UNIT TMK JPNN9

UNIT TMK JPNN9 Laman Unit TMK, Sektor Pembelajaran, JPN Negeri Sembilan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025
25/11/2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Bengkel Online: Gempur A+ Sains Komputer SP...
23/08/2025

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Bengkel Online: Gempur A+ Sains Komputer SPM 2025 Siri 6 (23 Ogos 2025) dapat dilaksanakan dengan jayanya pada malam ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, khususnya anak-anak Negeri Sembilan yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga segala ilmu dan pendedahan yang dikongsikan dalam bengkel ini, khususnya berkaitan Bahasa Penskripan Klien (JavaScript), dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025 nanti.

Mudah-mudahan usaha ini menjadi pemangkin semangat kepada anda semua untuk terus berusaha, berdisiplin dan istiqamah dalam menimba ilmu demi mencapai keputusan yang cemerlang.

Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

BENGKEL KEMAHIRAN ASAS PENGATURCARAAN MENGGUNAKAN HTML & CSS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILANTARIKH: 10 & 11 JULAI 202...
11/07/2025

BENGKEL KEMAHIRAN ASAS PENGATURCARAAN MENGGUNAKAN HTML & CSS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH: 10 & 11 JULAI 2025
TEMPAT: SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PORT DICKSON

07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha

17/04/2025

Check out UNIT TMK JPNN9’s post.

09/04/2025
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
30/03/2025

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Kunjung Bimbing Kerja Projek Sains Komputer Fasa 3 Tingkatan 5 SPM 2025 di SMK Seri Sendayan oleh Unit Teknologi Makluma...
24/03/2025

Kunjung Bimbing Kerja Projek Sains Komputer Fasa 3 Tingkatan 5 SPM 2025 di SMK Seri Sendayan oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 21 Mac 2025 di Makmal Komputer SMK Seri Sendayan.

Kunjung bimbing ini dilaksanakan bagi membantu guru Sains Komputer SMK Seri Sendayan dalam melaksanakan Kerja Projek Sains Komputer melibatkan Fasa 3 iaitu pembangunan sistem pangkalan data dan murid tingkatan 5 seramai 11 orang murid terlibat semasa sesi ini. Terima kasih atas komitmen yang diberikan. Semoga Sains Komputer terus cemerlang di SMK Seri Sendayan.

Unit TMK, Sektor Pembelajaran JPNNS dengan kerjasama PPD Port Dickson telah menjayakan  Bengkel Pembugaran DSKP Sains Ko...
20/03/2025

Unit TMK, Sektor Pembelajaran JPNNS dengan kerjasama PPD Port Dickson telah menjayakan Bengkel Pembugaran DSKP Sains Komputer Tingkatan 4 bagi Guru Sains Komputer Daerah Port Dickson selama 2 hari bermula 19 Mac hingga 20 Mac 2025.

Tahun ini, terdapat 4 sekolah daerah Port Dickson yang baru menawarkan mata pelajaran Sains Komputer bagi murid tingkatan 4 tahun 2025.

Semoga bengkel yang diadakan ini dapat membantu guru-guru Sains Komputer terutamanya guru baharu dalam memacu kecemerlangan Sains Komputer.

Unit TMK telah membuat lawatan Kunjung Bantu Cocostar dan Pemilihan Pakej Mata Pelajaran di SMK Dato' Haji Mohd Redza pa...
20/03/2025

Unit TMK telah membuat lawatan Kunjung Bantu Cocostar dan Pemilihan Pakej Mata Pelajaran di SMK Dato' Haji Mohd Redza pada 18 Mac 2025

Address

Jalan Dato’ Hamzah
Seremban
70990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067653191

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UNIT TMK JPNN9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category