Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi

Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi

Share

Aktiviti Panitia Pendidikan Islam SJKCKBP

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 28/02/2025

Pada Hari Jumaat 28 Februari 2025
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu Program di Ambang Ramadhan.

Sedikit Tazkirah berkaitan persediaan murid-murid untuk melalui dan menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan oleh Ustaz Mohd Saufi .

Murid-murid dibekalkan dengan satu kit Puasa Ramadhan dan sehelai nota Niat Puasa untuk diamalkan sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 19/02/2025

Alhamdulillah

19 Februari 2025

Program Kerohanian sempena Minggu pertama persekolahan yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam Sjkc Kg Baru Paroi telah di jalankan dengan sempurna dan jayanya.

Moderator Program ini ialah Ustaz Mohd Saufi bin Badrunahar dengan membawa tajuk Sabar dan Menjelangnya Ramadhan .

Mudah-mudahan murid-murid mendapat impak yang positif daripada program ini. InsyaAllah

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 10/01/2025

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah rendah Peringkat Daerah Seremban 2024/25

Tarikh : 3 January 2025
Tempat : Masjid Sikamat
Anjuran : PPD Seremban
Murid : 4 orang murid tahun 6
Guru Pengiring : Ustazah Sufa Dewi Adlynna

🌸Mikail A***n
🌸Muhd Haikal
🌸Ainul Mardhiah
🌸Nur Adelia

Pencapaian : Anugerah Sekolah Sifar Iqra’ bagi murid Tahun 6

Alhamdulillah syukur

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 16/10/2024

Kem Bestari Solat siri 2

“Ekplorasi Solatmu Bersama Rakan”

Tarikh : 10 Oktober 2024 Hari Khamis
Tempat : Dewan Wawasan Sjkc Kg Baru Paroi
Masa : 7.30-10.00 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 3-6

Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan murid-murid sangat seronok menyertainya.
Mudah-mudahan murid-murid dapat melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh dan dapat memperbaiki kesilapan lalu melalui program ini.InsyaAllah👍🏻

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 10/09/2024

Slot Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dalam pdpc .

Penerangan mengenai Hadis telah disampaikan kepada murid di dalam kelas.

Semoga dengan usaha ini,murid-murid dapat mengamalkan intipati hadis tersebut dan sekaligus mendapat pahala sunnah yang berpanjangan InsyaAllah👍🏻


Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 16/08/2024

Program Mentor Mentee Cepat Iqra’ Tahun 3
Alhamdulillah murid-murid yang telah membaca Al-Quran akan membantu rakan lain yang masih membaca Iqra’.

InsyaAllah Mudah-mudahan dengan usaha ini meningkatkan lagi semangat anak-anak untuk lebih rajin dan berusaha membaca Iqra’ .

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 28/07/2024

Majlis Pelancaran Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.

“Inisiatif ini adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan pada masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia,”

Terima Kasih Puan Guru Besar Cikgu Soo Sui Peng kerana telah sudi merasmikan pelancaran ini.

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 19/07/2024

𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐊/𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

*RUANG SOLAT MURID & BILIK AGAMA SJKC KG BARU PAROI*

📍TEMPAT: SJKC KG BARU PAROI

Panitia Pendidikan Islam & Kelas Fardhu Ain (KAFA) merayu kepada orang ramai untuk menyumbang/mewakaf dalam menyiapkan projek pembinaan ini.

Kami telah menerima sumbangan sebanyak
RM 16 970.95 sepanjang kempen Jom Wakaf dilancarkan. Kami masih memerlukan RM113 029.05 untuk membiayai projek ini.

Firman Allah SWT:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

𝑴𝒂𝒌𝒔𝒖𝒅𝒏𝒚𝒂: "𝑩𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 (𝒅𝒆𝒓𝒎𝒂) 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉, 𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒊𝒋𝒊 𝒃𝒆𝒏𝒊𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒃𝒊𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒋𝒖𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊 𝒕𝒊𝒂𝒑-𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊 𝒊𝒕𝒖 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒔 𝒃𝒊𝒋𝒊. 𝑫𝒂𝒏 (𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉), 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒑𝒂𝒕𝒈𝒂𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒊-𝑵𝒚𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑳𝒖𝒂𝒔 (𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕) 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂-𝑵𝒚𝒂, 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒑𝒖𝒕𝒊 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏-𝑵𝒚𝒂. 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 (𝒂𝒈𝒂𝒎𝒂) 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉, 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒓𝒊𝒏𝒈𝒊 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕-𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕 (𝒑𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂), 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕𝒊 (𝒑𝒊𝒉𝒂𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊), 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒅𝒊 𝒔𝒊𝒔𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒊𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 (𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒅𝒊𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒊𝒌) 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒖𝒌𝒂𝒄𝒊𝒕𝒂." (𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑩𝒂𝒒𝒂𝒓𝒂𝒉: 261-262)
__________________________________________________

Sumbangan wakaf pembinaan boleh disalurkan ke akaun berikut :

🕌 PIBG KAFA SJKC KAMPUNG BARU PAROI
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 0506 7010 028217

Ref: infaq pembinaan

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 19/07/2024

Kem Generasi Al-Fateh murid tahun 6 sekolah SJKCTOA Daerah Seremban
Tarikh : 25-27 Julai 2024
Tempat : Kg Jkin Kuala Pilah
Anjuran : Panitia Pend Islam daerah bersama PPD Seremban

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 19/07/2024

Sambutan Hari Raya Aidlifitri 2024
Tarikh : 26 April 2024
Tempat : Dewan Wawasan
Sasaran: Semua warga sekolah
Anjuran : Paniti Pendidikan Islam

Photos from Panitia PAI Sjkc kg Baru Paroi's post 05/04/2024

Alhamdulillah seramai 40 orang murid telah berjaya menamatkan bacaan juzuk masing-masing semasa Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan sempena aktiviti Ihya Ramadhan 2024.

Sebagai tanda penghargaan, Panitia Pendidikan Islam telah memberi sijil penghargaan kepada murid-murid yang terlibat.
Tahniah anak-anak 👍🏻👍🏻👍🏻.

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SJKC KG BARU PAROI
Seremban
70400