10/12/2025
Jom berinfaq
Raudhotul Atfal Huffaz Imtiyaz (RAHI) Islamic School mula ditubuhkan pada tahun 2016 dengan menawarkan program tahfiz secara separuh masa terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah berumur 6-17 tahun secara percuma. Bermula Mac 2023 RAHI telah menjadi sekolah tahfiz harian sepenuh masa yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Ianya menggabungkan 2 sistem iaitu hafazan Al-Quran dan akademik.
Pusat tahfiz ini bukan berkonsepkan komersial malah ianya lebih kepada dakwah agar setiap pelajar menguasai ilmu teras Al-Quran dan Hadith termasuk Bahasa Arab dan subjek Fardu Ain sebelum mereka menempuh peperiksaan SPM. Kami menawarkan kadar yuran bulanan yang sangat rendah kepada pelajar termasuk menyediakan 2 kali makan sehari.
Kami memaklumkan bahawa RAHI tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Segala urusan pengurusan dijalankan secara sukarela, namun kos sewaan bangunan, gaji guru, bil utiliti dan keperluan lain yang semakin meningkat telah menyebabkan kedudukan kewangan kami berada dalam keadaan kritikal.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sokongan dan dokongan daripada para penginfaq yang sudi berjariah demi kelangsungan jalan ilmu. Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari oleh para pelajar akan menjadi ganjaran yang terus mengalir kepada para penginfaq, sama ada ketika masih hidup ataupun setelah kembali ke sisi Allah.
Semoga Allah melipatgandakan pahala dan keberkatan kepada semua yang menyumbang.
Lokasi kami di
No 50, Tingkat 1 Jalan Cattleya 1, 70450 Seremban
No 46, Jalan TTJS 3/6 Taman Tuanku Jaafar, 71450 Seremban
www.wasap.my/60166850668/jomInfaq