Rumah Ngaji Rohani

Rumah Ngaji Rohani

Share

Pengajian Bacaan Al Quran, Iqra, Balajar Ilmu Tajwid & Tadabbur.

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 09/03/2025

Alhamdullillah

Perkongsian Ustazah di kelas Tadabbur semalam bertajuk

*Kembali kepada Fitrah melalui Ramadhan*

Bulan Ramadha Pintu-pintu Syurga terbuka. Setiap malam Allah membebaskan nama- nama ahli-ahli neraka. Allah menantikan dan memakbulkan setiap hamba nya yang berdoa memohon keampunaan. Perbanyakan Doa pada bulan Ramadhan (Doa sgt mustajab)
Doa keampuanan Doa nabi Adam ,Doa yang di ajar kan kpd Saiyidina Abu Bakar dan Aisyah oleh Rasulullah, dan doa nabi Sulaiman

Ramadhan ada lah Universiti bg insan yang terpilih mengarapkan pahala dan mendapatkan keimanan kepada Allah. Selepas Ramadhan hasilnya pasti ijazah iaitu TAQWA.
Dengan menjadi hamba yang taat dengan mengikut perintah Allah pasti balasan nya untung dan tempatnya adalah SYURGA.
Jika melanggar perintah Allah pasti kehidupan rugi dunia akhirat maka tempat nya adalah NERAKA.

Amalkan Doa nabi Musa minta kelapangan dada.
Hadapkan wajah kembali kepada agama (Ad Din) yang lurus (agama islam) berlandaskan ilmu Al Quran dan Sunnah .

Betapa penting nya kita belajar ilmu taddabur memahami kata- kata Allah krn Tanpa ilmu manusia akan mengikut hawa nafsu dengan tidak membekalkan makanan kerohanian.

Kelas Tadabbur Al Quran
7 Ramadhan 1446
Sabtu
Masjid Saiyidina Abu Bakar Kg, Jijan.

23/02/2025

Ingatlah, Ramadhan hanya sebulan dlm setahun. Maka manfaatkanlah sebaik²nya kesempatan emas ini dgn memperbanyakkan amalan akhirat dan mengisi waktu dgn aktiviti yg positif. Hindarilah perbuatan yg merugikan diri. Ramai org yg tdk dpt memanfaatkan waktunya di bulan ini. Mereka bermalas²an, tdk mencari nafkah, tidur, menghabiskan waktu di hadapan tv/gadget, mendgr nasyid, muzik, bermain², berbual² kosong dan perbuatan sia² lainnya hanya utk melupakan rasa lapar.

Sebenarnya banyak sekali yg dpt dilakukan utk mengisi waktu sehingga waktu berbuka puasa, di antaranya:

1) Berkhidmat utk membantu ibubapa.

Bagi yg memiliki kelapangan waktu di bulan ini, hendaklah ia menggunakannya utk berkhidmat membantu ibubapa. Khususnya bagi yg mendpt cuti di bulan Ramadhan. Apatah lagi di saat org tua kita sudah berusia lanjut. Kunjungilah mereka dan berkhidmatlah utk mereka di bulan suci ini.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Celakalah, celakalah, celakalah!"
"Siapakah wahai Rasulullah?" tanya sahabat. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Orang yg masih memiliki kedua org tuanya yg sudah berusia lanjut atau salah seorang dari keduanya namun tidak dapat masuk Syurga."
[H.R Muslim]

2) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

Di bulan Ramadhan ini banyak dibuka majlis² ilmu. Daurah² syar'i juga banyak diadakan di bulan ini. Manfaatkanlah kesempatan itu utk mendptkan ilmu syar'i. Duduklah di taman² Syurga pd bulan Ramadhan ini.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Jika kalian melalui taman² Syurga maka singgahlah!" "Apa itu taman² Syurga?" tanya mereka. Nabi menjawab: "Halaqah-halaqah zikir (majlis-majlis ilmu)
[H.R At-Tirmidzi & Ahmad]

3) Membaca buku² Islamik

Alangkah baiknya apabila kekosongan waktumu di rumah, di sekolah, di pejabat atau di mana shj, diisi dgn membaca buku² agama yg bermanfaat. Alhamdulillah, skrg ini banyak buku² para 'ulamak yg sudah diterjemahkan. Engkau dpt menggali ilmu dari pena para 'ulamak tersebut. Masih banyak masalah agama yg belum kita ketahui. Dan salah satu cara mengatasinya adalah dgn banyak membaca. Membaca merupakan pintu ilmu. Ayat pertama yg Allah turunkan kpd Rasul-Nya berisi perintah membaca:

