KSIB SK KLIA

Call Directions Contact the school

KSIB SK KLIA Perkongsian info dan aktiviti bagi manfaat & silaturrahim antara murid, guru, ibu bapa dan alumni SK KLIA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُMAKLUMAN KEBAJIKAN PIBG SK KLIAانا لله وانا اليه راجعونDukacita di...
29/09/2026

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAKLUMAN KEBAJIKAN PIBG SK KLIA

انا لله وانا اليه راجعون

Dukacita dimaklumkan bahawa En Mohd Yazid bin Senin & Puan Nur Wajihah binti Tomaran, ibubapa kepada pelajar SK KLIA, Muhd Aqil bin Mohd Yazid (Kelas 1 Menara) telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 akibat kemalangan jalan raya.

Semoga Allah ampunkan dosanya, mengasihinya dan ditempatkan kedua-duanya dikalangan orang beriman. Semoga seluruh keluarga dikurniakan kesabaran atas berita sedih ini.
▪️▪️▪️▪️
Dengan rasa prihatin dan tanggungjawab, PIBG SK KLIA melancarkan Tabung Prihatin bermula pada hari ini ; 28 September 2026 (Isnin) sehingga 4 Oktober 2026 (Ahad).

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PIBG SK KLIA seperti berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN IBU BAPA-GURU SK KLIA
Bank : CIMB
No. Akaun : 8002937686
Ref : Aqil 1 Menara

Sekian, terima kasih.
PIBG SK KLIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Sukan Tahunan Sekolah SK KLIA 2026 telah melabuhkan tirai. Jutaan te...
27/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.

Sukan Tahunan Sekolah SK KLIA 2026 telah melabuhkan tirai.
Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pihak sekolah di atas pengorbanan masa, tenaga, dan doa kalian untuk kejayaan penganjuran Sukan tahun ini.
Menang atau kalah itu adalah adat perlawanan tetapi ukhuwah kita yang diutamakan. Sesungguhnya sukan ini mengajar kita bahawa kita lebih kuat bila bersama.
Semoga semangat ini terus menyala dalam diri anak-anak kita.

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Selesai sudah sesi Taklimat Akademik SK KLiA melibatkan topik Kemasu...
11/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.

Selesai sudah sesi Taklimat Akademik SK KLiA melibatkan topik Kemasukan SBP & MRSM serta Ujian Psikometrik & Pentaksiran Bilik Darjah 2026 pada hari ini, 11 Julai 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan kerjasama yang erat daripada pihak SK KLIA serta AJK PIBG. Semoga kita semua beroleh keberkatan olehNYA.

SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ibu Bapa/Penjaga SK KLIA yang dihormati, 👋Anak-anak ada impian nak masuk ke Sekolah ...
07/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ibu Bapa/Penjaga SK KLIA yang dihormati, 👋

Anak-anak ada impian nak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM? 🎓
Taklimat ini hanya dibuka kepada Ibu Bapa/Penjaga SK KLIA sahaja
Jom kita sama-sama hadir ke Taklimat Akademik & Persediaan anjuran PIBG SK KLIA untuk ketahui rahsia dan tips penting kemasukan!

🚨 MAKLUMAN PENTING: PERUBAHAN LOKASI🚨
Mohon ambil perhatian, terdapat perubahan lokasi untuk taklimat ini:

📅 Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7:30 Pagi - 1:00 Petang
📍 Lokasi BARU: Dewan Budiman (Bukan lagi di Dewan Seri Gemilang ya!)

Apa yang menarik?
✨ Info terperinci kemasukan SBP & MRSM
✨ Penerangan Ujian Psikometrik & PBD
☕ Pendaftaran & Sarapan pagi turut disediakan seawal 7:30 pagi!

Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk atur cara penuh program. Jom sama-sama hadir demi masa depan cemerlang anak-anak kita. Jumpa hari Sabtu ini! 🚀

PIBG SK KLIA 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.Hari ini, 27 Jun 2026.Selesai sudah gotong-royong dan fasa pertama Pr...
27/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.
Hari ini, 27 Jun 2026.
Selesai sudah gotong-royong dan fasa pertama Projek Transformasi Keceriaan SK KLIA untuk 2026.

