19/04/2026
SAYANG... TAPI KENAPA BIARKAN DIA MACAM NI?
Tadi ada sorang customer datang hantar reel Gran Master ni kat bengkel Doc Reel.
Masa dia letak atas meja, dia cakap, "Doc, tolong tengokkan... reel ni dah start kasar, bunyi dia pun dah semacam."
Bila saya buka je side cover, Allahu... luruh jantung tengok main gear dia.
Nampak tak gambar pertama tu? Kerak hijau (corrosion) dah tebal macam lumut. Ini bukan setakat air masin je, tapi dah lama "terperam" lepas balik memancing tak cuci betul-betul.
Bayangkan gear yang sepatutnya berpusing licin, terpaksa bergesel dengan garam yang dah keras.
Memang pedih!
Transformasi Doc Reel
Saya ambil masa sikit, gosok perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Kita buat deep cleaning, buang segala "penyakit" yang menempel tu sampai dia kembali ke rupa asal (tengok gambar kedua).
Hasilnya? Dari bunyi 'kriek-kriek' terus jadi silent mode. Dari rasa berpasir, terus jadi smooth macam baru keluar kotak!
Nasihat saya untuk kawan-kawan pemancing:
Reel ni ibarat 'nyawa' kita kat tepi air. Jangan tunggu sampai gear dah haus atau jammed baru nak cari pomen.
Sayang kalau reel mahal-mahal tapi dalam dia dah jadi 'tukun' karat.
Korang punya reel macam mana p**a? Dah berapa bulan tak service?
Kalau rasa dah kasar atau bunyi lain macam, jangan segan-segan bawa datang Doc Reel kat Senawang ni.
Biar kami "ubat" bagi mantap balik!
JOM SERVIS SEKARANG!
Jangan sampai terlepas monster sebab reel sangkut. 👊
📩 DM untuk tanya-tanya
07/04/2026
TAHUKAH ANDA?
Grease lama dalam reel boleh jadi macam gam! 🧴❌
Ramai ingat “ada banyak grease” dah cukup.
SALAH!
Grease yang dah lama dan keras akan drag tenaga reel.
Awak karau handle laju-laju pun, tapi tenaga hilang sebab kena lawan grease keras.
Doc Reel akan cuci bersih dan sapu grease specific yang ringan untuk gear dan minyak khas untuk bearing. Reel rasa macam baru keluar kotak.
Penjimatan: Jimat tenaga, jimat masa, jimat pancing tinggal naikan ikan.
Nak rasa beza? DM🚀
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
04/04/2026
RM2000 VS RM900
Kawan awak dapat 3 ekor ikan, awak dapat 1 ekor sebab reel jam.
Sanggup ke? 🥴
Sebab apa?
Sebab reel kawan awak servis sebulan lepas,
reel awak dah setahun tak sentuh pomen.
FOMO bukan setakat tak dapat ikan,
tapi tengok kawan riuh rendah angkut ikan,
awak cuma jadi cameraman.
Penjimatan di sini: Jimat masa mengail dengan hasil maksimum.
Nak jadi hero tangkapan? Pastikan reel awak tip top. Contact Doc Reel! 🏆
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
03/04/2026
“Reel aku bunyi macam mesin jahit!” 🧵
Itu tanda gear awak dah mula haus, dah kena corrosion, rosak tu bro!
Bunyi tu bukan bunyi power, tapi bunyi “tolong servis aku”.
Kalau biar, satu hari nanti gear set tu akan “skip” dan kehilangan ikan besar terjadi.
Servis awal = Reel licin = Tenaga awak tak membazir=DUIT AWAK JIMAT BANYAK
Tak nak reel jadi mesin jahit? Hubungi Doc Reel, servis sekarang! 🎣
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
02/04/2026
BELI REEL RM3,000 TAPI MALAS SERVIS? 🤔
Pernah nampak reel mahal jadi besi buruk sebab tak pernah buka?
Sayang duit beli reel, tapi kedekut untuk maintenance.
Padahal, servis berkala tu adalah untuk panjangkan umur reel kesayangan.
Bandingkan: RM100-200 untuk servis setiap 6 bulan VS beli reel baru setiap tahun. Mana lagi jimat?
Jom jaga investasi awak.
Chat dengan team Doc Reel! 🛠️
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
02/04/2026
RM89 untuk servis sekarang, VS RM300 untuk ganti parts nanti. Pilih mana? 😱
Ramai yang tunggu reel “kong” baru nak ingat pomen.
Padahal, bearing yang dah mula berkarat ni lah “pencuri” jarak lemparan awak!
Bila bearing jam, gear set kena beban lebih. Satu rosak, semua ikut rosak.
Ni baru namanya rugi berganda!
Jangan tunggu sampai reel jadi hiasan dinding.
Jimat sekarang, bukan membazir nanti.
DM Doc Reel sekarang sebelum terlambat! 📲
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
17/02/2026
Doc Reel ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua yang menyambut Tahun Baharu Cina!
