08/01/2026
Lensa Program Mattas 2025 :
Alhamdulillah, pada Jumaat, 19 Disember 2025 lalu, telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna Malam Anugerah Cemerlang MATTAS 2025.
Program dimulakan dengan sesi 3 Penjuru dari jam 5.00 hingga 7.00 petang, sebagai pengisian awal sebelum majlis utama.
Majlis diteruskan selepas Maghrib dengan Majlis Makan Malam bersama Ibu Bapa, yang mengeratkan silaturrahim antara pihak maahad dan para waris.
Kemuncak acara berlangsung selepas Isyak menerusi Majlis Malam Anugerah Cemerlang MATTAS 2025, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas usaha serta kecemerlangan para pelajar.
Usai majlis, para pelajar telah pulang bercuti, membawa bersama kenangan manis, semangat baharu dan doa agar terus melangkah dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, asaatizah serta seluruh pihak yang terlibat.
Semoga segala usaha ini diberkati, insya-Allah
Jangan lupa Like dan Share page kami.
Pengambilan pelajar baharu sesi 2026 masih dibuka!!!
π Syarat Kemasukan:
β
Lelaki berumur 11β15 tahun
β
Sihat tubuh badan
β
Mampu membaca Al-Quran
β
Mengetahui asas fardhu ain
β
Berakhlak baik
β
Lulus temuduga
π Pilihan Program:
1οΈβ£ Program Hafazan (4 Tahun 6 Bulan)
π 30 juzuk hafazan Al-Quran (Tahsin, Hafazan, Murojaah)
π Shahadah hafazan 1 tahun
π Selitan kitab asas Tafaqqquh (Bahasa Arab dan Fardhu Ain)
2οΈβ£ Program Tafaqqquh (3 Tahun)
π¬ Bahasa Arab
π Fardhu βAin (Tauhid, Feqah, Tasawuf)
π Ulum Al-Quran & Hadis
π Hafazan surah pilihan
Aktiviti Pelajar:
- Maulid mingguan & latihan qasidah
- Kelas tarannum
- Riadah bulanan di luar maahad
π Lokasi: Maahad Tahfiz dan Tafaqqquh As-Saadah
π Hubungi:
Ust Syafi β 010-436 5488
Ust Arif β 017-423 9281
π² Daftar Sekarang!
Imbas kod QR di bawah atau klik pautan yang disediakan.
https://forms.gle/oNCXtQcr6sMAv4eD8