19/08/2026
MISI PANTAI BERSIH 2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Misi Pantai Bersih bersama murid 6 Tahun Tadika Khalifah Iman di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Sepanjang program, anak-anak berpeluang merasai sendiri pengalaman menjaga kebersihan alam melalui aktiviti:
1. Mengutip dan mengasingkan sampah
2. Bermain dan membina menggunakan pasir
3. Berkelah dan berkongsi potluck bersama rakan-rakan
4. Bekerjasama dalam kump**an
5. Belajar menghargai dan menjaga alam ciptaan Allah
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa/penjaga sukarelawan yang turut bersama membantu guru sepanjang program. Kehadiran dan kerjasama yang diberikan sangat membantu dalam memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang bermakna buat anak-anak serta memupuk rasa tanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.
Gambar-gambar sepanjang Program Misi Pantai Bersih boleh dilihat di sini:
https://photos.app.goo.gl/egUyX2TBoohKqSN86
Jazakumullahu Khaira dan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Tadika Khalifah Iman
Membina Generasi Muslim yang Cemerlang