08/04/2024
Ramai yang bertanya, atas sebab apa saya berpoligami?
Dengan tak segan silu saya nyatakan, saya berpoligami adalah atas sebab "nafsu". Itulah cara terbaik saya mengurus fitrah diri yang jelas terkandung elemen nafsu di dalamnya.
✅ Tiada kaitan dengan kelemahan diri isteri atau isteri-isteri
✅ Tiada kaitan dengan 'tak pernah cukup-cukup', dan
✅ Tiada kaitan dengan isu kesetiaan
Cuma saya tidak membiarkan faktor nafsu ini 'stand alone'. Saya gabungjalinkan kehendak semulajadi saya ini dengan 2 faktor lain iaitu:
1️⃣ Membantu, dan
2️⃣ Mengukuhkan institusi keluarga
2 sebab inilah yang sering saya ungkapkan sebagai "SEBAB KE2" yang perlu diadakan jika seorang lelaki itu ingin berpoligami.
Itu sebab latar belakang isteri-isteri saya ada pelbagai. Ada anak dara, ada janda dan ada yang balu. Faktor umur dan rupa paras p**a bukanlah perkiraan utama bagi saya. Apa yang penting, setiap dari mereka telah melalui 1 proses yang dipanggil "Taaruf".
Saya minimiumkan unsur percintaan dan mainan perasaan. Sebaliknya saya banyak menumpu pada unsur rundingan. Setelah tercapai 1 kata sepakat, taaruf itu dibawa p**a 'to the next level', iaitu antara calon dengan isteri saya. Dalam konteks nak pergi ke perkahwinan poligami ke3, taaruf berlaku antara calon dengan isteri-isteri saya.
Intipati taaruf p**a akan berkisar pada 2 perkara utama sahaja iaitu:
✅ Kemampuan calon menerima dan memahami erti 'perkongsian kasih', dan
✅ Bagaimana kehadiran calon mampu memperkukuhkan lagi institusi keluarga saya
Contohnya sejauhmana kesediaan calon menjalani 'kehidupan bersekali' bersama madu atau madu-madunya. 'Kehidupan bersekali' membawa maksud wujudnya unsur komunikasi dan aktiviti secara aktif sesama isteri dengan ditunjangi oleh saya selaku suami. Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat suami itu setapak lebih ke hadapan berbanding isteri-isterinya.
Jika semua ini terpenuhi, barulah kami akan pergi pada perbincangan bagaimana nak berhadapan dengan keluarga saya, keluarga mentua dan juga keluarga calon itu sendiri. Semuanya ada teknik dan strategi tertentu yang menuntut semua pihak bersatu hati menjayakannya
Setelah semua halangan ini dilepasi dan dengan izin Allah SWT juga, barulah pernikahan poligami saya dilaksana dengan penglibatan isteri atau isteri-isteri saya juga.
Sesudah itu, bermulalah keazaman saya memegang tanggungjawab yang semakin bertambah. Situasi inilah yang saya sifatkan di dalam buku "Solusi Harmoni Berkongsi Kasih" sebagai:
POLYGAMY:
80% RESPONSIBILITY
20% FUN & PRIDE
Dengan iltizam menunaikan tanggungjawablah, saya mengharap agar isteri-isteri dapat mempermudahkan urusan saya dan sesama mereka.
Rasa-rasanya sanggupkah anda nak melalui semua proses ini?
Jika ada jiwa berkehendak dan perasaan menjunjung syariat, anda pun pasti boleh lakukannya. Ini bukan soal kehebatan. Ini soal kemahuan tinggi melakukan sesuatu perkara dengan betul. Selebihnya barulah kita mengharap ehsan Allah SWT yang sentiasa 'memegang' jiwa hamba-hambaNya.
www.hishamnamat.com