KEJOHANAN BSBJ PASTI KAWASAN KULIM BANDAR BAHARU PADA 17 MEI 2026 ⚽🏀
PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan institusi yang berperanan sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi yang berumur 4, 5 & 6 tahun.
27/03/2026
✨ JEMPUTAN ISTIMEWA ✨
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1447H
PAS KAWASAN KULIM BANDAR BAHARU
Syawal yang mulia kembali lagi!
Ayuh bersama-sama kita menyemarakkan ukhuwah dan merai kemenangan dalam suasana penuh kemeriahan!
🌙 ANDA DIJEMPUT HADIR KE 🌙
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bandar Baharu
📅 Tarikh : 3 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang
📍 Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah
🎉 Pelbagai juadah istimewa menanti anda!
🤝 Eratkan silaturrahim, kukuhkan perpaduan
💚 Raikan Syawal dengan penuh kegembiraan
“Kehadiran anda menyerikan majlis,
menghidupkan suasana penuh bermakna.”
18/03/2026
Salam takziah diucapkan kepada Cikgu Ramlah atas pemergian anakanda tercinta semalam akibat kemalangan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada Cikgu sekeluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini. Didoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Selamat Pulang ke Kampung halaman, anak-anak PASTI
Semoga perjalanan dipermudahkan dan tiba dengan selamat
16/03/2026
LENSA 2
AKTIVITI EDARAN DUIT RAYA MURID² DAN GURU PASTI KBB
16/03/2026
LENSA 1
AKTIVITI EDARAN DUIT RAYA MURID² DAN GURU PASTI KBB
Jom semua daftar PASTI tahun depan
4 ,5 dan 6 tahun
15/03/2026
JELAJAH RAMADAN 1447H | PEMUDA PAS KBB MENYANTUNI WARGA PASTI
Ramadan yang penuh barakah dimanfaatkan oleh Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu melalui program Jelajah Ramadan dengan menziarahi 18 cawangan PASTI di seluruh kawasan Kulim Bandar Baharu.
Program ini menyantuni hampir 1,000 pelajar dan 90 tenaga pendidik yang menjadi tulang belakang pendidikan awal Islam.
Dipimpin oleh Ketua Pemuda KBB, Saudara Amsyar Faiz, bersama barisan jawatankuasa Pemuda dan AJK PASTI Kawasan, rombongan hadir membawa salam ukhuwah serta menyampaikan duit raya dan kit raya kepada para pelajar dan guru hasil sumbangan para dermawan.
Semoga usaha kecil ini menceriakan Ramadan mereka dan terus menyemarakkan semangat mendidik generasi pewaris ummah.
06/03/2026
Alhamdulillah, sampul dah mendarat di Kawasan .
Boleh PM kaih sapa nak . Stok terhad
22/02/2026
JUALAN SAMPUL RAYA PASTI KEDAH
Harga Jualan:
RM3.00/pek
NOTA:
1. Sila buat order melalui PASTI Cawangan yang berdekatan anda.
2. Setiap 1 pek ada 10 sampul
18/01/2026
UCAPAN TAKZIAH
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu merakamkan ucapan takziah dan simpati yang setulusnya atas pemergian
Allahyarham Mohd Shukor bin Mohd Noh (Abg Koq),
Mantan Pengurus PASTI Al Kabir.
Allahyarham merupakan antara penggerak utama dalam menggerakkan pengoperasian PASTI cawangan serta aktiviti ekonomi PASTI. Sumbangan dan jasa beliau amat besar ertinya, dan kehilangan beliau sangat dirasai oleh seluruh warga PASTI.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah 🤲
PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kg Baharu Lombong
Serdang
09800