22/05/2025
Selalu juga parent tanya saya buku apa elok beli ataupun yang patut ada untuk anak. Ni saya senaraikan untuk rujukan tuan puan ya.
1. Buku teks / rujukan
Biasanya sekolah dah sediakan buku teks tapi kena p**ang balik. Sebagai alternatif, kita boleh beli buku teks/rujukan ni di kedai buku. Kegunaannya, anak kena rujuk buku ini untuk dapatkan konsep asas sebab tak semua perkara cikgu sempat kongsi di sekolah. Jadi, anak kena ambil inisiatif untuk semak pembelajarannya sendiri.
2. Buku kerja / aktiviti
Buku ini sebagai ringkasan kepada buku teks dan juga memudahkan anak untuk buat latihan sebab ada ruang yang disediakan. Kebanyakan sekolah dah minta tuan puan beli di koperasi sekolah pada awal tahun. Kalau nak beli buku lain sebagai latihan tambahan kepada anak pun okay juga.
3. Buku soalan format exam
Buku ini yang jarang ada pada anak. Buku ni sangat penting sebab kat sini yang fokus pada soalan-soalan penyelesaian masalah, rutin & bukan rutin..bermula dari aras rendah ke aras tinggi. Dalam buku 1 dan 2 di atas pun ada juga soalan begini tapi tak banyak. Jadi bila anak dah siap homework yang cikgu sekolah bagi, diorang boleh sambung buat latihan sendiri dalam buku ni p**a.
Semoga bermanfaat.
P/s: Gambar di bawah sebagai contoh untuk buku 1, 2 dan 3. Ada banyak penerbit lain juga yang keluarkan buku yang lebih kurang sama.