DuniaSehala

DuniaSehala Sekolah kebangsaan Daerah Sepang
Any comment/ suggestion to any teacher or school management, please come directly to school office.

This page is only to share pictures with the communitie

๐ŸŽธ๐Ÿฅˆ ALHAMDULILLAH, DOUBLE SILVER! ๐Ÿฅˆ๐ŸŽธTahniah dan syabas buat anak-anak UkuNova SeHaLa atas pencapaian membanggakan dalam 9...
20/08/2026

๐ŸŽธ๐Ÿฅˆ ALHAMDULILLAH, DOUBLE SILVER! ๐Ÿฅˆ๐ŸŽธ

Tahniah dan syabas buat anak-anak UkuNova SeHaLa atas pencapaian membanggakan dalam 9th Malaysia Ukulele Festival International Online Ukulele Competition! ๐ŸŽถโœจ

Alhamdulillah, kedua-dua penyertaan berjaya meraih Silver Award!

๐ŸŽต Competition Group B โ€“ Ukulele Solo: Strum & Sing
Category III: Age 10โ€“12
๐Ÿ† Silver Award โ€“ Nur Raisha Damia Rusli

๐ŸŽต Competition Group D โ€“ Ukulele Strum & Sing
Category II: Big Group of 11 Participants and Above
๐Ÿ† Silver Award โ€“ UkuNova SeHaLa

Syabas atas usaha, semangat dan kerjasama yang diberikan! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya dan melangkah lebih jauh. โค๏ธ๐ŸŽถ

Tahniah UkuNova SeHaLa! Terus berkarya, terus gemilang! ๐ŸŒŸ๐ŸŽธ

๐ŸŽ‰ TAHNIAH EN. HERMAN BIN MAHAMAD GAPAR! ๐ŸŽ‰โ€‹Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Herman bin Mahamad Gapar, Guru Be...
19/08/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH EN. HERMAN BIN MAHAMAD GAPAR! ๐ŸŽ‰
โ€‹Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Herman bin Mahamad Gapar, Guru Besar SK Kg Baharu Lanjut, Sepang, Selangor, atas kejayaan meraih PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi Persidangan Kebangsaan Pedagogi Dan Pendidikan Guru PedaTed โ€˜26 (Zon Tengah). ๐Ÿฅ‡
โ€‹Inovasi pemenang, i-SeHaLa: Sistem Pengurusan Digital SEHALA, terbukti cemerlang dalam mengemudi transformasi pendidikan. Syabas atas sumbangan berharga ini!

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰โ€‹ Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan hebat dari SEHALA.โ€‹Syabas kerana ...
19/08/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰
โ€‹ Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan hebat dari SEHALA.
โ€‹Syabas kerana telah berjaya meraih TEMPAT KETIGA dalam Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru PedaTedโ€™26 Zon Tengah bagi kategori Analisis Keselarasan Standard 4 SK@S untuk Bimbingan Instruksional Berasaskan Data.
โ€‹Kejayaan cemerlang ini disuntik oleh dedikasi tinggi ahli pasukan:

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Encik Herman Bin Mahamad Gapar
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Puan Julia Binti Abd Majid
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Puan Salinda Binti Kadri
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Encik Mohd Yahya Fadzli Jusoh ( IPG)
โ€‹Ini adalah bukti kejayaan dalam โ€œTransformasi Pendidikan Guru: Inklusiviti Diperkasa, KBAT DIPACUโ€.
โ€‹Terus memacu kecemerlangan untuk masa depan pendidikan negara! Syabas sekali lagi!

๐Ÿ† TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SEHALA! ๐Ÿ†Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada wakil atlet olahraga SEHALA yang...
19/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SEHALA! ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada wakil atlet olahraga SEHALA yang telah berjuang dengan penuh semangat dan memberikan saingan terbaik dalam Kejohanan Olahraga MSS Selangor 2026.

๐Ÿ“… 3 โ€“ 7 Ogos 2026
๐Ÿ“ Stadium Mini USJ 23, Subang Jaya

Hasil usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi, pasukan kita berjaya membawa pulang:

๐Ÿฅ‡ 1 EMAS
โ€ข 80m Lari Berpagar P4

๐Ÿฅ‰ 2 GANGSA
โ€ข 4x100m P5
โ€ข 4x200m L5

โญ TEMPAT KE-5
โ€ข 80m Lari Berpagar L5
โ€ข Lompat Jauh L4

Lebih manis dan membanggakan, seorang atlet SEHALA berjaya melangkah ke pentas kebangsaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒŸ AQILAH RAIHAH BINTI AZIZUL AZUAN ๐ŸŒŸ
bakal mewakili Selangor ke Kejohanan Olahraga MSSM 2026 di Pahang pada September nanti.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Setiap latihan, keringat dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna.

Semoga berjaya Aqilah di MSSM nanti!
Teruskan berjuang dan berikan yang terbaik. Bawa semangat ke pentas kebangsaan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

*Karnival Semarak Perpaduan Bahasa  Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2026 โ€“ Bercerita SK*Tahniah diucapkan kepad...
17/08/2026

*Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2026 โ€“ Bercerita SK*

Tahniah diucapkan kepada Nur Rania Hana binti Haspul Fahimi atas penyertaan dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2026 โ€“Bercerita SK pada 11 Ogos yg lalu.

