IPG Kampus Raja Melewar Rasmi

IPG Kampus Raja Melewar Rasmi Melatih bakal guru dan guru dalam perkhidmatan

Assalamualaikum & Salam SejahteraSalam Malaysia MADANISalam IPG Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia โœจTahniah dan ...
28/01/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia โœจ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar atas kejayaan cemerlang memenangi *Pingat Emas* *dalam International Creative & Innovation Idea Competition (ICIIC) 2026* bagi Kategori Profesional.

Penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah diberikan kepada ahli pasukan iaitu
1) Puan Nurul Nadiha binti Abdullah
2) Puan Siti Hartini binti Pungut
3) Dr. Mohd Yusri bin Kamarudin
4) Puan Nazmazura binti Mat Aris
5) Puan Nurul Athiqah binti Ahmad Dzulkilfi

atas komitmen, kreativiti serta dedikasi yang telah ditunjukkan. Kejayaan ini amat membanggakan dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus memperkasa budaya inovasi, profesionalisme dan kecemerlangan berterusan.

Syabas dan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna kepada IPG Kampus Raja Melewar.

Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
IPG Kampus Raja Ipgk Raja Melewar Rasmi See less

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ & PERASMIAN MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN PERINGKAT IPG AMPUS RAJA MELEWARTarikh: 21 Januari 2026T...
28/01/2026

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ & PERASMIAN MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN PERINGKAT IPG AMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh: 21 Januari 2026
Tempat : Balai Kerapatan, IPG Kampus Raja Melewar
Anjuran Jabatan / Unit: Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM), IPG Kampus Raja Melewar

Majlis Sambutan Israk Mikraj dan Perasmian Majlis Tafaqquh Fiddin Peringkat IPG Kampus Raja Melewar telah diadakan sebagai salah satu usaha memperkukuh kefahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam dalam kalangan siswa dan siswi guru. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan iman, ilmu dan hubungan antara wahyu serta sains dalam pembentukan jati diri pendidik Muslim yang seimbang.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada  pasukan inovasi dan pasukan kajian tindakan dari IPGKRM yang telah berjaya...
13/01/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi dan pasukan kajian tindakan dari IPGKRM yang telah berjaya meraih Pingat Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan sempena Karnival PendidikanUPSI Peringkat Kebangsaan tahun 2026.
Pelajar yang terlibat ialah dari opsyen Sejarah Amb. 2022/2026 iaitu:

Kumpulan 1:
1. Jevvaa Sayini a/p Arumugam
2. Amesya Hanim binti Abd Halim
3. Lai Siew Ming
4. Kayalvili a/p Chandrasegaran
5. Nur Awatif Inani binti Che Mohd Rosdi

Pensyarah Pembimbing:
En. Vishnu

Kumpulan 2:
1. Anggayaarasi a/p Msthavแธฅan
2. Siti Nurathirah Nabila binti Shawal

Pensyarah pembimbing ialah Dr Asmahani binti Muhthar.

Kejayaan ini membuktikan komitmen keilmuan serta keupayaan warga IPGKRM dalam memperkasakan penyelidikan dan inovasi selaras dengan aspirasi negara.
Setinggi penghargaan kedua-dua pensyarah pengiring atas komitmen, dedikasi dan kepakaran akademik dalam membimbing pasukan penyelidikan dan inovasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali.lagi.

Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia MadaniSalam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertar...
27/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Setinggi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Pengajian Melayu atas kejayaan menerbitkan dua buah naskhah berkualiti iaitu Himpunan Anekdot Kanak-Kanak: Pesan Buat Adik yang dihasilkan oleh 49 orang pelajar serta Ayuh Bersenda Seloka Riang Ria hasil karya 50 orang pelajar BMMB 1 & 2. Terima kasih kepada En. Badrulhisham bin Ghazali selaku penyelaras penerbitan.

Buku-buku ini bukan sahaja menjadi manifestasi kreativiti dan potensi pelajar IPGK Raja Melewar, malah turut memberi nilai tambah kepada khazanah bahan bacaan di Perpustakaan Melewar. Sumbangan ini sangat bermakna dalam memperkukuh budaya ilmu serta menyemarakkan lagi ekosistem pembelajaran di kampus kita.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga kampus untuk terus berkarya.

Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
IPG Kampus Raja Melewar

Assalamualaikum wbtSalam sejahteraSalam Malaysia MadaniSalam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf DuniaA...
23/11/2025

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Alhamdulillah, Unit Pengajian Muzik melalui Jabatan Sains Sosial & STEM telah menganjurkan Konsert Irama Merentas Zaman 2025, sebuah persembahan muzik yang menghimpunkan kreativiti dan bakat para pelajar dalam bidang muzik, tarian dan persembahan pentas.

๐Ÿ“… Tarikh: 21 & 22 November 2025
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 malam โ€“ 10.30 malam
๐Ÿ“ Tempat: Balai Kerapatan IPGKRM

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja produksi, penyelaras, fasilitator serta para pelajar yang terlibat, termasuk pemuzik, vokalis, penari dan kru teknikal, atas komitmen serta dedikasi dalam menjayakan konsert ini.

Semoga penganjuran konsert ini menjadi medium apresiasi seni yang bermakna, di samping memberikan pengalaman berharga kepada semua peserta.

