Pusat Jagaan Harian OKU Tunku To' Puan Nor Mazini

Pusat Jagaan Harian OKU Tunku To' Puan Nor Mazini Pusat Pendidikan & Jagaan Harian (OKU) Kanak-Kanak Remaja Berdaftar

No.perakuan JKM : B/PJHOKU 001/2019

Sesi bersama Teacher OT Aisyah Nasir 🤸🤸
30/04/2026

Sesi bersama Teacher OT Aisyah Nasir 🤸🤸

Antara aktiviti-aktiviti harian yang kita jalankan
30/04/2026

Antara aktiviti-aktiviti harian yang kita jalankan

Terima kasih Yayasan PEKEMA atas jemputan Berbuka Puasa & Serahan Sumbangan.Seronok sekali sekala dapat berkumpul bersam...
30/04/2026

Terima kasih Yayasan PEKEMA atas jemputan Berbuka Puasa & Serahan Sumbangan.

Seronok sekali sekala dapat berkumpul bersama keluarga PJH walaupun hanya beberapa sahaja yang dapat hadir mlm tersebut, best kan?

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PJH 2026Dengan kerjasama:Sekretarian Kesukarelawan Mahasiswa (SKM) &  Visual Sign Handicap...
30/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PJH 2026
Dengan kerjasama:
Sekretarian Kesukarelawan Mahasiswa (SKM) & Visual Sign Handicapped Volunteerism Universiti Sains Islam Malaysia

"HAK SAYA DIHORMATI, DIRI SAYA DILINDUNGI"Kanak - kanak, termasuk berkeperluan khas, berhak memahami tubuh mereka sendir...
16/02/2026

"HAK SAYA DIHORMATI, DIRI SAYA DILINDUNGI"

Kanak - kanak, termasuk berkeperluan khas, berhak memahami tubuh mereka sendiri dan batasan yang perlu dijaga. Pendidikan seksualiti yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka penting bagi melindungi mereka daripada salah laku serta membina keyakinan diri. Kesedaran dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa serta pendidik adalah kunci untuk memastikan hak, keselamatan dan maruah mereka sentiasa terpelihara. Oleh itu, marilah bersama-sama kami untuk menghayati topik “Seksualiti Kanak-Kanak Keperluan Khas; Tubuh Saya, Hak Saya" yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu:

👤 Prof. Madya Dr. Padma Binti A Rahman.
Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Cara Kerja,
Fakulti Sains Kesihatan,
UiTM Puncak Alam.

🗓️ Tarikh : 20 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari

Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
⬇️
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor

📃e-Sijil hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa live sedang berlangsung dan mengisi borang maklumbalas📃

Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. 🤗📱💻🖥





Alhamdulillah selesai program *SYURGA ITU MAHAL* bersama ibubapa.Terima kasih atas kesudian hadir dan berkongsi rezeki b...
14/02/2026

Alhamdulillah selesai program *SYURGA ITU MAHAL* bersama ibubapa.Terima kasih atas kesudian hadir dan berkongsi rezeki bersama sama teman sekasut bermacam juadah sampai rasa mcm nak raya awal p**a 🫢🫢

Terima kasih teristimewa buat En.Wira, Pn Dona dan Dihan yg hadir ke PJH kita berkongsi kisah, pedoman dan tips dlm membesarkan anak syurga hingga ada ibubapa yg turut menitiskan airmata mengimbau kisah sendiri yg seakan akan sama. Lelah & airmata yg sama tumpah sepanjang perjalanan ini tidaklah lain mengharap Allah pandang kita diakhirat kelak.
Janganlah berduka wahai ibubapa semua, tidaklah ujian itu dihadirkan buat kita selain Allah hendak mengangkat darjat kita disisiNya.

Terima kasih buat 2 sosok yg berperanan penting dalam pembangunan NGO OKU khususnya di Sepang ini Pn Hjh Rohaya Datuk Mohd Shahir & Hj Mohd Jamal Awang smoga Allah ganjari usaha kalian dgn sebaik baik ganjaran.

Smoga PJH (OKU) Tunku To' Puan Nor Mazini akan terus menempah nama sbg 1 institusi jagaan & pendidikan OKU yg dihormati.

Kita jalan terus!!! Siiru Ala Barakatillah

13/02/2026
Jangan lupa ibubapa PJH semua temujanji kita esok.Sambil² minum teh masala sambil² dengar perkongsian dari pasangan heba...
13/02/2026

Jangan lupa ibubapa PJH semua temujanji kita esok.Sambil² minum teh masala sambil² dengar perkongsian dari pasangan hebat ini.Cabaran & ujian membesarkan anak syurga dan ketahuilah walaupun adakala perjalanan ini terasa sepi anda tidak pernah keseorangan...❤️❤️❤️

*Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Lepasan Menengah ke Kolej Vokasional Ambilan Tahun 2026 kini di...
10/02/2026

*Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Lepasan Menengah ke Kolej Vokasional Ambilan Tahun 2026 kini dibuka*

🗓 Tarikh buka: 9 Februari 2026
🗓 Tarikh tutup: 12 Mac 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bagi kemasukan ke:

•⁠ ⁠Kolej Vokasional Muadzam Shah, Pahang: https://forms.gle/aC5WDaXZ31LL3qVX9
•⁠ ⁠Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Kedah: https://forms.gle/7DwgGWM1gzQVqkU16

Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pendidikan dalam bidang vokasional yang bersesuaian.

Tahun Ini, Tahun Kita





A journey of a thousand miles begins with a single step 💪💪💪
10/02/2026

A journey of a thousand miles begins with a single step 💪💪💪

Haaa sambil-sambil lepak tu meh kita buat hand-eye coordination n fine motor activity sikit ya
10/02/2026

Haaa sambil-sambil lepak tu meh kita buat hand-eye coordination n fine motor activity sikit ya

Address

No. 2 Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601110644812

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Harian OKU Tunku To' Puan Nor Mazini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Jagaan Harian OKU Tunku To' Puan Nor Mazini:

Shortcuts

Share