Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM

TAHNIAH DAN SYABASSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian ...
14/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM atas pelantikan sebagai Ahli Lantikan Menteri (ALM) bagi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026.

* Syed Azfar bin Syed Ahmad
* Rowena Aynna binti Redzal
* Mohamad Iffat Syahir bin Mohamadadie

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta menjadi platform untuk terus menyumbang kepada pembangunan belia dan negara.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Semua dijemput menyaksikan Dr. Mazlan Che Soh, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), ...
11/08/2026

Semua dijemput menyaksikan Dr. Mazlan Che Soh, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM dalam rancangan Agenda AWANI menerusi topik:

🗣️ “RCI Tabung Haji: Dari Parlimen Kepada Tindakan”

📅 Selasa, 11 Ogos 2026
⏰ 8.30 malam
📺 Saluran 501 | Astro AWANI
💻 Live TV: astroawani.com & Aplikasi Astro AWANI

Saksikan kupasan dan pandangan beliau mengenai isu RCI Tabung Haji serta perkembangan daripada perbahasan di Parlimen kepada tindakan selanjutnya.

Semua dijemput untuk menyaksikan “Apa Khabar Malaysia” yang akan membincangkan topik:🛡️ Memperkukuh Keselamatan Negara m...
11/08/2026

Semua dijemput untuk menyaksikan “Apa Khabar Malaysia” yang akan membincangkan topik:

🛡️ Memperkukuh Keselamatan Negara melalui Penyelidikan Strategik & Dasar Berasaskan Bukti

🎙️ Bersama Prof. Dr. Yarina Ahmad
Ketua Penyelidik, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM

serta

🎙️ SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan
Timbalan Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan (Keselamatan) dan Penerbitan, IPSOM

📅 Selasa, 11 Ogos 2026
⏰ 8.30 – 10.00 pagi
📺 Bernama TV — Astro 502 | Unifi TV 631 | MYTV 121
📱 Facebook & YouTube Bernama TV

✨ Saksikan kupasan menarik mengenai peranan penyelidikan strategik dan dasar berasaskan bukti dalam memperkukuh keselamatan negara.

Keselamatan negara bukan sekadar tertumpu kepada aspek penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan sokongan penyelidikan strategik dan penggubalan dasar yang berasaskan bukti yang kukuh. Bagaimanakah penyelidikan mampu menyumbang kepada usaha memperkukuh keselamatan negara?

Jemput saksikan perbincangan bersama dua tokoh pakar dalam bidang berkaitan:

📅 Selasa, 11 Ogos 2026
🕣 8.30 - 10.00 pagi
📺 Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121 | Facebook dan YouTube BERNAMA TV

Bersama SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Prof. Dr. Yarina Ahmad, kita mengupas perspektif yang lebih mendalam mengenai isu keselamatan negara, dasar awam dan penyelidikan strategik.

KUNJUNGAN HORMAT IDFR KE UiTM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIKPada 3 Ogos 2026, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @...
04/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT IDFR KE UiTM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Pada 3 Ogos 2026, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), YBhg. Dato’ Zainol Rahim Zainuddin, di Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YBrs. Profesor Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) serta barisan pengurusan FSPPP.

Kunjungan ini membuka ruang kepada pelbagai potensi kerjasama strategik antara FSPPP dan IDFR, antaranya dalam bidang penyelidikan, penerbitan bersama, pengajaran kolaboratif, program pascasiswazah, penganjuran program antarabangsa, serta pembangunan kepakaran dalam bidang hubungan antarabangsa dan diplomasi.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan dan jaringan strategik di peringkat nasional serta antarabangsa.

Seluruh warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:Dr...
04/08/2026

Seluruh warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Dr. Asiyah Binti Kassim

atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan, Institut Pengajian Siswazah (IPSis) berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan, dan kecemerlangan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dengan penuh rasa syuk...
31/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dengan penuh rasa syukur telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Jaringan Alumni Cemerlang 2025 kategori Fakulti/Pusat Akademik.

Kejayaan ini bukan milik individu atau satu unit semata-mata, tetapi merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat kebersamaan seluruh warga FSPPP. Setiap idea, tenaga dan sokongan yang dicurahkan dalam menjayakan Majlis Malam Alumni FSPPP 2025 serta pelbagai inisiatif fakulti telah menjadi pemangkin kepada pencapaian yang membanggakan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan ICAN selaku penggerak utama, pihak pengurusan universiti dan fakulti, para alumni, rakan strategik, penaja, staf serta pelajar yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap langkah FSPPP.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh hubungan alumni dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga FSPPP!

Semua dijemput untuk menyaksikan Dr. Muhamad Fuad Abdul Karim, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian ...
31/07/2026

Semua dijemput untuk menyaksikan Dr. Muhamad Fuad Abdul Karim, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), sebagai panel jemputan dalam Siaran Khas: UNDI Negeri Sembilan di BERNAMA TV.

🗓️ 1 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 10.30 pagi

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan dan analisis isu-isu semasa menjelang Pilihan Raya Negeri Sembilan daripada perspektif akademik.

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Mazlan bin C...
28/07/2026

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Mazlan bin Che Soh atas pelantikan sebagai Penulis Buku Institusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (IKPPA) Alaf Baharu.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik untuk terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, penyelidikan dan perkhidmatan awam.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya!

🌟 TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 🌟Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), U...
27/07/2026

🌟 TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 🌟

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga FSPPP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Tahniah kepada para penerima:
✨ Datin Dr. Nor Syamaliah Binti Ngah
✨ Dr. Jeniwaty Binti Mohd Jody
✨ Pn. Nor Zakiahanim Binti Zakaria
✨ Dr. Mohamed Fajil Bin Abdul Batau
✨ Dr. Devika A/P Krishnan
✨ Prof. Madya Dr. Azizan Binti Zainuddin
✨ Dr. Thenmolli A/P Vadeveloo

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menginspirasi seluruh warga FSPPP dalam membudayakan profesionalisme, integriti dan kecemerlangan.

Syabas dan terus cemerlang!

🌟 TAHNIAH KEPADA YBRS. PROF. DR. NOR HAFIZAH HJ. MOHAMED HARITH🌟Seluruh warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Po...
27/07/2026

🌟 TAHNIAH KEPADA YBRS. PROF. DR. NOR HAFIZAH HJ. MOHAMED HARITH🌟

Seluruh warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed Harith, Dekan FSPPP, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga FSPPP untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas!

Address

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 Persiaran Seremban Tiga 1
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi:

Share