Terima kasih.
&STEM

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSalam Malaysia MADANISalam IPGM Peneraju Pendidikan Guru Bertaraf DuniaTahniah diucap...
23/11/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Tahniah diucapkan kepada warga IPGKRM yang menerima Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana semperna Konvokesyen UKM kali ke 53 pagi tadi. Pegawai yang terlibat adalah:

1. Dr. Muhammad Kamarul Azman bin Sulaiman - Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Sains
2. En. Mohammad Akmal bin Abd Razak - Sarjana Pendidikan(Sumber dan Teknologi Pendidikan)
3. Pn Nurul Nadiha binti Abdulah - Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)
4. Pn. Amirah binti Azhar - Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Melayu)

Semoga terus cemerlang di masa hadapan.

Daripada:
Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah,
IPG Kampus Raja Melewar

AssalamualaikumSalam Malaysia MadaniSalam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf DuniaSetinggi penghargaan ...
22/11/2025

Assalamualaikum
Salam Malaysia Madani
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs Tn.Pengarah Dr. Mohd Nordin Abu Bakar, Timbalan Pengarah YBrs. Dr Nirwana Mohd Rashid, Ketua Jabatan PLAG Dr. Fairuzzah, KULDP En.Ahmad Farees, Penyelaras Pn. NoorAzlida, Penolong Penyelaras Pn. Zunika, barisan urusetia dan para peserta.

Alhamdulillah dan tahniah atas kejayaan program IPGKRM Beyond Limit Siri 2 Pulau Pinang. Setinggi penghargaan juga kepada semua peserta atas penyertaan, komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini.

Semoga pengalaman, kenangan manis dan jaringan yang terbina dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu kerja, semangat setia kawan serta memberi impak positif kepada organisasi IPGKRM.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat.

Selamat Maju Jaya buat semua. Terima kasih.
๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿซถ

Assalamualaikum wbt Salam sejahtera  Salam Malaysia Madani Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Du...
22/11/2025

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Alhamdulillah Unit Pengajian Seni selesai melaksanakan Bengkel Seni Catan Program di bawah Jabatan Sains Sosial & STEM yang melibatkan beberapa pensyarah dan AKP dari IPG Kampus Raja Melewar.

Tarikh: 20 November 2025.
Tempat: Bengkel Seni Melewar, IPGKRM.

Sekalung tahniah kepada penyelaras program Pn. Talfiza Binti Taufik bersama AJK kerja pelajar serta pensyarah-pensyarah daripada Unit PSV. Harapan agar bengkel ini akan memberi pengetahuan baru kepada pensyarah dan AKP yang terlibat.

Terima kasih.
&STEM

Assalamualaikum wbt Salam sejahtera  Salam Malaysia Madani Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Du...
22/11/2025

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Alhamdulillah Unit Pengajian Seni selesai melaksanakan Pameran Apresiasi Seni Visual 2025. Program di bawah Jabatan Sains Sosial & STEM yang peserta pelajar Elektif Teras seramai 49 orang PSVK3423-Asas Menggambar & PSVK 3413 Pengenalan Asas PSV

Masa : 8.00am - 12.00tgh
Tarikh: 20 November 2025.
Tempat: IPGKRM.

Sekalung tahniah kepada penyelaras program Mohd Akbar Omar dan Hjh Aeizlin Mohd Omar bersama AJK kerja pelajar. Harapan agar pameran ini akan memberi pengalaman baru kepada peserta pelajar yang terlibat.

Terima kasih.
&STEM

ู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Salam sejahtera  Salam Malaysia Madani Salam IPGM Peneraju Kecemerla...
18/11/2025

ู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Kembara Seni Visual 2025 melibatkan 49 orang pelajar elektif teras PSV bersama 3 pensyarah telah berjaya dilaksanakan sebagai memenuhi MK bagi kursus PSVK3423 Asas Menggambar

Tarikh: 12 hingga 14 November 2025.
Tempat: Galeri FSSR UiTM, Galeri Shah Alam, Mini Zoo PD, Ornamental Fish Centre PD, Pulau Burung dan Muzium Tentera PD

Sekalung tahniah kepada penyelaras program En. Mohd Akbar Omar, AJK kerja pelajar serta pensyarah pengiring daripada Unit PSV. Harapan agar lawatan ini akan membantu memberi impak kepada karya pelajar yang akan dipamerkan dalam Pameran Apresiasi Seni 2025 yang akan berlangsung pada 20 November 2025 nanti.

Terima kasih.

15/11/2025

ู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

*Menjulang Pradakaps, Mewasilahkan Warisan*

Jutaan terima kasih dan penghargaan buat seluruh warga Melewar atas kehadiran dalam Majlis Perasmian Pradakaps yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Jalaluddin Hj. Alias, Exco Kanan Kerajaan NS mewakili YAB Menteri Besar N. Sembilan pada 14 Nov. 2025 (Jumaat) pukul 8.30 pagi di Balai Kerapatan IPGKRM.
Pihak JPM memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kelemahan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran ini.
Kami tidak berjanji dpt berikan yg terbaik, tetapi inilah yg terbaik dpt kami berikan.
Segala tegur saran dan pandangan penambahbaikan amat kami alu-alukan, demi menjadikannya lebih baik, lebih tersusun dan lebih berkemahiran pada masa akan datang.
Semoga semangat kerjasama dan persaudaraan yang terbina sepanjang penganjuran ini akan terus subur dan menjadi inspirasi kepada semua.

https://www.facebook.com/share/p/17LS6JfVQ8/

15/11/2025

Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067654000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPG Kampus Raja Melewar Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IPG Kampus Raja Melewar Rasmi:

Shortcuts

Share

Category