Semoga Tahun Kuda ini membawa semangat baharu, rezeki yang lancar, kesihatan yang baik dan kejayaan dalam apa jua yang diusahakan. Terus kuat melangkah ke hadapan, pantang mengalah dan sentiasa positif 💪✨
Ucapan ini ikhlas daripada Doc Reel, khas buat anda semua.
Semoga tahun ini penuh dengan senyuman, keberkatan dan kebahagiaan 🧨❤️
Gong Xi Fa Cai! 🧧🐎
03/01/2026
‘Bang, servis sahaja ya. Tak yah Premium SW Coating.’
“Kenapa tak nak?”
‘Sebab nanti karau berat la bang.’
PREMIUM SW COATING kita memang dah termasuk dalam pakej servis. Coating ni bertujuan untuk melindungi komponen dalaman reel daripada ‘corrosion’.
Banyak dah reel pancing yang Doc Reel terima ada kesan hakisan pada badan reel, pada gear set, pada bearing, pada spool dan komponen-komponen ‘base metal’ yang lain.
Reel pancing tuan tuan bukan beli pakai daun. Pakai duit. Duit bukan datang terbang. Datang dari usaha keras dan pengorbanan masa. Dan reel pancing bukan guna untuk pakai buang.
Ada yang bersusah payah mengumpul untuk beli reel pancing, ada yang dapat reel dari hantaran kahwin, ada yang dapat reel hadiah sempena kenaikan pangkat atau hari lahir.
Apa salahnya tuan tuan berikan sedikit perlindungan dan penjagaan yang sehabis baik buat reel pancing yang ada?
Tambahan p**a, memancing adalah berkenaan ‘moment’. Tuan tuan tak boleh tentukan bila masa beroleh strike, dan apabila ianya berlaku, waktu itulah yang tersangat penting kerana dengan peralatan mancing yang effisen, maka berjayalah pendaratan ikan tersebut.
Jika waktu itu lah berlaku kerosakan atau kegagalan maka terjadilah ‘KUMPAU’ atau ‘BANGAU’ (dah lama tak guna perkataan ni).
Kumpau atau bangau ini tidak lah menyakitkan hati malah ramai yang dengan bangga nya menyatakan ‘aku tak kisah kumpau janji dapat cast.’ ‘Kumpau itu pasti, strike itu rezeki’ dan bermacam lagi.
Dah memancing mestilah mencari ikan. Tak kan mencari ‘Janda’ p**ak? 😅
Dah banyak ‘corrosion’ kakisan yang kami jumpa sepanjang perjalanan Doc Reel. Dan pembaikan kadang-kadang menyayatkan hati dan jiwa. Ada yang sampai tertusuk skrew driver. Apa tak nye, bearing tersangkut, komponen tersangkut, sana sini corrosion teruk.
Macam ni lah tuan, kami bagi Premium SW Coating ni, percuma setiap kali reel pancing anda masuk untuk servis. Bukan perlu bayaran tambahan. Trust the process.
Akhir kata, kami bercakap atas pengalaman dan kefahaman. Dan kami tunjukkan sedikit untuk tuan-tuan lihat bagaimana yang dimaksudkan dengan kakisan badan atau ‘body corrosion’.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan servis, boleh terus mesej team Doc Reel.
Sekian,
DOC REEL
04/09/2025
Trending p**ak sekarang ni..
31/08/2025
Salam Sejahtera dan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia yang dikasihi,
Pada hari yang penuh bersejarah ini, kita sekali lagi berkumpul di ruang hati dan jiwa untuk menyambut hari kemerdekaan tanah air tercinta, Malaysia. Sudah 68 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaan yang dianugerahkan buat kita semua.
Sebagai anak Malaysia, tanggal 31 Ogos bukan sekadar angka pada kalendar. Ia adalah simbol perpaduan, pengorbanan, dan semangat juang tidak berputus asa para pejuang kemerdekaan kita. Darah, keringat, dan air mata mereka telah mengalir membasahi bumi ini untuk memastikan kita dapat hidup dengan aman dan merdeka.
Doc Reel ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira di mana anda berada.
Merdeka bukan hanya tentang kibaran Jalur Gemilang, tetapi tentang semangat yang kita kibarkan dalam sanubari. Semangat untuk terus hidup bersama dalam harmoni, saling menghormati antara kaum, dan bekerjasama memajukan negara.
Marilah kita bersama-sama menghargai keamanan dan kestabilan yang kita kecapi ini. Jadikan semangat Merdeka ini sebagai pemangkin untuk kita terus berbakti, berinovasi, dan menyumbang kepada pembangunan negara ke arah yang lebih gemilang.
Moga Malaysia terus aman, makmur dan disayangi. Selamat Hari Merdeka ke-68! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dengan penuh semangat patriotik,
Doc Reel
Warga Malaysia.