PSS SK Gadong Jaya

PSS SK Gadong Jaya

Share

Pihak SK GADONG JAYA tidak menggunakan gambar yang dimasukkan ke dalam Facebook untuk tujuan komersial. Sekian terima kasih

Semua gambar yang dimuat naik adalah bertujuan untuk dokumentasi sahaja.

EPISOD 66 : SeGAYA BERTAKBIR 2026 20/03/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.



تَقَبَّلَ ٱللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
وَجَعَلَنَا مِنَ ٱلْعَائِدِينَ وَٱلْفَائِزِينَ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْر



Maksud:
“Semoga Allah menerima (amal) daripada kami dan daripada kamu, menerima puasa kami dan puasa kamu, dan menjadikan kita termasuk dalam golongan yang kembali (kepada fitrah) serta berjaya. Semoga kamu sentiasa dalam kebaikan setiap tahun.”

“Ramadan melabuhkan tirai, penuh rahmat dan keampunan,
Kini Syawal menjelma, membawa sinar kemenangan.”

“Bertakbirlah membesarkan Allah, tanda syukur atas nikmat yang diberi.”
Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

“…dan hendaklah kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya…”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Daripada Anas bin Malik, Nabi ﷺ bersabda:
“Setiap kaum ada hari raya, dan ini adalah hari raya kita.”
(Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

*SeGAYA BERTAKBIR 2026*

https://youtu.be/PGFoP--WF6E?si=i2EeBSj3vsew9_p2

Jemput like, share & subscribe.


°

EPISOD 66 : SeGAYA BERTAKBIR 2026 Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Photos from SK Gadong Jaya Official's post 19/03/2026
11/03/2026

Nantikan mereka...

02/03/2026
18/02/2026

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa.

Semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa keberkatan, meningkatkan keimanan, serta membentuk akhlak yang lebih mulia dalam diri kita semua.

Marilah kita manfaatkan bulan yang penuh rahmat ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, bersabar, dan saling menghormati.

Selamat berpuasa dan semoga Ramadan ini memberi seribu keberkatan.

Guru Besar SeGAYA,
*REDZUAN BIN ALIAS*

14/02/2026

📌Assalamualaikum dan salam sejahtera.

📌Saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah.

📌Manfaatkan cuti ini sebaiknya bersama keluarga tersayang.

📌Saya juga ingin menasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan.

📌Semoga perjalanan pergi dan pulang dilindungi serta diberkati.

*Ikhlas Dari Guru Besar SeGAYA*
*REDZUAN BIN ALIAS*

24/10/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊

Dimaklumkan bahawa Hari Kanak-Kanak akan diadakan pada:

📅 Tarikh: Khamis, 30 Oktober 2025
🏫 Tempat: SK GADONG JAYA (persekolahan satu sesi)
🎉 Tema: Jersi Bolasepak

Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk murid pada hari tersebut, antaranya:
1️⃣ Soopa Doopa – RM5
2️⃣ Rumah Hantu – RM5
3️⃣ Petting Zoo – RM5
4️⃣ Flick Fishing – RM1 (seekor ikan)
5️⃣ Karaoke – RM1
6️⃣ Mini Cinema – RM1 (Selasa & Rabu)
7️⃣ Face Painting – RM2
8️⃣ Gel Blaster- RM5
9️⃣ MyTrain - RM5

SERTA GERAI JUALAN MAKANAN DARI MURID TAHUN 6 🎂🍉🧇🥓

Selain itu, turut diadakan:

⚽️ Pertandingan Sepak Penalti & Timbang Bola
🎁 Lebih 200 hadiah cabutan bertuah untuk murid pada hari tersebut!

Kupon jualan bernilai RM10 satu set kini dibuka untuk pembelian melalui guru kelas masing-masing.

📌 Kupon akan diserahkan kepada murid pada pagi 30/10/2025 bagi mengelakkan keciciran.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama ibu bapa semua 💖

Photos from PSS SK Gadong Jaya's post 06/10/2025

BAHAN BACAAN NILAM - POSTER.
Jom tambah ilmu bersama-sama

03/10/2025

Moh dhoreh kito lari ramai-ramai

LARIAN D’GADONG 2.0

💥 DAFTAR SEKARANG! 💥

Jom sertai kami dan rasai sendiri trek kedamaian suasana kampung serta kehijauan hutan! Larian santai dengan pemandangan alam semula jadi yang menenangkan – sesuai untuk pencinta aktiviti luar dan mereka yang ingin mula gaya hidup sihat.

🏆 Hadiah Wang Tunai Disediakan – hadiah sehingga RM500 untuk pemenang!

🎁 Cabutan Bertuah turut disediakan!

📅 Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi
📍 Lokasi: SK Gadong Jaya, Labu, Seremban

🎤 Kehadiran Selebriti Jemputan: Nen Tebabo

🏃🏻‍♀️Jemputan khas 3 duta sukan:

1. Ainur Syafiqah binti Azmi (Atlet jarak jauh dan stapler chase/Duta Kepada Jenama sukan Brooks)
2. Ahmad Luth Hamizan
3. Mohd Raimi Mustafa Kamal

🏃‍♂️ Kategori Penyertaan (Lelaki & Perempuan):

Kategori Umur dan Jarak

Bawah 12 Tahun (Lelaki & Perempuan) - 4KM
Bawah 18 Tahun (Lelaki & Perempuan) - 6KM
Terbuka 19–49 Tahun (Lelaki & Perempuan) - 6KM
Veteran 50 Tahun ke Atas (Lelaki & Perempuan) - 6KM

📌 Tarikh Tutup Pendaftaran: 26 Oktober 2025

👉 Daftar sekarang di:
🔗 bit.ly/dgadong2025

Marilah kita sertai Larian D' Gadong 2.0 bersama keluarga dan kawan-kawan — lagi ramai lagi meriah!

'Gadong2.0

30/09/2025

Pengisian NILAM sehingga September 2025.

Tahniah kepada semua yang berjaya mengisi dan menambah bahan bacaan masing-masing...👏👏👏

Moh dogheh kito isi sebelum tahun habih..🎉🎊🎉

20/09/2025

Tahniah..👏👏👏 buat semua yang berjaya mengisi NILAM anda 🎊🎉
Jom anak-anak SeGAYA terus mengisi NILAM anda.

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Seremban
71900