HADITH : UCAPAN LAAILAHAILLALLAH
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أكثروا من شهادة أن لا إله إلا الله قبل أن يحال بينكم وبينها .
رواه ابو يعلى .
Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Perbanyakkanlah persaksian kalimah لا إله إلا الله sebelum kamu tidak dapat menyebutnya ( kerana mati ataupun sakit )."
Abu Ya'la, Targhib.
Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz, School, Lot 793-4, Jalan Pintas, Kampung Jimah Lama, Seremban.
Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz melahirkan generasi pencinta Al Quran yang berilmu, beramal & mengamalkan Sunnah Baginda saw di samping mendakwahkan segala apa yang dipelajari.
HADITH : ULAMA' ADALAH BINTANG
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ، قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن مثل العلماء كمثل النجوم في السماء ، يهتدى بها ظلمات البر و البحر ، فإذا انطمست النجوم ، أو شك أن تضل الهداة.
رواه أحمد
Saidina Anas bin Malik RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, " Sesungguhnya para Ulama adalah seumpama bintang-bintang di langit yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat dan di lautan. Apabila bintang-bintang kehilangan cahayanya maka ada kemungkinan akan sesatlah orang-orang yang berjalan di jalan-jalan."
HR Ahmad
# Maksudnya ialah apabila Ulama tiada maka orang ramai akan sesat.
03/02/2025
Abah dan Ummi bimbang anak-anak terjebak dengan pengaruh negative dek rakan sebaya? 😟
Jom hantar anak lelaki anda ke MADRASAH DARUL IMTIYAZ! Kami akan terapkan mereka dengan ilmu agama yang cukup dan libatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti sunnah.
Apa yang kami tawarkan:
✅ Kelas Hafiz & Alim Berkitab
✅ Kelas Asas Diniah
✅ Latihan Memanah & Berkuda
Daftar sekarang untuk dapatkan PERCUMA YURAN PENDAFTARAN ‼
📲 Klik Button WhatsApp dibawah untuk maklumat lanjut 👇🏼
HADITH : BELAJAR & MENGAJAR
عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من غدا إلى المسجد لا يريد إلا أن يتعلم خيرا أو يعلمه كان له كاجر حاج ، تاما حجته .
رواه الطبراني .
Saidina Abu Umamah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda," Sesiapa yg pergi ke masjid semata-mata untuk belajar atau mengajar apa-apa kebaikan maka ganjarannya adalah seumpama seorang yang mengejakan haji yang sempurna hajinya."
HR Tabrani
HADITH : MOHONLAH AFIYAH
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة ، قالوا : فماذا نقول يا رسول الله ؟ قال : سلوا الله العافية في الدنيا والآخرة .
رواه الترمذي .
Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Doa tidak akan ditolak pada waktu diantara azan dan iqamah." Para sahabat Rhom bertanya, " Wahai Rasulullah, apakah yang patut kami doakan?" Baginda SAW menjawab, " Mohonlah afiat (kesejahteraan) didunia dan akhirat."
HR Tarmizi
DOA AWAL TAHUN
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ اَنْتَ اْلاَ بَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلاَوَّلُ وَعَلٰى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرَمِ جُوْدِكَ الْمُعَوَّلُ وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ اَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَاَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلٰى هٰذِهِ النَّفْسِ اْلاَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِى اِلَيْكَ زُلْفٰى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya:
Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkau yang Maha kekal. Maha terdahulu lagi Maha awal, dan berkat kemurahan-Mu yang besar serta karunia-Mu yang menjadi sumber (semuanya terjadi). Dan kini tahun baru telah tiba, pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan setan, para pendukungnya dan bala tentaranya, dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan. Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kesabaran dan kemuliaan, wahai Tuhan yang maha Penyayang diantara para penyayang. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami, tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya.”
DOA AKHIR TAHUN
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِى هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ اَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلٰى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ اِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَاءَتِيْ عَلٰى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ اَسْتَغْفِرُكَ فَغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ بِا الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ يَاكَرِيْمُ يَاذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاىِٔيْ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya:
Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, laranglah apapun dari-Mu yang telah kulakukan pada tahun ini, sedang aku tidak bertaubat darinya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupakannya dan Engkau bersikap penyantun kepadaku padahal engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat durhaka kepada -Mu, maka sesungguhnya sekarang aku memohon ampun kepada Engkau, ampunilah aku. Dan hal-hal apapun yang Engkau ridhai yang telah kulakukan pada tahun ini, dan telah Engkau janjikan pahalanya kepadaku, maka aku memohon kepada Engkau, Ya Allah, wahai yang Maha mulia, wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan, sudilah Engkau menerimanya, dan janganlah Engkau putuskan harapanku kepada-Mu wahai Yang Maha mulia. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad Saw juga pada keluarga dan para sahabatnya.”
AL QURAN : KEKUASAAN ALLAH SWT
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم .
افرءبتم ما تحرثون (٦٣) ءأنتم تزرعونه أم نحن الزرعون (٦٤)
الواقعة ، ٦٣,٦٤ .
"Tidakkah kamu melihat apa-apa yang kamu tanam? Apakah kamu yang menumbuhkan ataupun Kami yang menumbuhkan?"
Al Waaqiah : 63-64
27/01/2025
SALAM ISRA MIKRAJ
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dalam bulan yang penuh barakah ini. Pada kesempatan ini, kami ingin mengingatkan diri kita semua tentang peristiwa Israk dan Mikraj, sebuah peristiwa agung yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa ini bukan sahaja menjadi bukti kebesaran Allah SWT, tetapi juga sebagai satu pengajaran penting untuk kita semua, terutama dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Israk dan Mikraj mengingatkan kita tentang kepentingan solat, kerana Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menunaikan solat lima waktu. Setelah mendapat perintah solat, maka Baginda SAW beristiqomah solat diawal waktu di masjid & secara berjemaah.
Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dengan memastikan mereka mendirikan solat dengan sempurna. Mari kita bersama-sama berusaha untuk mendidik anak-anak kita agar menjadi insan yang soleh dan solehah, daei, serta sentiasa mengingati Allah dalam setiap masa & keadaan mereka.
Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dalam mendidik generasi yang akan datang. Amin.
HADITH : MENGINGATI ALLAH
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فيما يذكر عن ربه تبارك وتعالى : اذكروني بعد العصر وبعد الفجر ساعة اكفك فيما بينهما .
أخرج احمد .
Saidina Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda," ALLAH SWT berfirman," Hendaklah kamu mengingati Ku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara kedua-duanya."
HR Ahmad
HADITH : ALLAH HAMPIR DENGAN HAMBANYA
عن عمرو بن عبسة رضي الله عنه قال ، قال لى رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أقرب ما يكون الرب من العبد جوف الليل الآخر ، فإن استطعت أن تكون ممن يذكر الله في تلك الساعة فكن .
رواه الحاكم .
Saidina Amr' bin Abasah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata kepada ku ," Sesungguhnya ALLAH SWT tersangat hampir dengan hamba Nya pada bahagian akhir daripada malam. Sekiranya kamu mampu maka hendaklah kamu berzikir kepada ALLAH SWT pada waktu itu."
HR Hakim
01/01/2025
Assalamualaikum wbt.
UCAPAN TAHUN BARU 2025 & 1 REJAB 1446 HIJRAH
Ibu bapa dan penjaga yang dihormati, semoga Allah SWT limpahkan rahmat dan berkahNYA kepada kita semua.
Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat melangkah ke tahun baru 2025 dan kita telah memasuki bulan Rejab 1446 Hijrah, bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.
Pihak madrasah ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU & SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB, BULAN PERSIAPAN MENUJU RAMADHAN kepada semua ibu bapa, penjaga, dan keluarga besar Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz.
Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kejayaan kepada kita semua, khususnya anak-anak kita yang sedang menuntut ilmu.
Semoga tahun baru ini membawa rahmat, berkat, dan kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan kita semua, khususnya kepada anak-anak kita yang sedang menuntut ilmu.
Tahun yang baru ini memberi kita peluang untuk merancang, berusaha dan berdoa agar anak-anak kita terus mendalami ilmu dengan penuh semangat dan kesungguhan.
Kami di pihak madrasah juga akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk pendidikan dan pembentukan akhlak mereka, agar mereka menjadi HAFIZ yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, tetapi juga mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Doa kami agar Allah SWT memberkati usaha kita semua, memudahkan segala urusan, dan memberi kekuatan serta kesihatan kepada anak-anak kita untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka.
Semoga kita semua diberikan kesabaran, keikhlasan, dan kekuatan dalam mendidik generasi yang bakal menjadi penerus agama dan bangsa.
Tahun baru, harapan baru. Semoga tahun 2025 menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan, kebahagiaan, dan ketenangan bagi seluruh keluarga Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang berterusan. Semoga Allah merahmati kita semua.
Wassalamu 'alaikum wbt.
Mudir,
Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Lot 793-4, Jalan Pintas, Kampung Jimah Lama
Seremban
71950
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 04:30 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |