02/03/2024
GOTONG ROYONG AMAL. 🧹🧹🧹
------------------------------------------
Ayuh bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong di PASTI Al-Amal pada Hari/Tarikh berikut:
🗓️ Hari : RABU
🗓️ Tarikh : 6 Mac 2024
🕣 Masa : 8.30pagi
🏫 Tempat : PASTI Al Amal, Tmn Marida
☕ InsyaAllah, sarapan pagi disediakan
Sekian,
Beramal kerana ALLAH
02/03/2024
Kaum ibu, jom sertai program yang bermanfaat ini..
[𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀]
Assalamualaikum wbt.
Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, dibawakan istimewa 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗦𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 buat para wanita sebagai persediaan rohani dan jasmani untuk menjalani ibadah dan Ramadan terbaik.
Butiran: 🗓️ 𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨) ⏰ 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜 - 𝟱.𝟬𝟬 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚 📍 𝗭𝗢𝗢𝗠 (𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘)
Mari bersama para Asatizah merungkai kemusykilan hukum hakam berkaitan wanita dan puasa, menjawab persoalan berkaitan darah wanita dan membuat persiapan untuk meraih taqwa dalam bulan Ramadan.
🔖 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿, 𝘁𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵: https://ikhtiarihsancare.onpay.my/order/form/DAURAHWANITASYURGA/nisamy
🔖 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻, 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶: https://wasap.my/60108410687/DaftarDaurahWanitaSyurga
Ayuh jadikan bulan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk melakukan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik.
10/02/2024
Selamat Bercuti kepada Anak2x PASTI AL AMAL 😊
29/01/2024
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM
Lakukan Yang Terbaik & Semoga Berjaya
Doa Mohon Kejayaan Cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya : “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.
Aaminn.. 🤲
Doa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan
----------------------------------------------------------
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ALFATIHAH
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.
YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.
Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.
YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.
YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.
امين يا رب العالمين.
27/01/2024
Gambar yang beri 1001 makna 💚
Ayah gembira, Anak Ceria 💚
27/01/2024
Majlis Anugerah Prestasi PASTI Al-AMAL Senawang 🤲
07/01/2024
‼️SUKANEKA PASTI KAWASAN REMBAU 2023/2024‼️
Tahniah buat smua anak2 PASTI Al-AMAL Senawang...
07/01/2024
Selamat Menduduki Ujian Celik Minda PASTI 2023 kepada semua murid PASTI 5 & 6 tahun yang akan dijalankan pada 8 Januari 2024 (isnin) serentak seluruh Malaysia.
Celik Minda merupakan salah satu elemen 5C di dalam Sistem Perkembangan Prestasi Murid PASTI Malaysia (SPPM).
SPPM ini menekankan elemen 5C dalam modul pembelajaran anak-anak PASTI iaitu:
1. Celik Al-Quran,
2. Celik Bahasa,
3. Celik Cerdas,
4. Celik Sahsiah, dan
5. Celik Minda.
Ujian Celik Minda ini akan mewakili 20% daripada keseluruhan aspek penilaian murid.
Semoga beroleh kejayaan dan dipermudahkan urusan anak-anak PASTI dalam ujian celik minda tahun ini.
Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah!
Ikhlas daripada:
Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah
PASTI Negeri Sembilan
01/01/2024
Daripada Thauban R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِى خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia berada dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang."
[ Riwayat Muslim ]
Sama-sama kita berdoa kepada yang sakit seperti berikut :
اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً
Maksudnya: Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilanglah kesengsaraan, sembuhkan (yang sakit) Engkau adalah Zat yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit”
[ Riwayat Abu Daud, Ibn Majah ]
https://www.tiktok.com//video/7311321680377384194?is_from_webapp=1&web_id=7285280740337976850
TikTok · YB Ustaz Fairuz Isa
109 likes, 11 comments. “Isnin | 11 Dec 2023 | Serting Tengah & Kampung Bayai Menziarahi warga penduduk di sekitar Serting Tengah & Juga Kampung Bayai & memberikan sedikit sumbangan berbentuk barangan asas makanan. Didoakan semoga Allah mengangkat kepayahan yang dihadapi & mempermudahkan urusan me...
31/12/2023
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=237142442750671&id=100093647517084&mibextid=Nif5oz
Pojam celik, pojam celik. Nak masuk 2024 dah!..
Makin lamo, raso makin singkat maso.
Ingatlah mafhum dari firman Allah swt :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan ke atas kebenaran, dan berpesan-pesan ke atas kesabaran." Surah Al-'Asr ayat 1-3.
Tahun baru, sudah pastinya, azam pun baru. Berazamlah menjadi manusia yang lebih baik setiap hari.
Semoga setiap langkah kecil kita membawa beribu kebaikan, dan moga-moga dengan tahun yang baru ini menjadi satu perjalanan menuju kehidupan yang lebih bermakna dan penuh berkah.