Bacalah dgn (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dgn segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmu Yang Paling Mulia, Yang mengajar (manusia) dgn perantaraan kalam. Dia mengajarkan kpd manusia apa yang tidak diketahuinya.
[Al-'alaq : 1-5]

Simpanlah sebhg rezeki yg Allah berikan kpdmu utk membeli buku² agama. Dulu, para Salaf s**a mengumpul buku². Ibnu Hajar rahimahullahu mengatakan:

"Ibnul Qayyim adalah seorg 'ulamak yg hobinya sgt s**a mengumpul buku²."
[Ad-Durar Al-Kaaminah karangan Ibnu Hajar (IV/22)]

4) Mendengarkan bacaan Al-Quran atau ceramah².

Pada waktu lapang di bulan Ramadhan, engkau dpt mengisinya dgn mendengarkan bacaan Al-Quran serta tadabbur atau sirah nabi dll. Pasanglah bila anda sdg dlm perjalanan. Perkara tersebut beribu ribu kali jauh lbh baik drpd engkau hanyut mendgrkan lagu² yg melalaikan yg tak mendpt manfaat darinya.

5) Bersendiri dan menangisi kesalahan.

Janganlah keluar rumah tanpa ada keperluan penting. Gunakanlah waktu utk bersendiri dan bertafakur. Sesungguhnya salah satu perkara yg dpt mengotori hati adalah banyak bercampur dgn manusia.

'Uqbah bin Amir Radhiyallahu 'anhu pernah bertanya kpd Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
"Wahai Rasulullah, apa itu keselamatan?" Nabi menjawab:
"Jagalah lisanmu, tetaplah dirimu utk tinggal di rumahmu dan tangisilah kesalahan mu!"
[H.R At-Tirmidzi (2330)

Perbaharuilah taubat dgn banyak menangisi kesalahan masa lalu. Hendaklah menyediakan beberapa waktu utk bersendiri dan mengingati Allah. Waktu bersendiri ini hendaklah diisi dgn ketaatan bukan dgn perbuatan maksiat. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tlh menyebutkan salah satu dr tujuh org yg dinaungi Allah pd hari yg tiada naungan kecuali naungan-Nya.

"Seseorang yg mengingati Allah seorang diri lalu menitislah air matanya."

📚 CIBR oleh Abu Ihsan & Ummu Ihsan.
Baarakallahufeekum.

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 09/02/2025

Alhamdulillah Syukur Kepada Ilahi

Terima kasih dan Sekalung Tahniah dan Terima Kasih buat semua urussetia Kelas Tadabbur Al Quran Biro Muslimat MASB yg yang sentiasa komitmen dalam menjayakan majlis ilmu ini setiap bulan.

Dengan kehadiran peseta setiap bulan yang semakin memberangsangkan .Dikhabarkan ramai juga peserta yang datang dari jauh yang turut hadir setelah mengetahui kelas tadabbur ini.
Syukur Alhamdulillah.

Tahniah semua.

Moga Allah merahmati usaha semua. Aamiin

Insyaallah kita bertemu lagi pada class Mac 2025 pada bulan hadapan.
Moga Allah memudahkan perjalanan kita dalam berjuang mempertingkat kan lagi ilmu memahami Al Quran.

Aamiin

05/02/2025

Assalamualaikum wbt

Temujanji kita bersama Ustazah Zarina bulan Februari (sebelum Ramadhan) di Class Tadabbur
bertarikh ➡️ 8/2/2025

Jam 8 :30 pg - 11 :30 pg
Hari Sabtu.

