Ribath Talim Al Luqmaniey

Ribath Talim Al Luqmaniey Sebuah Institusi Pengajian Tahfiz yang berteraskan :-
✓ Pengajian Al Quran
✓ Pengajian Dinniah

11/08/2026

Di hadapan luasnya alam, kita belajar bahawa ilmu itu tidak pernah mengenal batas. Namun di sebalik setiap ilmu yang sampai kepada kita, ada seorang Guru yang telah terlebih dahulu menapakkan jalan.

Guru bukan sekadar mengajarkan ilmu, tetapi menuntun langkah agar ilmu menjadi cahaya, adab menjadi pakaian, dan perjalanan hidup menuju Allah s.w.t menjadi lebih terarah.

Semakin tinggi kita mendaki mencari ilmu, semakin kita sedar… bahawa kita tidak akan sampai tanpa doa, tunjuk ajar dan keberkatan seorang Guru.


PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PUSAT PENGAJIAN RIBATH TALIM AL LUQMANIEY BAGI TAHUN 2027•••••••••••••••••••••••••••••...
09/08/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PUSAT PENGAJIAN RIBATH TALIM AL LUQMANIEY BAGI TAHUN 2027
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
PENGAJIAN TAHFIZ HARIAN & PENGAJIAN TAHFIZ ASRAMA
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
✓ Pengajian Hafazan Al Quran
✓ Pengajian Ulum Dinniyah ( FEQAH, TAUHID, TASAWUF )
✓ Asas Bahasa Arab Komunikasi
✓ Tarbiah Islamiyah
✓ Mukhayyam

• Yuran Asrama : RM 300
• Yuran Harian : RM 250
____________________________
Assalamu'alaikum w.b.t

Ribath Talim Al Luqmaniey sedang membuka Permohonan utk Pengambilan Pelajar Baru utk sesi Pengajian Januari 2027 dibuka sekarang !!

📝 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 🌸🌸❤❤
✅Lelaki berusia 10 Tahun hingga 17 Tahun
✅Berminat untuk menghafaz Al Quran.
✅Bersedia untuk dididik dan diasuh.
✅Lulus temuduga.

📩 Ibubapa yang berminat, boleh membuat permohonan secara online melalui link di bawah :

https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0220

💡 Jom kita Mendaftar Sekarang

Tempat adalah terhad. Sila hantar permohonan untuk anak tuan/puan segera.

Sebarang pertanyaan boleh Klik LINK dibawah :

http://www.wasap.my/601111432150/AMBILANSANTRI2027

06 Ogos 2026 | KhamisPondok Pesantren Darullughah Wadda'wah, Surabaya, Indonesia ..........................................
06/08/2026

06 Ogos 2026 | Khamis
Pondok Pesantren Darullughah Wadda'wah, Surabaya, Indonesia ................................................

Bersyukur kehadrat illahi dapat bertemu Anakanda-Anakanda Alumni RIBATH TALIM AL LUQMANIEY di
Pondok Pesantren Darullughah Wadda'wah, Surabaya Indonesia yaitu Muhammad Nasrullah, Aniq Wafiy dan Aliff Muhaimin yg baru mendaftar masuk serta Anakanda Rayyan Al Faruqi yang tidak dapat bersama kerana berada di Cawangan Dalwa 2 ( Ba'alwi ).

Semoga Allah s.w.t mengurniakan kemudahan buat Semua Anakanda dalam Menuntut Ilmu Allah s.w.t dan tetap Istiqamah diatas Jalan ini.

Tambahan itu, Al Fadhil Ustaz juga dapat bersama-sama menyantuni beberapa para Santri Mursal dari Dalwa dalam Mengeratkan Ukhwah yang telah lama terjalin.

Kami senantiasa mendoakan agar Setiap langkah kalian, senantiasa dibawah NaunganNya Allah s.w.t



MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA05 Ogos 2026Rabu.................................................................Alha...
05/08/2026

MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
05 Ogos 2026
Rabu.................................................................
Alhamdulillah,
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami menzahirkan rasa bangga dan doa yang tidak putus-putus buat salah seorang santri Ribath Talim Al Luqmaniey, Muhammad Aliff Muhaimin Bin Redzuan, yang telah melangkah meninggalkan tanah air demi menyahut panggilan ilmu di Pondok Pesantren Darullughah Wadda’wah.

