05/02/2026
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI KALENDAR AKADEMIK
TAHUN 2027
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid
Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam
talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu
Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.