17/03/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! π
Yayasan Munarah adalah yayasan kebajikan Keluarga Di-Raja Negeri Sembilan yang baru ditubuhkan.
Nama yasayan ini adalah gabungan nama Al-Marhum Tuanku Munawir dan Al-Marhum Tuanku Durah. Objektifnya adalah untuk "menerima dan mentadbir dana dan apa-apa jenis harta bagi tujuan pengagihan, sama ada dalam bentuk derma, geran mahupun pinjaman tanpa faedah, kepada golongan kurang upaya, cacat atau kurang bernasib baik atau kepada institusi atau pertubuhan kebajikan, keagamaan, pendidikan mahupun
17/03/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! π
12/02/2026
Seramai 11 orang sukarelawan dari USIM telah hadir ke Yayasan Munarah bagi membantu proses pembungkusan kelengkapan untuk pakej bantuan Ramadhan yang akan diagihkan kepada para asnaf.
Komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan amat kami hargai. Semoga setiap tenaga dan masa yang disumbangkan menjadi asbab kebaikan serta ganjaran berlipat ganda di bulan yang penuh keberkatan ini.
Terima kasih USIM atas sokongan dan kerjasama yang diberikan πβ¨
12/02/2026
Wishing everyone a year filled with abundance, joy, and meaningful connections. May this new beginning bring peace and success to your endeavors. π§§π
06/02/2026
Melangkah ke sesi persekolahan dengan penuh keyakinan! Seramai 276 murid terpilih telah menerima sumbangan kelengkapan sekolah lengkap, merangkumi seragam, baju melayu, kasut, dan pakaian sukan bagi meringankan beban keluarga dan menyuntik semangat belajar.
Lebih istimewa lagi, hasil kolaborasi erat bersama SWM Environment, 50 orang pelajar turut dibekalkan dengan beg sekolah dan set alat tulis baharu! Terima kasih kepada semua rakan strategik yang menjayakan inisiatif ini. Jom kita doakan kecemerlangan buat masa depan mereka!Β
Stepping into the new school year with confidence! A total of 276 students were selected to receive comprehensive school essentials, from uniforms and shoes to sports attire, all aimed at supporting their educational journey.
In a special collaboration with SWM Environment, 50 students also received new school bags and stationery sets to complete their gear! A huge thank you to our partners for making this possible. Letβs wish these students a successful academic year ahead!
06/02/2026
Keempat empat siri program Kem Kembara Ilmu bagi tahun lalu telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya di Klana Resort Seremban pada 16 November 2025. Program ini telah menghimpunkan seramai 400 calon SPM 2025 dari daerah Kuala Pilah bagi mengikuti sesi motivasi serta persediaan akademik fasa akhir sebagai persediaan mendepani peperiksaan besar mereka.
Sepanjang kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini, segala keperluan para pelajar termasuk penginapan, makan minum, pengangkutan, serta modul pembelajaran telah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Munarah. Inisiatif ini terbukti membuahkan hasil yang positif apabila para peserta mempamerkan peningkatan dari segi keyakinan dan semangat untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
We are pleased to announce the successful conclusion Four Series of the Kem Kembara Ilmu program, which officialy drew to a close on 16 November 2025 at Klana Resort Seremban. This initiative brought together 400 SPM 2025 candidates from Kuala Pilah for intensive motivation and final preparation sessions, ensuring they were well-equipped for their upcoming examinations.
Throughout the 2-day, 1-night residency, all student essentials including accommodation, meals, transportation, and learning modules were fully sponsored by Yayasan Munarah. It is rewarding to witness the students leave with renewed confidence and determination, and we remain committed to supporting their journey toward academic excellence.
09/01/2026
Selamat Kembali Ke Sekolah! ππ
23/12/2025
Merry Christmas & Happy New Year!
14/10/2025
Happy Deepavali!
Wishing everyone light, love, and happiness. πͺ
12/09/2025
Happy Malaysia Day Everyone! π²πΎβ¨
13/08/2025
Kem Kembara Ilmu Siri 2 - SPM 2025
Kem Kembara Ilmu Siri 2 telah berjaya dilaksanakan pada 2 dan 3 Ogos 2025 bertempat di Klana Resort Seremban, melalui kerjasama strategik antara Yayasan Munarah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah.
Seramai 100 pelajar daripada 14 buah sekolah menengah di daerah Kuala Pilah. Pelajar Siri 2 adalah berbeza dengan pelajar Siri 1. Dengan ini, program ini dapat diperluaskan sekaligus memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar.
Sepanjang kem berlangsung, para peserta mengikuti sesi pengajaran dan bimbingan yang menekankan strategi menjawab soalan, pemahaman mendalam terhadap konsep, serta pengukuhan kemahiran dalam enam subjek teras utama berikut:
π Matematik
π§ͺ Sains
β Matematik Tambahan
π Sejarah
π Bahasa Melayu
π Bahasa Inggeris
Yayasan Munarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, fasilitator, dan urus setia yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat memberi impak positif terhadap pencapaian akademik pelajar serta membina asas yang kukuh untuk kejayaan mereka di masa hadapan.
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |