Amazing Seed Kota Warisan

Directions

Amazing Seed Kota Warisan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amazing Seed Kota Warisan, School, Persiaran Bandar Sunsuria, Sepang.

24/09/2026

🌱 Belajar Menunggu, Belajar Bekerjasama 🤝✨

Dalam aktiviti ini, khalifah belajar untuk bersabar menunggu giliran, memberi ruang kepada rakan dan terus memberikan semangat antara satu sama lain.

Walaupun perlu menunggu, khalifah belajar bahawa setiap orang mempunyai giliran masing-masing. Yang penting, kita tetap saling menyokong dan bekerjasama sebagai satu kump**an. 🌷

Semoga Allah jadikan khalifah anak-anak yang sabar, penyayang dan sentiasa gembira melihat kejayaan rakan-rakan. 🤲🏻✨



KEKUATAN Dari kepompong, kami belajar bahawa setiap perubahan besar memerlukan proses, kesabaran dan perjuangan yang tid...
22/09/2026

KEKUATAN

Dari kepompong, kami belajar bahawa setiap perubahan besar memerlukan proses, kesabaran dan perjuangan yang tidak berlaku dalam sekelip mata.

Rama-rama memerlukan masa sebelum akhirnya mampu mengembangkan sayapnya dan terbang.

Proses yang memerlukan masa membuktikan kepada kita bahawa tiada kejayaan yang datang secara instant.

Perjuangan dalam membina kekuatan p**a mengajar kita bahawa ada masa kita perlu melalui kesusahan untuk menyelesaikan sesuatu proses. Kerana mungkin melalui kesusahan itulah kita dibentuk menjadi lebih kuat dan akhirnya mampu “terbang” seperti rama-rama.

Mungkin hari ini kita sedang berada dalam satu proses yang terasa sempit, berat atau lambat spt rama-rama yang melalui fasa kepompong.

Tetapi percayalah, setiap proses ada waktunya.

Dan apabila tiba masanya untuk kita “terbang”, mungkin kita akan melihat kembali proses itu dan berkata,

“Masya-Allah… rupanya Allah sedang mempersiapkan aku.” 🦋



21/09/2026

🥚 Uniknya Telur

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu terdapat pengajaran bagi kamu…” ~ Al-Mu’minun: 21

Allah tidak meminta kita sekadar melihat ciptaan-Nya, tetapi mengambil pengajaran daripadanya.

Jika setiap haiwan diciptakan dengan keunikan, fungsi dan manfaatnya, begitu juga manusia , setiap kita Allah ciptakan dengan keistimewaan dan amanah masing-masing.

Maka, kenali ciptaan Allah, kenali diri kita dan gunakan setiap kelebihan yang Allah kurniakan untuk kebaikan. 💕

Terima kasih Allah, kerana setiap ciptaan-Mu pasti ada hikmahnya.



KENAPA ALLAH MENCIPTAKAN HIDUPAN LAUT? 🐙🦐🪼🦀🐠🐡“Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya dagin...
17/09/2026

KENAPA ALLAH MENCIPTAKAN HIDUPAN LAUT? 🐙🦐🪼🦀🐠🐡

“Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup hidup, dan dapat p**a mengeluarkan daripadanya benda benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat p**a kapal kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur.”

Surah An Nahl 16:14

Allah menceritakan banyak nikmat yang ada di laut: makanan, perhiasan, kapal dan pelbagai manfaat yang manusia dapat daripada laut.

Dari sekian banyaknya sebab kenapa Allah menciptakan laut dan hidupan laut, yang paling utama untuk kita ingat ialah bersyukur kepada Allah.

Laut dan segala isinya adalah nikmat daripada Allah. Apabila kita melihat laut yang luas, ikan yang berenang dan haiwan-haiwan laut yang cantik, kita belajar untuk bersyukur, mengucapkan Alhamdulillah dan mengingati bahawa Allah lah yang menciptakan semuanya.



10/09/2026
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang seben...
20/08/2026

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui.”

Al-Ankabut 29:64

Dunia ini tempat kita bermain, belajar dan menikmati nikmat Allah. Tapi jangan sampai keseronokan dunia membuatkan kita lupa bahawa ada kehidupan yang lebih kekal menanti. 🤍

🌍 Dunia = tempat kita bermain, belajar dan beramal.
🏡 Akhirat = kehidupan yang kekal.
❤️ Jadi, nikmatilah dunia tanpa melupakan tujuan kita menuju akhirat.



🪖Courage to Serve, Heart to Care 🇲🇾✨Hari ini, khalifah kecil kita melangkah ke dunia penuh keberanian dengan menjadi “Li...
20/08/2026

🪖Courage to Serve, Heart to Care 🇲🇾✨

Hari ini, khalifah kecil kita melangkah ke dunia penuh keberanian dengan menjadi “Little Soldiers” buat seketika! 🎨🪖

Khalifah belajar bahawa keberanian bukan hanya tentang menjadi kuat, tetapi juga tentang berani melakukan kebaikan, menjaga orang lain dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab. 🤍

🌱 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya…”
— Surah An-Nisa’, 4:58

Semoga dari kecil mereka belajar untuk menjadi insan yang berani, berdisiplin dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada orang lain, kerana sebaik-baik insan adalah mereka yang memberi manfaat. ✨



“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.” HR Imam...
19/08/2026

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.”

HR Imam Ahmad daripada Anas bin Malik RA

Amanah bukan sekadar tentang menjaga sesuatu yang diberikan kepada kita. Amanah juga bermaksud melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, menjaga kepercayaan dan menunaikan apa yang telah kita janjikan.

Setiap daripada kita mempunyai amanah. Anak-anak mempunyai amanah untuk belajar, mendengar nasihat, menjaga barang, mematuhi peraturan dan melakukan tugasan yang diberikan. Walaupun nampak kecil, setiap amanah yang dilaksanakan dengan baik sebenarnya sedang membentuk diri menjadi seorang yang jujur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai 🌱

Begitu juga apabila kita ingin berkhidmat kepada negara. Sebelum mampu melakukan perkara yang besar untuk negara, kita perlu belajar menjaga amanah yang kecil terlebih dahulu 🇲🇾

Mencintai negara bukan hanya dengan kata-kata.
Kita tunjukkan rasa cinta itu dengan menjaga amanah yang Allah berikan kepada kita ❤️



Address

Persiaran Bandar Sunsuria
Sepang
43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Seed Kota Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category