25/07/2026
SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS!
Ahli Nuqaba’ Murid Kebangsaan telah sebulat suara bersetuju memilih saudara Muhammad Amirul Aqeel Bin Suhardi dari SAM Bandar Baru Salak Tinggi sebagai Pengerusi Nuqaba’ Murid Kebangsaan.
Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kewibawaan kepimpinan beliau, sekali gus mencerminkan keberkesanan pelaksanaan program usrah dan pembangunan sahsiah di SAMBBST yang dilaksanakan secara tersusun, berterusan, serta berpaksikan al-Quran dan As-Sunnah.
Kejayaan ini juga merupakan penterjemahan kepada kecemerlangan kepimpinan Pengetua, Puan Hajah Norlina binti Shaharuddin, yang sentiasa memberi sokongan, bimbingan, dan penekanan padu terhadap pembinaan generasi murabbi serta kepimpinan murid yang berakhlak, berilmu, dan berdaya saing.
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah, para pelaksana usrah, guru-guru pembimbing, serta barisan nuqaba’ yang sentiasa komited menjadikan budaya usrah di sekolah ini sebagai ikhtiar dan contoh terbaik di peringkat kebangsaan.
Semoga amanah berat yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, dedikasi, dan istiqamah demi memartabatkan Islam serta melahirkan generasi pimpinan yang teguh berpegang kepada al-Quran dan As-Sunnah. Insya-Allah.
“Membina Generasi Murabbi, Memimpin Menerusi Keteladanan.”