Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad

Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad, Education Website, KM 16 Jalan Labu Seremban, Seremban.

'Melahirkan insan berwibawa rohani, jasmani dan aqli yang juga adalah hamlatul quran yang menguasai pengetahuan dunia akhirat dan keperluan zaman dengan mengamalkan ilmu berdakwah dan berjihad walau dimana mereka berada.'

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 23/09/2024

Program sambutan hari kemerdekaan "Hari Ini Dalam Sejarah" peringkat SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad

Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Kamaliah Binti Abdul Hamid Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPD Seremban.

Tetamu yang hadir antaranya;
Ustaz Mohd Haidhir Bin Mohd Isa - PPD Seremban
Tn Syed Hishamudin Bin Syed Nordin - Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah
Al-Fadhil Ustaz Shaifudin Bin Hj Maulup - Timb Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah
Pn Siti Fithriah Binti Ahmad Nasfy - YDP PIBG
En Alifata Bin Baharudin - Pegawai Penerangan Daerah Seremban
Sister Momtaza - Dapur Rafah
Uncle Hashim - Harmony Prihatin
dan tidak dilupakan Ibubapa yang turut hadir memeriahkan program pada kali ini.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 02/08/2024

10 Julai 2024 - Latihan kebakaran bersama Bomba Seremban 2 turut bersama :

1. Tuan Nizam Bin Yom
2. Pn Sharifah Norrasyida Bin Syed Nordin

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 11/07/2024

22 Jun 2024 - Mesyuarat PIBG Kali ke-4 yang telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Jamaluddin Bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Fithriah Binti Ahmad Nasfy YDP PIBG sesi yang lalu kerana telah memberikan khidmat bakti kepada Sekolah.

Tahniah kepada barisan Jawatankuasa PIBG iaitu Pn Siti Fithriah Binti Ahmad Nasfy selaku YDP PIBG dan En. Tajul Ashikin Bin Saut selaku TYDP PIBG yang masih memikul amanah bagi sesi yang kedua serta barisan AJK yang baru dilantik.

Tahniah kepada murid yang cemerlang :
·UPPK TERBAIK SESI 2023/2024
·HAFAZAN TERBAIK
·HUFFAZ TERBAIK SESI 2023/2024
·IKON PAJSK SESI 2022/2023

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 10/07/2024

21 Jun 2024 - SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad dibawah panitia Pendidikan Islam telah membuat program Simulasi Haji.

Dalam simulasi ini, peserta Haji Cilik diperkenalkan dengan beberapa 'checkpoint', bermula dengan ibrah (lelaki lengkap berihram dan perempuan bertelekung), wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga Jamrah, bertahallul, saie dan tawaf serta simulasi korban.

Semoga murid mendapat ibrah dan ilmu mengenai ibadah haji yang dilaksanakan.

07/07/2024

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1446H

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 15/06/2024

11 Jun 2024 - SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD S1 yang berlangsung di Centre Court Paroi.

Terima kasih & tahniah kepada guru-guru yang telah memberikan bimbingan serta tidak lupa kepada Ibubapa yang memberikan sokongan kepada pihak sekolah.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 12/06/2024

8 Jun 2024 - Kejohanan Catur SKKG Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Port Dickson

Murid yang telah menyertai :

1. RIZQ HAIQAL AMSYAR BIN HARIDAN
2. AIRIIS QISYYA BINTI ROMZI
3. AISY HAZIQ BIN MOHD AZWAN
4. IBRAHIM IRFAN BIN SUKRI
5. KHAIRI ADAM SAFWAN BIN KHAIRIL IZWAN
6. MUHAMMAD AQEEL AZWAR BIN THAWFEEKUL AMEEN
7. MUHAMMAD PUTRA ALFATEH BIN MOHD SYAZWAN FIRDAUS

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 12/06/2024

8 Jun 2024 - Gotong-Royong PIBG SERTAQIA 2024

Hari : Sabtu
Tarikh : 8 Jun 2024

Turut hadir bersama Al-Fadhil Ustaz Shaifudin Bin Maulup Timb Pengerusi LPS, Pn Siti Fithriah Bt Ahmad Nasfy YDP PIBG Sertaqia, Pn Sharifah Norrasyida Bt Syed Nordin Guru Besar serta para Ibubapa tambahan mendapat Khidmat bantuan drpd anggota RAMD 24 Kem Rasah diketuai oleh Sarjan Saiful yang membantu menjayakan program pada kali ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan gotong-royong ini bagi menceriakan lagi persekitaran sekolah untuk anak-anak Sertaqia lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 12/06/2024

19 Mei 2024 - Kejohanan Sukan Tahunan SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad 2024 telah diadakan bertempat di Padang SK Labu Batu 10.

Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Mesra Sekolah En Muhammad Azim bin Muhammad, juga dihadiri pengerusi LPS, barisan ahli lembaga pengurusan turut sama Puan Siti Fithriah Binti Ahmad Nasfy Ydp PIBG & ajk PIBG.

Kejohanan pada kali ini telah dimenangi oleh Pasukan Rumah Hijau dan Perbarisan Pasukan Rumah Kuning. Terima kasih kepada guru-guru serta Ibubapa yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 21/05/2024

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SERTAQIA yang telah diadakan pada hari Khamis 16 Mei 2024 di Dewan Terbuka Tun Abdul Razak yang bertemakan "Songket Tradisional Melayu"

dihadiri oleh tetamu VIP :
> Pn Siti Fithriah Binti Ahmad Nasfy
YDP PIBG Sertaqia
> Pn Sharifah Norrasyida Binti Syed Nordin, Guru Besar SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad
Barisan AJK PIBG dan turut sama Ibubapa penjaga yang turut membantu melancarkan majlis pada hari tersebut.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 23/04/2024

19 APRIL 2024 - Kejohanan Merentas Desa Sertaqia 2024 yang berlangsung di Kampung Labu Batu 10.

Terdapat 4 kategori yang telah dipertandingkan :

1. Tahap 1 Lelaki
2. Tahap 1 Perempuan
3. Tahap 2 Lelaki
4. Tahap 2 Perempuan

Jutaan terima kasih kepada pihak IPD Nilai & semua guru atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.

Tahniah kepada anak-anak SERTAQIA yang bersemangat sehingga ke akhir acara.

Photos from Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad's post 07/04/2024

28 Mac 2024 - Forum Nuzul Quran peringkat Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran Integrasi Al Irshad berlangsung di Dewan Terbuka Tun Abdul Razak.

Forum yang telah disampaikan oleh Ustazah Syarifah Nurul Iffah, Ustaz Aiman & Ustaz Faiz Shahrizan. Penyerahan Program Infaq Al-Quran dari pihak Furqanworks Sdn Bhd sebanyak 50 naskhah serta penyampaian Hadiah sempena program Ihya Ramadan & Nuzul AL-Quran yang telah disampaikan oleh Pn Sharifah Norrasyida Bt Syed Nordin Guru Besar SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad.

Semoga murid-murid dapat menjadi Al-Quran sebagai pegangan dalam kehidupan.

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


KM 16 Jalan Labu Seremban
Seremban
71900

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00