Perjalanan ini bukan sekadar merentas lautan dan sempadan negara, tetapi sebuah musafir menuju kemuliaan ilmu. Setiap langkah yang diatur, setiap penat yang dirasai, dan setiap rindu yang dipendam, mudah-mudahan dicatat sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Kami melepaskanmu bukan kerana rela berjauhan, tetapi kerana yakin bahawa jalan para pencinta ilmu sentiasa dihiasi dengan pengorbanan. Hari ini engkau berangkat sebagai seorang penuntut, mudah-mudahan suatu hari nanti engkau kembali sebagai insan yang membawa cahaya ilmu, membimbing umat dan menyambung warisan para ulama.

Semoga Allah SWT memelihara setiap langkahmu, melapangkan kefahamanmu, menghiasi akhlakmu, memberkati ilmumu dan menjadikanmu daripada hamba-hamba-Nya yang ikhlas serta bermanfaat buat agama, bangsa dan ummah.

Pergilah membawa harapan, pulanglah membawa keberkatan.

Daripada seluruh warga Ribath Talim Al Luqmaniey, kami iringi pemergianmu dengan doa, kerana kami percaya bahawa ilmu yang dicari kerana Allah akan sentiasa menemukan jalan pulang menuju reda-Nya.

31 JULAI 2026 / JUMAATUJIAN AKHIR BULAN – ULUM DINNIYAHBismillahirrahmanirrahim.Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan b...
01/08/2026

31 JULAI 2026 / JUMAAT
UJIAN AKHIR BULAN – ULUM DINNIYAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan buat Semua Santri dalam Ujian Akhir Bulan bagi subjek :

📖 Tauhid
📖 Feqah
📖 Akhlak
📖 Asas Bahasa Arab
📖 Tajwid

Jadikanlah peperiksaan ini sebagai medan untuk menilai ilmu, memperkukuhkan kefahaman serta meningkatkan kecintaan terhadap agama Allah. Teruskan usaha, perbanyakkan doa, hormati guru dan bertawakkal kepada Allah SWT.

"Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga semua santri diberikan kejayaan yang cemerlang serta ilmu yang bermanfaat.

Āmīn Yā Rabbal 'Ālamīn



Alhamdulillah.Pada 26 Julai 2026, Ribath Ta'lim Al Luqmaniey telah berpeluang bersama-sama dalam Madrasah dalam Perlawan...
27/07/2026

Alhamdulillah.

Pada 26 Julai 2026, Ribath Ta'lim Al Luqmaniey telah berpeluang bersama-sama dalam Madrasah dalam Perlawanan Persahabatan Futsal bersama Madrasah Tahfiz Khairol Amin dan Madrasah Tahfiz Al Fath.

Aktiviti ini bukan sekadar medan riadah dan menguji kecergasan fizikal, bahkan menjadi wasilah untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat berpasukan serta menyemai nilai hormat-menghormati dalam kalangan para santri.

Semoga jalinan ukhwah yang terjalin melalui aktiviti seperti ini terus dipelihara dan diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan hubungan baik antara institusi-institusi tahfiz ini menjadi asbab lahirnya generasi Qurani yang kuat iman, sihat jasmani dan indah akhlaknya.

"Sukan Mengeratkan Ukhwah, Ukhwah Membawa Keberkatan."

Lisan Yang Melantunkan Qasidah Memuji Rasulullah ﷺLisan yang sentiasa dibasahi dengan qasidah memuji Rasulullah ﷺ, janga...
25/07/2026

Lisan Yang Melantunkan Qasidah Memuji Rasulullah ﷺ

Lisan yang sentiasa dibasahi dengan qasidah memuji Rasulullah ﷺ, janganlah dibiarkan mengalunkan kata-kata yang melukai hati manusia. Kemuliaan lisan bukan hanya pada indahnya suara, tetapi pada bersihnya hati yang menggerakkannya.

Apabila bibir mengucapkan selawat dan pujian kepada Kekasih Allah ﷺ, maka hiasilah ia dengan kelembutan, kejujuran, dan adab dalam setiap bicara. Semoga lisan yang memuji Rasulullah ﷺ di dunia, menjadi saksi yang membawa syafaat Baginda ﷺ di akhirat.

Jadikan setiap bait qasidah bukan sekadar alunan yang merdu, tetapi cerminan akhlak yang hidup. Kerana hakikat mencintai Rasulullah ﷺ bukan hanya pada lantunan suara, bahkan pada keindahan budi dan kesucian lisan dalam setiap tutur kata.


