21/08/2022
Alhamdulillah telah usai hari orang asal di kg orang asal kelonsong, Sepang semalam. Semoga usaha mendekati orang asal mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Warisan Ilmu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang turut serta dan membantu.
07/11/2021
Telah berlangsung program JOM Kembali ke Sekolah anjuran bersama NGO Warisan ilmu, JPP Kota Warisan dan JP Sepang yg turut dihadiri oleh YB Ng Zhe Han, exco kerajaan negeri Selangor dan dimŕŕeriahkan oleh Y.D.M. Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah dan beberapa VVIP yg mewakil agensi agensi kerajaan di daerah Sepang. Terima juga kepada Sukarelawan WI dan MPSepang.
Sesi lawatan YB ke Eco Laman yg diselenggara oleh WI diharap dpt memberi sinar baru dalam usaha kitar semua di Kota Warisan...Terima kasih semua !
22/07/2021
*SANITASI PONDOK PENGAWAL DAN RUMAH SEWA PENGAWAL KESELAMATAN WARISAN INDAH*
Proses sanitasi ini telah selesai dilakukan oleh KRTWI bersama NGO Warisan Ilmu. Sanitasi ini melibatkan:-
▪︎ *Pondok Pengawal*
- 3 buah pondok pengawal telah disanitasi
▪︎ *Rumah Sewa Pengawal*
- rumah pengawal juga telah di sanitasi.
*Haji Daharin Bin Osman*
_Pengerusi KRTWI_
06/02/2021
Alhamdulilah...terima kasih kepada penyumbang dan sukarelawan. Setakat ini seramai 65 orang dari pelbagai sekolah menerima sumbangan hphone dan hampir 250 simkad telah diedarkan ke sekolah sekolah daerah sepang dan putrajaya. Semoga dipermudahkan urusan dan dijauhi dari penyakit yg merbahaya....amin ya rabbalalaminn!!
25/01/2021
Salah satu usaha bagi meringan dan memudahkan masyarakat...
Bantu mana yang termampu semoga diberkati dan memberi rahmat untuk semua....Insha Allah
01/01/2021
Perkongsian, Cambahan Ilmu, Arah Tuju dan Motivasi untuk pencarian ilmu dalam.konteks pendidikan negara....kaitan dan kepentingan ilmu al-quran dalam kehidupan....bersama orang-orang hebat Dr Mazley Malik dan Datuk Dr Daud Bakar berbicara di dalam Wacana Al-Quran....semoga apa yg dibicarakan dapat membuka minda warga pendidik dan masyarakat seluruhnya...Tahniah kepada semua dan terima kasih dari Warisan Ilmu kerana diberi peluang....Aminn
31/12/2020
31/12/2020 Hari terakhir tahun ini dikurnia bersama usahawan terkenal Dato Husammudin Yaacob....Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf....Warisan Ilmu menjalin kerjasama dalam pelbagai program yang akan dirancang pada tahun 2021. Semoga segalanya dipermudahkan.... Terima kasih Dato atas peluang dan ruang yg diberikan...bagi Warisan Ilmu inilah kesempatan yang amat kami hargai walaupun hanya setengah hari bersama kumpulan karangkraf....pengalaman dan perkongsian yang bernas.....Insha Allah!
31/12/2020
Assalammualaikum, salam jumaat salam tahun baru masihi 2021...semoga terus menyinari hidup semua...warisan ilmu telah menyampaikan 100 helai sejadah ( 30/12/2020) untuk kegunaan surau al-ikhlas ccvc sepang. Terima kasih para penyumbang semoga anda semua dirahmati dan dipermudah segala urusan dunia akhirat.... Program sumbangan ini akan terus dilaksanakan sepanjang tahun 2021 untuk memberi peluang kepada yg berminat boleh hubungi pn ros 017.3874408...bersama kita beramal sambil bersedekah.
19/12/2020
TB khamis 17/12/2020...terima kasih penyumbang buku dan alquran untuk program pelupusan al-quran warisan ilmu. Program dilanjutkan sehingga 20 January 2021 kerana PKPB dilanjutkan sehingga 31/12/2020. Semoga terus diberi kemudahan dan dilimpahkan rahmat buat keluarga Puan Hafizzah 😊😊
19/12/2020
Alhamdulilah...rezeki untuk semua. Terima kasih pada yang menyumbang semoga dipermudah urusan dunia dan akhirat. Hanya allah yang dapat membalasnya. ...jazakallah
20/11/2020
Assalammualaikum, Salam Jumaat Salam Penghulu Segala Hari dan Salam Rahmat buat semua. Kami di Persatuan Permuafakatan Warisan Ilmu akan melancarkan Program Pelupusan Al-Quran dan Bahan Berasaskan Al-quran termasuk kitab-kitab lama dan juga buku-buku fardu ain dan KAFA.
Mengambil inisiatif dalam membantu komuniti untuk melupuskan dengan cara yang betul disamping memberi gambaran jelas tentang konsep menghormati ayat-ayat alquran dan yang berkaitan dengannya.
Oleh yang demikian kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin melupuskan atau membuang al-quran dan buku-buku agama bolehlah menyerahkan kepada kami untuk dilupuskan dengan cara yang sistematik seperti yang telah disarankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah dan juga beberapa syarikat pembekal perkhidmatan ini.
Kami juga memohon sumbangan kewangan seikhlas hati sekiranya ada yang berhajat untuk menyumbang bagi kami membiayai kos pelupusan yang dianggarkan sekitar RM5500.00 untuk 500 kg bahan yang dilupuskan termasuk penghantaran dan juga pembakaran.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En Hafez di talian *013.9397769* ataupun Pn Rose *017.3874408.* Buat masa ini pusat pengumpulan atau penerima bahan-bahan ini ialah di *128, JALAN WARISAN INDAH 8/14, KOTA WARISAN 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN*.
Panduan ;
1. Bagi yang berhajat untuk menghantar Al-quran dan juga bahan berasaskan agama; mohon dibungkus atau dimasukkan kedalam kotak/bekas yang sempurna untuk memudahkan penyusunan dan penghantaran
2. Bagi yang ingin menyumbang bagi membantu kos pelupusan tersebut boleh terus 'Bank In' atau kreditkan ke akaun *AFFIN ISLAMIC BANK "106620004225", PERSATUAN PERMUAFAKATAN WARISAN ILMU*. Nyatakan sumbangan bagi program *"LUPUS ALQURAN"*
3. Bagi individu yang ingin turut serta mengoperasikan program ini, sila hubungi nombor seperti diatas untuk kami bersama-sama membahagikan tugasan bagi kejayaan program ini.
Sekian, Terima Kasih. Segala sumbangan dan kerjasama pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan. Jazakallah