๐Ÿ“Œ Pencapaian: Penyertaan
๐Ÿ“ Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Bukan mudah untuk melangkah dan berdiri di pentas sebesar ini. Walaupun rezeki kemenangan belum berpihak kepada kita kali ini, pengalaman yang diperoleh sungguh tidak bernilai. Keberanian, usaha keras, dan bakat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini sudah cukup membuatkan seluruh warga SeHaLa bangga!๐Ÿ‘โœจ

Sekalung penghargaan kepada barisan pentadbir, guru pembimbing, PIBG serta semua pihak atas sokongan dalam pertandingan ini.

๐ŸŽ‰ Tahniah! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah dalam Karnival Se...
14/08/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa bagi kategori Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Selangor 2026 dengan mendapat

๐Ÿ† Tempat ke-5 bagi pertandingan Poetry Recitation SR

Pertandingan telah diadakan pada:
Tarikh : 12 Ogos 2026
Hari: Rabu
Tempat: UPSI, Tanjong Malim

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir dan PIBG atas sokongan dalam pertandingan ini.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang, guru pembimbing serta semua yang terlibat! ๐ŸŒŸ

[MAKLUMAN PENTING: KETETAPAN PAKAIAN MURID SK KG BAHARU LANJUT]โ€‹Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,โ€‹Merujuk kepa...
07/08/2026

[MAKLUMAN PENTING: KETETAPAN PAKAIAN MURID SK KG BAHARU LANJUT]

โ€‹Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
โ€‹Merujuk kepada pemantauan semasa, pihak sekolah mendapati keadaan cuaca dan persekitaran masih berbahang serta panas terutamanya pada waktu tengah hari.
โ€‹Bagi memastikan keselesaan, kesihatan, dan kebaikan para murid sepanjang sesi persekolahan, pihak sekolah memberikan kebenaran khas pakaian murid bagi menghadapi cuaca panas mengikut ketetapan yang dinyatakan.

โ€‹Peringatan Mesra: Sebarang perubahan atau maklumat terkini mengenai ketetapan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
โ€‹Kerjasama dan keprihatinan daripada ibu bapa serta penjaga amat kami hargai demi kesejahteraan anak-anak kita.
โ€‹Sekian, terima kasih.

โ€‹Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg. Baharu Lanjut, Sepang, Selangor

โœจ TAHNIAH & SYABAS! โœจSetinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat seluruh warga SK Kampung Baharu Lanjut atas pengiktira...
05/08/2026

โœจ TAHNIAH & SYABAS! โœจ
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat seluruh warga SK Kampung Baharu Lanjut atas pengiktirafan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi Julai 2026. ๐Ÿ†๐ŸŽ‰
Penghargaan ini menjadi bukti komitmen, kerjasama dan kesungguhan warga sekolah dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti serta berintegriti demi kecemerlangan pendidikan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga sekolah serta masyarakat.
Bersama Kita Melangkah ke Hadapan, Memacu Kecemerlangan! ๐Ÿ’ชโœจ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽHari ini, langit SeHaLa mendung menyelimuti duka. Kami kehilangan seorang be...
31/07/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Hari ini, langit SeHaLa mendung menyelimuti duka. Kami kehilangan seorang bekas anak didik yang disenangi, Hawa Nur Hadirah Binti Raffi Azizi.
Senyuman dan kenangan bersama almarhumah akan sentiasa terpahat indah dalam ingatan seluruh warga sekolah. Damailah anakanda di sana. Semoga syurga menjadi tempat rehatmu yang paling indah, dan semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan serta kekuatan buat seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.
ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง
Salam duka dan takziah daripada kami, seluruh warga SK Kg. Baharu Lanjut (SEHALA).

โœจ DARI DIGIFEST, SEHALA KINI MELANGKAH KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG! โœจDengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SK Kampu...
30/07/2026

โœจ DARI DIGIFEST, SEHALA KINI MELANGKAH KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG! โœจ
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SK Kampung Baharu Lanjut, Sepang memperkenalkan Anjung DigiFest SeHaLa โ€” sebuah ruang baharu yang menjadi tempat murid dan guru berkumpul, menjalankan pelbagai aktiviti serta menyokong pembelajaran di luar bilik darjah. ๐ŸŒŸ
Anjung ini bukan sekadar ruang fizikal, malah menjadi simbol semangat kebersamaan, kreativiti, inovasi dan pembelajaran yang lebih bermakna. ๐Ÿ’ป๐Ÿ“š
Semoga kewujudan Anjung DigiFest SeHaLa dapat memperkukuh budaya digital, mengeratkan hubungan komuniti sekolah serta mencetuskan lebih banyak idea dan aktiviti yang memberi manfaat kepada warga SeHaLa. ๐Ÿค
๐Ÿ’™ Ruang berkumpul murid dan guru
๐Ÿงก Pelbagai aktiviti kokurikulum dan pembelajaran
๐Ÿ“– Menyokong pembelajaran luar bilik darjah
โค๏ธ Memperkukuh digital dan komuniti
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan impian ini.

Address

Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

+60387061900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DuniaSehala posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share