🍃 UJIAN PENILAIAN AL-QURAN AKHIR BULAN 🍃Alhamdulillah, ujian akhir bulan kembali dilaksanakan sebagai medan untuk menila...
24/07/2026

🍃 UJIAN PENILAIAN AL-QURAN AKHIR BULAN 🍃

Alhamdulillah, ujian akhir bulan kembali dilaksanakan sebagai medan untuk menilai bacaan, hafazan dan kefahaman para santri terhadap Kalamullah.

Semoga setiap helaian yang dibaca, setiap ayat yang dihafaz dan setiap usaha yang dicurahkan menjadi saksi kecintaan kepada Al-Quran serta asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Mohon doa daripada seluruh muslimin dan muslimat agar semua santri diberikan kelapangan hati, kekuatan ingatan serta dipermudahkan menjawab ujian dengan penuh adab dan tawaduk.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." 🤍

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU INSTITUSI PENGAJIAN TAHFIZ RIBATH TALIM AL LUQMANIEY BAGI TAHUN 2026••••••••••••••••••...
22/07/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU INSTITUSI PENGAJIAN TAHFIZ RIBATH TALIM AL LUQMANIEY BAGI TAHUN 2026
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
PENGAJIAN TAHFIZ HARIAN & PENGAJIAN TAHFIZ ASRAMA
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
✓ Pengajian Hafazan Al Quran
✓ Pengajian Ulum Dinniyah ( FEQAH, TAUHID, TASAWUF )
✓ Asas Bahasa Arab Komunikasi
✓ Tarbiah Islamiyah
✓ Mukhayyam

• Yuran Asrama : RM 300
• Yuran Harian : RM 250
____________________________
Assalamu'alaikum w.b.t

Ribath Talim Al Luqmaniey sedang membuka Permohonan utk Pengambilan Pelajar Baru utk sesi Pengajian 2026 dibuka sekarang !!

📝 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 🌸🌸❤❤
✅Lelaki berusia 10 Tahun hingga 17 Tahun
✅Berminat untuk menghafaz Al Quran.
✅Bersedia untuk dididik dan diasuh.
✅Lulus temuduga.

📩 Ibubapa yang berminat, boleh membuat permohonan secara online melalui link di bawah :

https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0220

💡 Jom kita Mendaftar Sekarang

Tempat adalah terhad. Sila hantar permohonan untuk anak tuan/puan segera.

Sebarang pertanyaan boleh Klik LINK dibawah :

http://www.wasap.my/601111734321/AMBILANSANTRI2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillāh, setinggi-tinggi rasa sy...
12/07/2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillāh, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas limpah rahmat, taufik dan inayah-Nya, Majlis Mawlid Agung Rasulullah s.a.w sempena Ulang Tahun Ke-3 Ribath Ta'lim Al Luqmaniey telah dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan suasana mahabbah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Jutaan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kami zahirkan kepada para alim ulama, para masyaikh, para asatizah serta seluruh Muslimin dan Muslimat yang sudi meluangkan masa untuk hadir, berselawat dan bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh barakah ini. Kehadiran serta doa daripada semua menjadi penyuntik semangat buat kami untuk terus istiqamah berkhidmat dalam medan pendidikan dan dakwah.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kami tujukan kepada pihak Pengurusan Surau Al Fatihin, Taman Dusun Nyior atas segala budi baik, kerjasama dan kesudian memberikan kebenaran serta kemudahan penggunaan surau bagi menjayakan Majlis Mawlid Agung Rasulullah s.a.w ini. Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa dan kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Tidak dilupakan, setulus penghargaan kepada seluruh jawatankuasa, para penyumbang, para sukarelawan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Segala pengorbanan, masa, tenaga dan sumbangan yang diberikan hanyalah Allah s.w.t sebaik-baik Pemberi Balasan.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kekhilafan sepanjang penganjuran majlis ini, kami dengan penuh rendah hati memohon kemaafan daripada semua.

Semoga Allah s.w.t menerima segala amal kebajikan kita, menghimpunkan kita di bawah panji Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, serta mengurniakan keberkatan yang berterusan kepada Ribath Ta'lim Al Luqmaniey dan seluruh umat Islam.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Jazakumullahu khairan kathira.

Address

NO 1769 Jalan WARISAN PUTERI A60, PRECINCT 6, TAMAN WARISAN PUTERI
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ribath Talim Al Luqmaniey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ribath Talim Al Luqmaniey:

Shortcuts

Share