Terima kasih & Tahniah kepada semua yang hadir.

SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia





📢 JEMPUTAN KHAS UNTUK IBU BAPA & PENJAGA SK KLIA 📢Adakah anak anda bakal melangkah ke Tingkatan 1 tidak lama lagi? Jom p...
19/06/2026

📢 JEMPUTAN KHAS UNTUK IBU BAPA & PENJAGA SK KLIA 📢

Adakah anak anda bakal melangkah ke Tingkatan 1 tidak lama lagi? Jom persiapkan diri dan anak-anak dengan info tepat untuk ke SBP & MRSM!

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK KLIA dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan ke:

✨ TAKLIMAT AKADEMIK: PERSEDIAAN KEMASUKAN SBP & MRSM (SESI 2027)✨

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian eksklusif dan taklimat penting ini:

📅 Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 07:30 pagi – 01:00 petang
📍 Tempat: Dewan Seri Gemilang, SK KLIA
👥 Sasaran: Terbuka kepada ibu bapa / penjaga murid SK KLIA sahaja

🔴 PENTING: Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan di bawah sebelum atau pada 6 Julai 2026*:

🔗 https://forms.gle/mwuSLmYLqCw4fTWt8

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat dihargai demi masa depan kecemerlangan anak-anak kita. Terima kasih!

Ikhlas daripada,
PIBG SK KLIA 2026 😄

Bismillahirahmanirahim.Salam Maal Hijrah1 Muharam 1448HSemoga kehadiran tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan untu...
17/06/2026

Bismillahirahmanirahim.

Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1448H

Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta menyemai semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, penuh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus berusaha, berkorban dan bersatu hati demi membina generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

"Hijrah Membawa Berkat, Bersama Melakar Kecemerlangan"

Ikhlas daripada,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan KLIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA SESI 2026/202...
13/06/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA SESI 2026/2027

"Apabila ibu bapa dan sekolah bergerak seiring, kecemerlangan murid menjadi matlamat yang mampu direalisasikan."

📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat SK KLIA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG SK KLIA Kali Kedua Sesi 2026/2027 telah dipengerusikan oleh En. Hafizul bin Ismail, Yang Dipertua PIBG SK KLIA, dan turut dihadiri oleh En. Ismail bin Mohamad Hanafiah, Guru Besar SK KLIA selaku Penasihat PIBG bersama barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2026/2027.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam membincangkan hala tuju serta perancangan strategik demi meningkatkan kualiti pendidikan dan kesejahteraan murid.

📋 Antara agenda utama yang dibincangkan:
✅ Perkembangan semasa dan aktiviti sekolah
✅ Penambahbaikan prasarana serta kemudahan sekolah
✅ Tindakan susulan terhadap perkara-perkara berbangkit PIBG
✅ Perancangan program akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) dan kokurikulum
✅ Penyelarasan biro-biro PIBG bagi sesi 2026/2027
✅ Pembentangan dan penelitian kertas kerja program-program sekolah

Melalui semangat permuafakatan dan komitmen bersama, setiap cadangan serta keputusan yang dipersetujui diharap dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak positif kepada pembangunan murid dan kemajuan SK KLIA secara menyeluruh.

✨ Bersama membina kecemerlangan, bersama mencipta masa depan demi anak-anak kita.

SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia





Assalamualaikum wbt,PIBG SK KLIA dengan tulus ikhlas mengucapkan ✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ✨ kepada semua ibu bapa, ...
27/05/2026

Assalamualaikum wbt,

PIBG SK KLIA dengan tulus ikhlas mengucapkan ✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ✨ kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid SK KLIA.

Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia adalah simbolik pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan kita kepada Yang Maha Pencipta.

Semoga ibadah korban dan segala amalan kita di bulan Zulhijjah ini diterima oleh Allah SWT, serta membawa seribu kemanisan dalam kehidupan kita semua.

Selamat bercuti dan selamat berkumpul bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada
PIBG SK KLIA
10 Zulhijah 1447H

Address

SK KLIA
Sepang
43900

Telephone

+60387064295

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KSIB SK KLIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KSIB SK KLIA:

Shortcuts

Share

Category