25/09/2026
📚✨ PROGRAM INTERAKSI AKADEMIK: TITIAN PRESTASI SEMESTER 3 TAHUN 2026 ✨📚
Alhamdulillah, Program Interaksi Akademik Titian Prestasi telah berlangsung pada 25 September 2026 sebagai wadah perkongsian dan perbincangan antara pihak sekolah, guru, pelajar serta ibu bapa dalam usaha memperkukuh pencapaian akademik pelajar Tingkatan 6.
Program ini memberi ruang untuk meneliti prestasi semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta merancang langkah dan intervensi yang lebih berfokus bagi membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Semoga jalinan kerjasama yang erat antara sekolah, ibu bapa dan pelajar terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan STPM. 🌟
“Bersama Melangkah, Menuju Kecemerlangan”
📖 Perkongsian Ilmu • Pembangunan Diri • Jaringan Akademik • Kecemerlangan Bersama