Jom .. Jangan lepaskan peluang keemasan ini

Sila daftar segera.
Terima Kasih

12/01/2025

Alhamdulillah Rasa Syukur yang tak terhingga dengan rezeki dan izin Allah jua, class pertama Class Tadabbur Al Quran di tahun baru 2025 di dalam bulan Rejab yang mulia. Kehadiran bulan Rajab yang melipat gandakan pahala segala amalan kebaikan. Moga langkah kita ke Class hari ini adalalah bukti kasih Sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim krn Allah Ya Alim yg maha mengetahui segala2 bahawa Iman hamba nya yang mudah Rapuh. Tanpa suntikan ILMU maka tiada dorongan, paksaan mahupun semangat dalam proses bermuhajadah melawan hawa nafsu. Allah hadir kan perantara Ustazah Zarina dengan perkongsian ilmu tadabbur Ayat2 Allah berkaitan dengan AZAM yang terdapat dalam Al Quran. Ya Allah dengan limpah Rahmat Mu yang membuka segala pintu2 kefahaman ilmu2 mengenal Allah.. Ya Allah Ya Fattah menjadiikan kami kalangan org yang berazam sepenuh hati menjadi hamba yang sabar, bertaqwa, ,solat, dakwah dan orang yamg sentiasa memaafkan . Rasa tak sedar masa berjalan begitu pantas akhirnya selesai ustazah memberi kesimpulan , sedang kan hati masih lagi tak mahu berganjak dari tempat duduk. Alhamdulillah Ustazah war2 akan datang lagi pada bulan Feb(bulan hadapan) insyaallah Masyaallah.. kehadiran yang ditunggu2. Jangan pernah jemu mengajar kami ustazah. Moga ustazah selamat dalam perjalanan balik selamat sampai ke destinasi untuk bertemu keluarga tercinta AamiinTerima Kasih sekali lagi. Alhamdulillah ❤️

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 04/12/2024

Assalamualaikum wbt

Kepada semua sahabat Al Quran yang dikasihi Allah jangan lupa temujanji bulanan kita *KELAS TADABBUR AL QURAN* yang akan berlangsung pada *Sabtu ini bertarikh 7bh Disember 2024* *Jam 8:30 pagi - 11:30 pagi di Masjid Saiyydina Abu Bakar Kg Jijan , N Sembilan.*

Kita sambung kelas pada bulan lepas Tadabbur Surah Al Fatihah merenungi dan meresapi makna- makna Ummul Kitab ini yang menjadi Surah penting dalam Solat. Memahami makna lebih terperinci menjadikan solat kita lebih kyusuk dan berasa takot, malu serta hina di hadapan Allah.

Segala Petunjuk Peringatan, Penawar dalam segala isi Al Quran memberi Rahmat kepada Pecinta Al Quran dengan membaca, mengamalkan dan menyebarkan hebatnya mukjizat Al Quran.

Mari kita luangkan masa 3 jam shj bersama Ustazah yang kita kasihi yang sudi meluangkan masa ke sini dari jauh ( BAHAU) memberi ilmu yg sangat manfaat kepada semua jika di bandingkan dengan diri kita ke tempat mecari ILMU tak sampai 1/2 jam dari kediaman kita.

Ayuh sababat , masa kita semakin suntuk, detik dan pengakhiran kita semakin hampir. Perjalanan masa semakin laju dari siang menuju ke malam, dari hari ke bulan dah sampai tahun demi tahun.
Ramai kalangan kita telah dijemput pulang. Kesempatan yang datang tanda Allah menjemput kita supaya kita tidak terlepas peluang keemasan di depan mata.
Moga pengakhiran kehidupan sebelum kematian kita ditempatkan bersama kalangan husnul khatimah.

Aamiin

Penganjur bersama
RNgaji Rohani

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 29/11/2024

Alhamdulillah syukur kepada Allah

Kumpulan kami kecil sahaja .
Class harian, mingguan dan bulanan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bukan lah jumlah yang menjadi tajok keutamaan atau boleh mematahkan semangat kami. Usaha yang kecil ini, kami mahu memperjuangkan Al Quran dalam setiap sanubari sahabat Al Quran yang dijemput Allah untuk hadir menambah ilmu.

Visi utama kami adalah perjuangan istiqamah itu sendiri. Ia tidak mudah. Namun berkat sokongan sesama ahli yang cintakan suasana belajar demi perintah Allah.
Demi Al Quran.
Kami semua dalam proses belajar lagi dan lagi sehingga masih diberi kesempatan sehat dan kelapangan masa yang Allah izinkan.

Ia bermula dari pembelajaran Al Quran dari kosong , kalau ada pun ia berlaku di zaman mengaji usia kanak- kanak dengan bacaan merangkak, bacaan yang tak lancar dan banyak kesalahan terbata-bata, sebutan makhraj yang tak jelas dan pemahaman ilmu tajwid yang tidak dipraktikkan.

Namun berkat keprihatian para istiazah yang konsisten mencurahkan ilmu tanpa jemu. Moga syurga tempat guru-guru kami ini. Aamiin
Alhamdulillah.
Insyaallah sedikit sebanyak , bacaan makin banyak perubahan terutama sebutan makhraj semakin jelas serta ditambah lagi pemahaman ilmu tadabbur Al Quran dikuti rapat setiap 1 bulan sekali.

