15/05/2025
🎓✨ KEMASUKAN DIBUKA! AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH TENGAH ✨🎓
📅 Sesi 2025–2026 | 📍 Cawangan Negeri Sembilan
Ingin mulakan kerjaya dalam industri pembinaan?
Mahu jadi tenaga kerja mahir yang diiktiraf dan berkemahiran tinggi?
📢 DAFTAR SEKARANG di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah! (TEMPAT LATIHAN DI ABM KL ATAU CAWANGAN JENGKA, PAHANG)
💼 PROGRAM DITAWARKAN:
🔹 PROGRAM BELIA (Jangka Panjang)
📌 Khas untuk:
Umur 17 – 35 tahun
Lepasan SPM (Tred tertentu)
Warganegara Malaysia
Sihat tubuh badan
Umur 21–35 tahun bagi kursus jentera berat & ada lesen kereta
🔹 PROGRAM PERSONAL (Jangka Pendek)
📌 Khas untuk:
Umur 18 – 55 tahun
Mempunyai Kad Hijau CIDB yang masih aktif
✅ Program ini juga ditaja untuk:
Pekerja Binaan Am
Pekerja Binaan Mahir
ℹ️ APA ITU ABM WILAYAH TENGAH?
Akademi Binaan Malaysia (ABM) ialah pusat latihan kemahiran di bawah CIDB Malaysia yang menyediakan latihan teknikal dan penilaian kompetensi untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan negara.
🎯 Sesuai untuk:
✅ Belia lepasan sekolah
✅ Pekerja binaan sedia ada
✅ Individu yang ingin tambah kemahiran dan pendapatan!
📲 DAFTAR SEKARANG!
Tekan link atau imbas QR Code di bawah.
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdnryaQDMh.../viewform...
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi: 019-9432406 (En. Syukur)
💬 JOM SERTAI ABM WILAYAH TENGAH – NEGERI SEMBILAN!
📌 “Kemahiran Untuk Kerjaya” – Masa depan anda bermula di sini!
29/08/2024
JANGAN LUPA YER.. JUMPA KAMI 18 SEPTEMBER 2024 INI.... BOLEH DAH KOSONGKAN JADUAL
19/08/2024
JOM SERTAI KAMI.... BOLEH HADIR PADA TEMPAT DAN MASA SEPERTI TERTERA....
14/08/2024
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2024 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengangkat pencapaian berprestij dengan pelancaran slogan “CIDB Peneraju TVET Pembinaan” bersempena dengan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies (CIDB Tech) 2024 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri 1 dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Seri menekankan kepentingan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sebagai tunjang pembangunan negara selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 yang memperuntukan tambahan bajet bernilai RM200 juta. Kerajaan juga komited menjadikan TVET Malaysia setanding dengan peringkat global, menawarkan laluan kerjaya jelas, kebolehpasaran tinggi, dan pendapatan yang “premium”.
Pelancaran slogan “CIDB Peneraju TVET Pembinaan” mencerminkan peranan CIDB sebagai peneraju dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor pembinaan. CIDB mewujudkan Construction Skills Qualification Framework (CSQF) dengan menyediakan kerangka berstruktur untuk pembangunan kemahiran dalam industri pembinaan, memperkukuh peranan CIDB sebagai badan pensijilan dan pusat rujukan utama untuk program latihan TVET dalam sektor ini.
Selaras dengan bidang kuasa CIDB mengikut Akta 520, CIDB bergerak ke arah menjadi badan pensijilan yang akan mengakredit & mensetarakan sijil dari institusi lain dalam bidang pembinaan. YAB Dato’ Seri dalam ucapannya menyeru semua institusi TVET seluruh negara yang menawarkan program berkaitan pembinaan untuk merujuk kepada CIDB bagi memastikan sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh institusi melalui proses persetaraan dan akreditasi oleh CIDB.
Timbalan Perdana Menteri juga mengiktiraf peranan CIDB dalam memastikan latihan yang diberikan berkualiti dan relevan dengan keperluan industri, dengan peruntukan lebih RM800 juta untuk latihan belia dan personel binaan. Dengan langkah-langkah proaktif seperti ini, CIDB memperkuatkan lagi kedudukannya sebagai pusat TVET industri pembinaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dengan pelancaran slogan ini, CIDB terus komited dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis yang sama turut menyampaikan Anugerah Ikon TVET Pembinaan kepada enam (6) alumni ABM termasuk penyerahan bendera kepada dua (2) pelatih ABM yang akan mewakili Malaysia ke World Skills Lyon 2024, Perancis.
Selain itu, dua belas (12) rakan industri telah menerima sijil penghargaan daripada CIDB Malaysia sebagai penghormatan dalam menyokong perkembangan kemahiran serta pertumbuhan industri pembinaan di Malaysia. Rakan-rakan industri ini telah memberikan peluang pekerjaan dan penajaan kepada pelatih ABM dan CID. Antara syarikat mendapat penghargaan termasuk Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Sime Darby, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), SSRV (M) Sdn Bhd, Uda Dayaurus Sdn Bhd, Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd (UTW), Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn. Bhd., Miraj Academy, College MCS Dan Petroliam Nasional Berhad.
