Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM

Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM

Share

This is the official page of the Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences, UPM (Bio

The Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences (BioTech UPM) was established on 1st August 2004 with the merger of two departments, the Department of Biotechnology (from the Faculty of Food Science and Biotechnology) and the Department of Biochemistry and Microbiology (from the Faculty of Science and Environmental Studies). With the formation of BioTech UPM, all activities involving biotec

26/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Uswatun Hasanah Zaidan dan Dr. Saila Ismail atas kejayaan menerima Dana SULAM@UPM bagi Semester Kedua 2025/2026. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program SULAM yang lebih cemerlang dan memberi impak positif kepada masyarakat. Syabas dan terus maju jaya!



Photos from Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM's post 26/05/2026

Majlis Perwakilan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioMIX) telah berjaya menganjurkan program Jiwa Putra@FBSB: The Art on Walls pada 15-17 Mei 2026.

Program Jiwa Putra @ FBSB: The Art on Walls merupakan satu inisiatif strategik oleh mahasiswa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) yang dirangka khusus bagi memupuk semangat kebersamaan, nilai kesukarelawanan, serta rasa tanggungjawab bersama terhadap persekitaran kampus. Berfokuskan di Bangunan Biotech 1 iaitu antara bangunan utama yang menjadi tumpuan pelajar dan staf, program ini menekankan aspek pengindahan prasarana melalui aktiviti pengecatan dan penghasilan lukisan mural yang kreatif lagi bermakna. Usaha murni ini bukan sahaja berupaya menceriakan landskap fizikal bangunan, malah berjaya menyuntik elemen inspirasi serta mewujudkan persekitaran akademik yang lebih kondusif dan dinamik bagi seluruh warga fakulti.

Program yang diterajui oleh Sofea Hani Binti Rohizat selaku Pengarah Program turut mendapat bimbingan dan seliaan daripada Dr. Mu’azr Bin Amer Hamzah sebagai Mentor Program dan Puan Nurul Hidayah Samadi yang bertindak sebagai Pegawai Pemantau.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Keberhasilan inisiatif ini bukan sahaja membuktikan keupayaan mahasiswa dalam mengendalikan projek berimpak tinggi, malah meninggalkan impak visual yang positif dan signifikan terhadap imej korporat serta keceriaan prasarana Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.



26/05/2026

🌟 Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad atas penghargaan yang diterima daripada pihak kerajaan Cambodia 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga FBSB untuk terus menyumbang di peringkat antarabangsa.

👏 Warga FBSB mengucapkan syabas dan selamat maju jaya!

25/05/2026

🌟 Tahniah diucapkan kepada Dr. Shafinaz Abd Gani atas kejayaan menerima geran International Brain Research Organization (IBRO) Collaborative! 🌟

📚 Tajuk Projek:
Defining Ferroptosis–Inflammasome Coupling in Early Neurodegeneration Using a Zebrafish Model

⏳ Tempoh Projek: 2 Tahun
💰 Jumlah Geran: ±RM28,800

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuhkan kecemerlangan penyelidikan FBSB di peringkat antarabangsa.

👏 Warga FBSB mengucapkan syabas dan selamat maju jaya!

25/05/2026

🌟 Tahniah diucapkan kepada warga Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM atas kejayaan yang membanggakan! 🌟

🎉 Setinggi-tinggi tahniah kepada:

🔹 Dr. Sharifah Alawieyah Syed Mortadza
🔹 Prof. Dr. Yunus Abd Shukor
🔹 Prof. Madya Ts. Dr. Amir Syahir Amir Hamzah
🔹 Chew Tze Wei

atas kejayaan mendaftarkan Hak Cipta bertajuk:

📘 Practical Manual on Spectrophotometric Instrumentation
📌 No. Pendaftaran: LY2026E02717 Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik di FBSB serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

👏 Syabas dan terus maju jaya!

Photos from Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM's post 20/05/2026

“CAVEQUEST” BIOMIX FBSB-GUA TEMPURUNG, GOPENG, PERAK.

GOPENG, 9 Mei 2026 – Majlis Perwakilan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioMIX) telah berjaya menganjurkan program eksplorasi gua “CAVEQUEST” bertempat di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Program eksplorasi ini bertujuan memberikan pendedahan eksklusif kepada para pelajar mengenai aktiviti ekopelancongan di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Melalui program tersebut, para peserta berpeluang mempelajari keunikan formasi batu kapur serta struktur geologi gua yang telah terbentuk sejak jutaan tahun dahulu.

Program yang diterajui oleh Nur Izzati Mohd Fazil selaku Pengarah Program itu turut mendapat bimbingan dan seliaan daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Muhaimin Roslan sebagai Mentor Program. Seramai 38 orang peserta telah menyertai aktiviti tersebut dengan diiringi oleh Puan Nurul Hidayah Samadi yang bertindak sebagai Pegawai Pemantau.

Secara keseluruhannya, program “CAVEQUEST” telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Selain memupuk minat terhadap aktiviti berasaskan kelestarian alam, program ini juga menjadi platform alternatif kepada para pelajar untuk berehat seketika daripada rutin kuliah melalui aktiviti rekreasi luar yang santai serta bermanfaat.



Photos from Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM's post 19/05/2026

Tahniah diucapkan kepada staf Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 & Anugerah Setia Putra sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 hari ini.

Syabas dan tahniah! 👏✨


19/05/2026

Join us at the 5th FGSB 2026!

The Department of Cell and Molecular Biology, Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Universiti Putra Malaysia (UPM), in collaboration with Codon Genomics, is proud to host the 5th International Symposium & Workshop on Functional Genomics & Structural Biology (FGSB 2026)

🧬 Theme: Beyond the Sequence: Decoding the Dynamic Architecture of Life in the Era of AI

📅 Mark Your Calendars:
• Symposium: 10–11 November 2026
• Workshop: 12–13 November 2026
• Location: TNCPI Building, UPM

🔬 Why Attend:
• Connect with leading scientists & innovators
• Present your work and gain high-impact visibility
• Explore AI-powered breakthroughs in biological sciences
• Build collaborations across academia & industry

Explore cutting-edge scopes including Functional Genomics, Structural Biology, Computational Biology (AI-driven protein prediction), and Molecular Biology & Genome Engineering.

🔥 Special Workshop:
Microbiome as a Transformative Tool in the AI Era. Gain hands-on experience with Shotgun Metagenomics, MAGs, and Machine Learning.

⏳ Important Deadlines:
• Early Bird Payment: 30 July 2026
• Abstract Submission: 30 October 2026
• Final Payment: 5 November 2026

🔗 For more info: https://fgsb2026.wixsite.com/fgsb2026
📧 Questions? Contact us at [email protected]

See you there!

14/05/2026
13/05/2026

HI-TEA ALUMNI EVENT 2026
Jalinan Kasih, Kenangan Abadi

We are pleased to invite you to our upcoming Hi-Tea Alumni Event — a gathering dedicated to reconnecting old friendships, strengthening alumni bonds, and creating new memories together.

📅 Date: Saturday, 1 August 2026
⏰ Time: 2:30 PM – 6:00 PM
📍 Venue: Farm Grill House, UniPutra Golf Club, UPM

💰Registration Fee:
- Individual registration (RM 150)
- Group package (RM110 per person, minimum 5 pax)

Join us for an afternoon of meaningful conversations, networking, and reconnecting with fellow alumni.

RRegister now by scanning the QR code on the poster or here:
http://bit.ly/3R9ehO8

We look forward to welcoming you back ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Serdang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia
Serdang
43400