Pihak RNngaji Rohani menjemput Tenaga Pengajar yang bertauliah yang didatangkan khas demi pengukuhan pemahaman isi Al Quran kepada muslimat. Selain ilmu bacaan perlu dilatih setiap masa, ilmu memahami isi Al Quran, menterjemah dan mentafsir kan dalam bahasa Melayu sangat penting supaya selepas faham perlu diamalkan dalam kehidupan sehari- hari dan seterusnya perlu disebarkan dengan mengajak sesiapa saja menghadiri class sebagai asbab salah satu saham akhirat juga. Aamiin

Terima Kasih semua yang tak pernah rasa rugi untuk luangkan masa untuk belajar, tak pernah rasa malu saat bacaan banyak kesilapan, kerana sedar tiada siapa yang akan menegur bacaan bila membaca Al Quran bersendirian. Bertalaqqi bersama GURU adalah sangat penting.

Moga menjelang Tahun 2025 yang bakal menjelma tidak lama lagi…Allah terus melimpahkan Rahmat serta keizinan Nya, segala apa jua dirancang ke arah kebaikan menjadi kenyataan dan dipermudahkan usaha demi meneruskan perjuangan pengorbanan yg telah Rasullullah saw Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw tinggalkan demi kita umat baginda yang di kasihinya.

Aamiin ya rabilalamiin

Pendaftaran menjadi Sahabat Al Quran RNgaji Rohani sentiasa terbuka. Boleh hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

~kredit shima (ahli RN Rohani) dengan gambar2 ini.

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 10/11/2024

Alhamdulillah
Syukur dengan izin Allah juga dapat kami berkumpul mengikuti Class Tadabbur Al Quran yang di adakan setiap bulan bersama Pentadabbur yang kami datangkan khas dari Tenaga Pengajar Darul Az Zahra yang berpusat di Bahau, N. Sembilan iaitu Ustazah Zarina bt Zainudin.

Slot Class Tadabbur Al Quran telah dimulai dengan mentadabbur Surah Al Fatihah kerana Ummu Al Kitab ini adalah Surah Pembukaan yang wajib kita baca dalam Solat 5 waktu setiap hari.

Alhamdulillah class yang di hadiri oleh muslimat dari kawasan setempat dan kawasan yang berdekatan sentiasa memberi sokongan dalam kehadiran untuk ilmu yang penting ini.

Terima kasih kepada Ustazah dengan ilmu yang di curahkan dan minta halal atas segalanya dan Terima kasih juga kepada penganjuran bersama Biro Ummi Solehah Masjid Abu Bakar Masjid Kg Jijan yang menyediakan platform yang memudahkan kami para muslimat bersama mendalami Qalam Al Quran.

Moga Allah meberi kan taufiq dan hidayah serta menerangkan hati kepada kami untuk faham agama dalam mengamalkannya.

Aamiin Aamiin ya Rabbill Aalamiin

Insyaallah kita bertemu lagi pada class bulan Desember 2024 pada bulan hadapan.

Terima Kasih

Admin
RumahNgaji@Rohani

06/11/2024

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah , Class yang kita tunggu- tunggu dengan pengisian yang cukup menyedarkan kita,
Kita hanya lah HAMBA!

CLASS UNTUK KITA BELAJAR MENDALAMI ILMU AL QURAN, BERFIKIR DAN MERENUNG QALAM ALLAH.

Class Tadabbur Bulan November 2024 telah pun dipersetujui oleh Ustazah dan Pihak Masjid Kg Jijan untuk diadakan pada

Tarikh 9/11/2024- Sabtu

Jangan lepaskan peluang ini. Moga Allah izin kan dan permudahkan perjalanan kita mencari ilmu. Aamiin

Pendaftaran masih terbuka

Terima Kasih

04/09/2024

Kepada semua muslimah sekelian, jangan ketinggalan untuk bersama hadir ke Majlis Ilmu.

Class Tadabbur Al Quran (Surah Al Fatihah) bulan September 2024 ini .
Bertempat :- Masjid Saiyidina Abu Bakar, Kampung Jijan, N. Sembilan.
Tarikh:- 7/9/2024
Hari :- Sabtu.
Tenaga Pengajar:- Ustazah Zarina bt Zainudin.

Moga perkongsian ilmu memahami isi Al Quran ini memberi peluang terbesar dalam hidup kita mengubah diri dalam melaksanakan tanggungjawap kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Aamiin

Jumpa di sana.

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 166, Peringkat 3, Lorong Kekwa, Kg LBJohnson
Seremban