIBG SKBSS. InsyaAllah, kami akan berikan perhatian dan bantuan sewajarnya kepada anak anak yatim ini dan anak anak yatim sedia ada.

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bapa kepada seorang murid Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan Muhammad Firas bin Zairul Ezandy telah meninggal dunia pada pagi 7 November 2023 (Selasa).

Pihak sekolah mengucapkan salam takziah kepada keluarga atas kehilangan ayahanda Muhammad Firas.

Pihak sekolah akan mengadakan kutipan sumbangan Prihatin/ derma kilat dan makluman tersebut akan di war-warkan dalam group telegram kelas.

Semoga ahli keluarga tabah dan roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam golongan org yg beriman. Insyaa Allah

Harap maklum. Terima kasih.

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan's post 01/11/2023

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam telah berlangsung mesyuarat AJK PIBG Kali ke-2 bagi sesi 2023-2024 yang bermula jam 2ptg dan berakhir jam 7mlm. 5 jam lamanya bermesyuarat.

Alhamdulillah, banyak perkara dibincangkan dan diselesaikan.

1. Update projek ruang menunggu. Kita sudah dapat keputusan ujian tanah dan komen daripada jurutera berkaitan reka bentuk yang dicadangkan. Next step adalah menunggu design final dan submit ke JKR untuk kebenaran boleh laksana. Dapat kebenaran baru kita teruskan dengan cari dana.

2. Isu markah PAJSK. Mesyuarat sepakat untuk dikeluarkan satu brochure makluman dan hebahan mengenai markah PAJSK untuk rujukan ibu bapa. Ini bagi membolehkan ibu bapa cakna dengan aktiviti luar sekolah anak-anak yang memberikan markah PAJSK.

3. Jumlah kutipan sumbangan PIBG hingga semalam hanya RM23 ribu sahaja. Hanya 1/3 daripada jumlah penjaga yang menyumbang. Mengikut rekod, kita ada 733 penjaga daripada hampir 900 pelajar.

Bagi menggalakkan ibu bapa penjaga menyumbang, mesyuarat bersetuju memberikan insentif sebanyak RM200 kepada kelas yang kesemua pelajarnya menyumbang sebelum 31 Disember 2023. Insentif ini boleh digunakan sebagai manfaat kepada kelas itu sendiri.

4. Pelaporan GPK HEM p**a menekankan kerosakan tandas yang sudah dibaiki dan ditambah baik sebelum ini. Kerosakan akibat tangan tangan nakal anak anak kita. Saya mohon ibu bapa penjaga dapat mengingatkan anak anak kita agar tidak melakukan jenayah vandalisme. Jika berlaku kerosakan, segera maklumkan dengan mana mana guru untuk mengelakkan ianya dianggap vandalisme.

5. Mesyuarat semalam juga meluluskan sejumlah RM18,257.00 bagi membiayai program program yang telah disusun atur oleh pihak sekolah untuk manfaat anak anak pelajar. Antaranya ialah :
- Program kempen anti jenayah, buli dan vandalisme : RM480
- Open Rugby Girls anjuran UPM : RM916
- Pemulihan Bahasa Melayu : RM520
- Lawatan sekolah lain untuk program penanda aras : RM175
- Panitia Bahasa Inggeris : RM450
- Olah Raga Jemputan di Melaka : RM1050.00
- Karnival Bahasa Melayu : RM967
- Hari Sukan Sekolah : RM10,825.00
- Pertandingan boling PPKI : RM224
- Bengkel untuk ibu bapa : RM650
- Camping Badan Beruniform : RM2000.00

Kesemua kelulusan ini membawa jumlah RM18,257.00

Selepas ditolak dengan perbelanjaan ini, baki dalam akaun PIBG hanya RM5359.00 sahaja.

Banyak perbelanjaan yang kita terpaksa KIV dan dibawa ke mesyuarat akan datang disebabkan kekangan kewangan.Sesi persekolahan masih berjalan dan pihak sekolah masih ada banyak aktiviti untuk anak anak pelajar termasuk Hari Aspirasi SRISEPS a.k.a anugerah kecemerlangan.

Justeru, saya menyeru kepada ibu bapa penjaga yang masih belum membuat sumbangan PIBG, harap dapat dihulurkan sumbangan hanya RM100/keluarga sahaja. Jika tidak kemampuan (B40), boleh hubungi guru kelas anak untuk perbincangan.

Ada cadangan daripada ibu bapa penjaga sendiri untuk tidak melibatkan anak anak yang ibu bapa penjaganya tidak menyumbang PIBG dalam aktiviti yang melibatkan duit PIBG. Cadangan ini sedang diperhalusi dan ditimbang dari pelbagai sudut akan baik dan buruknya.

Harap mendapat perhatian dan kerjasama dari ibu bapa penjaga sekalian.

Sekian terima kasih

Murshidi
YDP PIBG SRISEPS SESI 2023/2024

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan's post 24/08/2023

Alhamdulillah..terima kasih kepada ibu bapa yang kelapangan dan sudi hadir membantu gotong royong memasang jalur gemilang sekitar sekolah sempena kemerdekaan..terima kasih kpd penyumbang2 bendera juga

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan
Seremban
71950