Majlis ini turut meraikan 150 graduan yang menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) serta 15 graduan cemerlang yang disampaikan oleh Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. Graduan-graduan ini adalah daripada pelbagai tred seperti Chargeman, Operasi Kren, Gas Pipe Fitter, Kimpalan Plumbing, Scaffolding, Crane Operation dan beberapa lagi tred berimpak tinggi.
CIDB Malaysia menawarkan tajaan kepada belia tempatan yang ingin menceburi lebih dari 100 tred kemahiran pembinaan yang merangkumi bidang Jentera Berat, Kerja Bangunan, Kimpalan, Mekanikal dan Elektrikal, Architectural Drafting, Blasting & Painting dan Industrial Building System (IBS) menerusi Pusat Latihan CIDB iaitu ABM dan CIDB Tech.
Dengan kejayaan pelancaran ini, CIDB memperkukuh peranannya sebagai pemacu utama dalam sektor TVET pembinaan, memastikan tenaga kerja yang dilahirkan berkemahiran tinggi dan kompeten untuk memacu industri pembinaan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam dan Pengerusi CIDB Malaysia, Tn. Ir. Haji Yusuf Bin Haji Abd Wahab.
-TAMAT-
14/08/2024
👷🏼♂️👷🏼♀️ PROGRAM SKILLTECHPRENEUR AKADEMI BINAAN MALAYSIA 2024
(Program Usahawan Kemahiran Belia Bumiputera Lepasan Akademi Binaan Malaysia Tajaan CIDB)
SESI TEMUDUGA TERBUKA: 28 OGOS 2024
DAFTAR SEKARANG‼️
https://akademibinaan.com.my/skilltechpreneur-abm/
Tred/Bidang Yang Ditawarkan:
🛠️ Pendingin Hawa (Air Conditioning)
⚙️ Perpaipan (Plumbing)
🛠️ Kerja Elektrik (Electrical)
⚙️ Kerja Cat (Painting)
🛠️ Kerja Jubin (Tiling)
🛠️ Penyelenggaraan & Operasi Bangunan (BOM)
CABAR DIRI JADI USAHAWAN BINAAN, JOM UBAH MASA DEPAN 💪🏻🔥
DAFTAR SEKARANG‼️
https://forms.gle/vxMn9zgr9J8CjwLd6
Peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri pembinaan secara latihan berstruktur selama 3 bulan:
🚧 Kelas Bimbingan & Praktikal Keusahawanan Pembinaan
🚧 Taklimat & Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB
Syarat-syarat penyertaan:
🔩Pemegang Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan CIDB/Alumni Belia ABM.
🔩Berusia 18 hingga 35 tahun.
🔩Pengalaman bidang sekurang-kurangnya 6 bulan.
🔩Menunjukkan minat.
📱Permohonan yang berjaya akan dihubungi untuk sesi temuduga fizikal/atas talian.
30/07/2024
JOM SERTAI KAMI SEKARANG JUGA
LOKASI LATIHAN DI KUALA LUMPUR
https://maps.app.goo.gl/Nb2isGFUyKsG9WVL7
PROGRAM PERSONAL
YANG LAYAK MENDAPAT TAJAAN HANYA BAYAR 150.00 TIDAK TERMASUK SIJIL RM 200.00
SYARAT MENDAPAT TAJAAN
UMUR 19-55 TAHUN
KAD PERSONEL PEMBINAAN (KAD HIJAU)
AKTIF DAN STATUS PEMBINAAN AM ATAU PEMBINAAN MAHIR SAHAJA
KALAU TIDAK DAPAT TAJAAN, BAYARAN BERLAINAN MENGIKUT TRED...
BOLEH HUBUNGI NO TERTERA ATAU TELAN LINK WASAP
www.wasap.my/60199432406/PersonalOGOS2024
07/08/2023
Save the date ! Kemasukan *OGOS* 2023
Berminat menyambung pengajian dalam bidang TVET secara TAJAAN PENUH 😱
📌Permohonan Dibuka Utk Belia (18-35 TAHUN)
👍 Warganegara Malaysia
👍 Boleh Membaca, Menulis, Mengira
👍 *Asnaf* yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS
🚧 BIDANG YANG ABM TAWARKAN
🟢AIR-CONDITIONING ( 4 BULAN)
Kelebihan ABM
🟢Elaun Makan dan Latihan Disediakan
🟢 Penginapan disediakan
🟢Tempoh latihan yang singkat (kurang dari 1 tahun)
🟢Tajaan Penuh MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (dikecualikan dari yuran pengajian)
🟢Sijil yang diiktiraf CIDB
🟢Peluang pekerjaan dlm syarikat ternama
🤳 Unit Pengambilan pelajar
Klik Link dibawah :-
✅Puan Aliya https://watsap.my/01133085220/DaftarBelia